Thursday, October 27, 2011

K. Reuben Factor


"KADANGKALA ada yang kelakar dan melucukan, tetapi ada juga yang memalukan. Apatah lagi apabila pemain itu bergelar pemain kebangsaan dan menuntut di universiti.

Begitulah yang terjadi kepada K Reuben ketika menentang Australia di perlawanan persahabatan di Canberra, minggu lalu. Entah apa yang yang difikirkan pemain itu ketika berlari laju cuba merampas bola tapi sebaliknya merempuh pengadil perlawanan. Ia satu kesilapan yang tidak harus dilakukan di peringkat antarabangsa. Rempuhan seperti itu hanya kita lihat dalam aksi liga kampung atau estet. Pemain itu kini menjadi legenda YouTube tapi menimbulkan persoalan yang membimbangkan.

Sejak kebelakangan ini prestasi pasukan kebangsaan kian merosot dan pemilihan pemain seperti Reuben menunjukkan kita sudah kepincangan idea. Mungkin dia pada suatu hari akan menjadi pemain profesional dan seterusnya mengumpul pengalaman luas untuk beraksi lebih matang tetapi apakah hala tuju pasukan kebangsaan kita ketika ini.


Apabila terdapat situasi yang mana ketua pasukan digugurkan dan digantikan dengan pemain amatur bermakna bola sepak kita kini berada dalam keadaan merudum. Dengan itu kita harus mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan ini terus menjadi lebih buruk." - Bola Shebbie : Mana hala tuju negara? Harian Metro 16/10/2011

K. Reuben - Bintang baru pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) 2012. pic by Bruno Mars.
Realiti itu sememangnya menyakitkan. Kritikan Shebbie Singh ini, ada asasnya. He's a no nonsense guy. Walaupun pendapat seseorang tidak semestinya betul, tapi pada hemat aku, pandangan beliau mengenai soal ini tepat pada sasarannya.

Tetapi berdasarkan petikan di atas, aku di sini bukanlah ingin memperkatakan apa yang telah dilakukan oleh K. Reuben, jauh sekali mengenai kredibiliti Shebbie Singh.

K. Reuben, pemain muda yang telah bermain untuk pasukan Piala Presiden Selangor, dan terakhir beraksi untuk pasukan PDRM pada musim 2009. Bagi tahun 2012, beliau bakal beraksi untuk pasukan ATM di bawah kendalian B. Sathianathan. Aksi beliau ketika Universiade di Shenzen, dikhabarkan memikat hati Ong Kim Swee, untuk dipanggil menyertai latihan pusat bersama skuad Olimpik negara. Akan tetapi, beliau telah digugurkan.

Sampai ke peringkat dipanggil ke skuad Olimpik, perkara ini masih lagi boleh diterima. Tetapi saat nama K. Reuben dipanggil ke latihan pusat skuad senior bagi persediaan menentang Australia, inilah keputusan yang menimbulkan persoalan. Persoalannya, tidak ada pemain yang lebih baikkah? Apakah pemain universiti yang bermain secara "part-time" dan tempoh latihan yang terhad, lebih baik berbanding pemain profesional yang mengabdikan diri mereka untuk kerjaya sebagai pemain bola sepak yang dibayar gaji? Keputusan King Raja ini hanya ada dua kemungkinan. Pertama, King Raja tersilap percaturan. Kedua, inilah realiti bola sepak Malaysia, memang tidak ada lagi pemain yang layak. Mungkin tidak keterlaluan sekiranya aku katakan, seolah-olah kredibiliti pemain-pemain seperti Marzuki Yusof, Manaf Mamat, Shahurain Abu Samah, diperkecilkan.

Baru aku tahu, K. Reuben ni kawan Ramli. *random*
Aku ingat settle dah perkara ni, takkan berulang lagi. Rupa-rupanya, makin menjadi-jadi.

Perkembangan terbaru, pemain daripada UiTM Shah Alam, Amir Ridzuan, dipanggil untuk menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan dalam persediaan menentang pasukan India pada 13 & 16 November.

Mengikut informasi yang aku terima, beliau dapat call-up setelah scouts melihat aksinya ketika Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARISMA) 2011 di Segamat. Beliau bermain di bahagian pertahanan.

Pandai-pandai la cari mana satu Amir Ridzuan. itu pun kalau ada.


Okay, kali ini keputusan King Raja memang membingungkan aku. Apakah pemain-pemain ini up to international standard? Apakah Liga IPT kini setaraf dengan Liga Super? Bingung.
Aku rasa top defenders in Malaysia pun dalam hati dia pissed off tengok apa yang berlaku ni. Atau King Raja nak ulang perbuatan Sven-Goran Eriksson ketika beliau memanggil Theo Walcott untuk menjadi sebahagian daripada pasukan England pada Piala Dunia 2006? Sudahnya, Arsene Wenger sendiri cakap Theo masih belum bersedia untuk kancah antarabangsa, dan Theo masih perlukan pengalaman di peringkat domesik.

TheoWalcott. Pic by Adira AF8

Ada yang kata, "Elok lah mereka diserapkan, selain menggunakan tenaga, otak pelajaran juga harus digunakan."

You kidding me? Apakah pemain yang ada kini tidak menggunakan otak? Haih, ini bukan kelas biologi. ini bukan medan memperdagangkan teknik membedah katak. Apa yang harus difikirkan, adalah rencana taktikal pasukan! Jadi, ianya merupakan satu skop yang luas, when it comes to how we think. Lain la kalau a player boleh apply tactics using numerical method.

Aku rasa lepas ni aku nak train hari-hari sampai lebam, main untuk team taman. Mana tau lepas ni Raja berminat nak ambil aku masuk national team ke. Everything is possible nowadays;)

No comments:

Post a Comment