Thursday, November 10, 2011

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan B. Sathianathan

Semua tahu dah, bahawa ATM akan berbelanja besar pada musim 2012, dengan dana berjuta ringgit. Dulu pernah juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Zahid Hamidi cakap, target nak naik Liga Super, tapi tak tercapai. Kali ini, aku yakin yang ATM mampu melakukannya. Apatah lagi dengan pelantikan B.Sathianathan sebagai Head Coach ATM, dengan vast experience serta merupakan favourite among the national players.

B. Sathia. Muka zaman dahulu yang legend.


National players, itu yang kita nak cakap berkaitan ATM ni. You all tahu kan, dengan dana berjuta ringgit pada musim 2012, sudah pasti menghangatkan lagi kancah bola sepak negara. Banyak faedahnya bila you spend untuk malaysian football ni, it's like a domino effect. When you spend, you'll get the fans, you'll increase the league prestige and the hype surrounding the league, and bla bla bla.

Tapi masalahnya, the league that they're in is the Premier League, bukan Super League. Premier League merupakan 2nd tier football league di Malaysia. Satu lagi trend bola sepak kat Malaysia ni, bila sesuatu team tu berjaya atau kaya macam Kelantan/ATM, mula lah para pemain ni menawarkan diri mereka untuk bermain dengan pasukan berikut. Bukan lagi dipancing, free free offer badan nak main untuk team ni. Is it good or else? You do the maths.

Bila you kaya macam team ATM ni, mula lah you pancing big stars in Malaysian football. Sebagai contoh, pemain muda kebangsaan, K.Reuben yang juga merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, dia kata dia nak keep on playing for the national squad and to do so he needs to play at a higher level. So ATM signed him. Good for ATM, but not for him. Good for him kalau dia nak mencari tapak dalam arena bola sepak, tetapi bukan langkah yang bijak sekiranya dia sertai ATM kerana ingin mengekalkan tempat di dalam skuad kebangsaan. Sebab kita semua tahu, sehebat mana pun you main dekat Premier League, standardnya tak sama dengan Super League. Sebagai contoh, lets have a look at PKNS Selangor.

Robert Alberts
Despite their tremendous run in the 2011 Premier League, they can barely compete with the MSL teams. Walaupun dulu mereka ada top scorer liga, Zamri Hassan dengan 11 gol liga pada musim 2010, pemain ini tak dapat call up pun for the national team. Sebab you tahu standardnya berbeza. Head Coach Sarawak, Robert Alberts pun mengakui tentang hakikat ini. Masa start kempen Piala Malaysia, beliau awal awal dah kata yang standard Premier League dan Super League berbeza, so dia menghadapi a uphill task untuk terus berjuang dalam kempen Piala Malaysia. Tup tup, Sarawak dengan PKNS Selangor tak lepas masuk 2nd round pun. Tengok stats pun, jadi sebagai pelengkap jadual je.

Tetapi untuk musim baru ini, mungkin ada twist yang menarik bakal berlaku. Dengan transfer rumours yang bertiup seperti angin sepoi sepoi bahasa, ATM bakal memancing top players in the country, such as NS Twins, Aidil and Zaquan. Nama-nama besar yang lain juga turut dikaitkan. Di sinilah bakal terujinya wisdom para player untuk membuat keputusan yang tepat. Menariknya, kita semua tahu bahawa B.Sathia dan kembar NS ini mempunyai hubungan yang akrab, selain menjadi favourite kepada pemain yang beraksi di bawah skuad kebangsaan kendalian beliau. Sekiranya the national players join ATM next season, mungkin kerana gaji yang ditawarkan ataupun kerana tertarik dengan misi dan visi pasukan(ini alasan top players yang dibeli Man City). Sebab you pun tahu, kalau you join ATM, ibarat berundur setapak ke belakang.

Zaquan dan Aidil
Persoalannya, sekiranya national players join ATM dan bermain di Liga Premier yang tidak sekompetitif Liga Super, adakah King Raja masih akan berikan mereka call up ke national team? Sekiranya ya, maka secara tidak langsung kita menunjukkan bahawa Liga Super tidak ada prestijnya dan standard antara dua liga ini sama sahaja. Akan tetapi, perkara ini masih menjadi persoalan, seharusnya kita tunggu dan lihat sahaja.

ps: Dey apa la yang you carik dekat Premier League? Semua player mau main Liga Super, you mau main Premier ah?

No comments:

Post a Comment