Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda, Juara Sejati. Indonesia, Sekadar Membenci

Sekali lagi pasukan Harimau Muda mengukuhkan kedudukan mereka di dalam kancah bola sepak di Asia Tenggara, dengan menewaskan pasukan Indonesia pada perlawanan final Sukan Sea ke 26 Palembang, dengan tendangan penalti 4-3, setelah terikat dengan kedudukan 1-1 sepanjang tempoh 130 minit perlawanan. My man of the match; Asraruddin Putra Omar.


Foto NikeMalaysia
Macam biasa, bila dah menang ni, ramai yang tak puas hati. Sekali lagi Anti-Doping Team mencuri perhatian pada perlawanan final apabila dikhabarkan bahawa ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, Asraruddin Putra Omar dan Zubir Azmi diuji di dalam doping test. Takut-takut ada ambil dadah yang terlarang.


Masa menang pingat emas Sukan Sea di dalam edisi yang lepas di Vientane, Laos, K. Gurusamy yang kena doping test. Katanya sebab tak berhenti berlari, tu yang ramai yang curiga. Tetapi untuk kali ini, dikhabarkan trio negara yang seterusnya pula yang menjalani ujian.

Oh, untuk penjelasan mengenai pemain seperti Oktovianus Maniani, Titus Bonai, Lukas Mandowen dan Patrich Wanggai, pemain berikut merupakan pemain asli Indonesia. Semua pemain ini berasal dari wilayah Papua, Indonesia. Ibu negeri bagi wilayah Papua ialah Jayapura. Wilayah Papua ialah sebahagian daripada kepulauan New Guinea. Kepulauan New Guinea terbahagi kepada dua, iaitu negara Papua New Guinea dan Papua(wilayah Indonesia). Jadi, pemain berikut bukanlah hasil daripada naturalization programme mereka, tetapi adalah pemain asalnya dari Indonesia. Walau bagaimanapun, masih belum mampu untuk membantu skuad Garuda merampas takhta bola sepak Sukan Sea daripada Malaysia.

Oktovianus, kekuatan mental beliau merupakan satu aset berharga buat skuad Indonesia.
Apa-apa pun, aku cukup terkesan dengan kata-kata Ong Kim Swee, kepada para pemain beliau.

Ong Kim Swee
"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.

"We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done."



  - Ketua Jurulatih Skuad Olimpik Malaysia, Ong Kim Swee. Sumber dari News Straits Times 22/11/11


Sebelum perlawanan final ni lagi, Ong Kim Swee dah cakap, yang "pep talk" ni dia dah lama pendam, saja save for the last. Aku percaya, para pemain pasti "terbakar" bila dengar ayat-ayat ini.

Sebab itu untuk kes Fakri Saarani, hari semalam bukanlah hari beliau. Aku yakin dia pun dah buat yang terbaik untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pemain bola sepak Malaysia. Walaupun luck dia macam pisang semalam, kredit juga perlu diberikan kepada beliau.

On the other hand, coach Indonesia iaitu Rachmad Darmawan, cakap masa nak amik penalty shoot-out tu, hanya 3 pemain yang betul-betul yakin dan volunteer untuk angkat penalty kick tu, sebelum diikuti dengan pemilihan pemain yang lain. Secara mentally, mereka sudah tewas di situ.

Nazmi Faiz, kini menjadi kegilaan remaja perempuan di Malaysia.
Kepada Yong Kuong Yong, dulu dia ada kata nak usha-usha line kot ada harapan nak main luar negara, so dia letak harapan pada SEA Games kali ini. Begitu juga dengan Nazmi Faiz, yang beraksi dengan cukup cemerlang di dalam edisi pertama beliau. Jangan risau, dunia memerhatikan apa yang sedang berlaku. Aku cukup yakin talent scouts serata dunia telah berkumpul di dalam pertandingan ini untuk mencari bakat bakat baru.


Aku masih teringat dengan kata-kata editor di akhbar The Star, bahawa perlawanan menentang Indonesia bukan hanya menentukan pihak mana yang menang, tetapi turut melibatkan "pride, honour and bragging rights". Aku berharap bragging rights aku tidak akan terhenti setakat di AFF Suzuki Cup 2012. Sekiranya sekali lagi skuad Malaysia mampu muncul di final AFF, maka memang tidak dapat dinafikan kita merupakan skuad terkuat di rantau ini. Kerana untuk beraksi untuk dua final berturut-turut sudah memadai untuk menjustifikasikan kekuatan skuad kita, kerana tidak semestinya kita akan memenangi sesebuah perlawanan pada setiap masa. Bola sepak ada jatuh bangunnya. Sekiranya misi ini tercapai, maka misi layak ke Piala Asia  2015 Australia kelihatan mampu dicapai.

2 comments: