Saturday, November 19, 2011

Shame On You, Indonesia

Kita lari sikit dari sukan bola sepak, untuk post ni kita cakap pasal sukan secara umum. Lihat keratan akhbar di bawah.

KLIK kasi besar sikit, senang nak baca. - The Star 18/11/11



KLIK kasi besar sikit, senang nak baca.

KLIK kasi besar sikit, senang nak baca.
Aku percaya, banyak lagi sumber-sumber akhbar yang lain bercakap mengenai perkara yang sama. Jadi apakah tujuan asal penganjuran temasya sukan ini? Katanya nak meneruskan kesinambungan semangat Sukan Olimpik, tapi kalau kita nilai dari segi sukan yang dipertandingkan, memang tidak ada semangatnya. Sukan tradisional dimasukkankan ke dalam pertandingan semata-mata untuk kutipan pingat. Malangnya, kita juga pernah berbuat demikian. Dengan masalah keputusan bias dan sebagainya, misi ini sebenarnya gagal.

Dari segi semangat solidariti, keharmonian dan persahabatan di antara negara yang bertanding? Ketika atlet Malaysia bertanding, mereka sering diejek. Dengan penghinaan terhadap lagu "Negaraku". Itukah semangat kesukanan? Aku berani katakan hampir semua sukan diperlakukan sebegitu rupa. Lagak mereka seolah-olah merekalah yang paling hebat, merekalah satu-satunya negara yang memenangi medal di temasya sukan yang pernah wujud di dalam catatan sejarah.

Baca rangkap pertama. Ternyata mereka silap. the spirit of brotherhood and togetherness, It doesnt even start.
Ya, Indonesia boleh berbangga dengan pungutan pingat mereka serta kemungkinan bergelar juara, tetapi pingat tersebut tidak membuat apa-apa makna langsung sekiranya tidak menghormati pihak lawan. Mungkin kata officials, SEA Games kali ini berjaya dilangsungkan, tetapi pada hakikatnya tidak. Kejayaan fizikal yang langsung tidak selari dengan kejayaan rohani. Ternyata, 26th SEA Games, Palembang ini merupakan temasya terburuk yang pernah kita lihat di dalam sejarah ASEAN.

Selain itu, ada sedikit info dan pendapat yang ingin dikongsikan. Nama di bawah di blurkan atas dasar privasi. Aku turut bersetuju dengan kata-kata di bawah.

No comments:

Post a Comment