Monday, January 23, 2012

21 Januari - Royal Rumble Liga Malaysia

21 Januari telah mencatatkan satu sejarah yang unik di dalam kancah bola sepak Liga Malaysia, Liga Super secara khususnya. Tarikh di mana seolah-olah semua pemain berada di dalam waktu kritikal PMS dan lupa apa itu maksud ketenangan dan profesionalisme. Semua pemain malam tu tetibe emo semacam, main macam nak bertumbuk pulak. Seolah-olah aku sedang menyaksikan WWE Friday Smackdown! Papehal kita layan dulu gambar.


Anda kenal siapa ini? Hehe ini sangat epic.



It's the great Hamsani Ahmad! Old-timer! aka Boted
Hamsani Ahmad dikatakan menjelir lidah sebagai tindak balas kepada para peminat yang mengejek beliau. Dipercayai kepala Hamsani telah terkena lemparan botol air oleh para peminat yang tidak berpuas hati dengan beliau. Hamsani ni kalau tak silap, seorang yang panas baran. Ini kira ok la ni, dia dah boleh kawal temper dia. Makin berumur makin matang ye dak? Sesetengah penyokong je yang makin tak matang. Yang hang pi lanyak botol air atas kepala dia pasai apa?

Bergaduh pula dengan penyokong NS. Siapa dia ni? 
Aminuddin Shaharudin! Pemain FELDA United, bekas pemain NS.
Foto bergaduh di atas dipercayai di antara pemain yang disebutkan dengan penyokong NS. Ni semua sebab provokasi yang dilakukan oleh para penonton. Kalau yang ni bergaduh, aku tak setuju. Yang bab Hamsani tadi tu, penyokong perlu bertimbang rasa la sikit, jangan sampai main lempar objek kat kepala!

Siapa pijak Ghaddar(Kelantan)?
V. Thirumurugan punya kerja!
Pandai Thiru sorok-sorok pijak Ghaddar eh? Cuba try pijak Reithaudin Emran la cuba tengok? 

Maffry bergusti di situ.
Irwan Shah menampar Maffry sebagai tindak balas.
Maffry pada masa ni rasanya dia tgh "high" dan semangat "Mat Salleh" tiba-tiba masuk merasuk. Adakah ini semua propaganda Yahudi?
Maffry keluarkan langkah "Mat Salleh" manakala Irwan Shah tunjuk kat ref macam mengadu dekat mak.
Pergaduhan antara Maffry Ballang(Sabah) dan Irwan Shah(LionsXII) telah menyebabkan kedua-duanya dilayangkan kad merah. Patutnya Irwan tak kena kad merah, paling kurang pun kad kuning. Maffry temper dia off sikit malam ni.

Banyak lagi insiden yang berlaku, bukan setakat yang dinyatakan di atas, cuma ini saja highlight yang aku nak tunjukkan. Papehal, kekalkan profesionalisme anda sebagai seorang penyokong bola sepak, mahupun sebagai seorang pemain bola sepak! 21 Januari akan diingati sebagai hari "Royal Rumble Liga Malaysia"!

2 comments:

  1. Bro...

    Good one bro...kalo bole huraikan lagi pasal royal rumble kat paroi...mana si botak ayam pencen selangor tu...mesti kena cerita skit dia...

    Izzah & harris ombak rindu

    ReplyDelete
  2. gua kompius camne aminuddin cepat tukar baju. sebab rasenye die yang teman hamsani keluar dari bangku simpan

    ReplyDelete