Sunday, April 15, 2012

Projek Pembangunan Frenz United - Frenz United Football Academy

50 pemain, setiap seorang menerima biasiswa bola sepak sebanyak RM80,000 setahun. Pelajar yang diambil ialah daripada para pemain Pertandingan Bola Sepak MSSM Bawah 12 Tahun 2011. Mereka semua bersekolah di SM Saliha, Genting Highlands. Kalau tak silap, silibus pelajaran budak2 ni pun flexible, sama macam yang dilakukan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Secara kasar, ini satu projek yang besar, bukan? Impak pertama yang dapat dilihat, Frenz United Football Academy (FUFA)/Frenz United telah berjaya menjadi johan Pertandingan Bola Sepak MSSD Bawah 15 Bentong. Kerana akademi ini terletak di Janda Baik, Pahang. Lihat video ini dahulu.






Apa kemudahan yang ada di akademi ini?
Padang bola sepak bertaraf FIFA, padang futsal, hostel, gimnasium, surau, bilik media, dan banyak lagi.

Siapa pihak pengurusan?
Bekas jurulatih UiTM FC, Omar Ali sebagai Pengarah Teknikal Bola Sepak, manakala bekas jurulatih bawah 14 tahun kebangsaan, Coach Fairuz dilantik sebagai Ketua Jurulatih. Pengarah Pelajaran pula dipegang oleh Pn. Sopiah Suid.

Apa tujuan mereka?
Melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia, dan aku jangka akademi ini akan jadi "main supplier" kepada pasukan kebangsaan kelak. Apa target mereka? Mereka akan terlibat secara langsung dalam segenap pertandingan MSSM. Pasukan negeri, watch out!

Pada awal bulan Mei ini, Frenz United akan menganjurkan Frenz Trophy Under-14 Pro Junior League Tournament, atau Kejohanan Liga Pro Junior Trofi Frenz Bawah 14 tahun di empat lokasi di sekitar Lembah Klang, dengan wang kemenangan bernilai puluhan ribu ringgit! Ini sangat menarik. Dah ada akademi sendiri, lepas tu organize kejohanan lagi.

Untuk pengetahuan semua, dalam surat khabar Berita Harian 14/4/2012, akademi ni ada keluar dalam sisipan tengah Berita Harian. Cuba check. Aku tak beli. Hehe.


Baru-baru ni pun ada keluar Grandstand Ahad, Astro Arena. Siapa yang miss tu, check video kat bawah ni!





Impressive bukan? Ini aku pasti, menelan kos berjuta-juta. Tetapi yang aku yakin, inilah pembangunan!

Facebook:-
www.facebook.com/FrenzUnited
www.facebook.com/FrenzUnitedFC

YouTube:-
www.youtube.com/FrenzUnitedFC
Twitter:-
www.twitter.com/FrenzUnited

16 comments:

  1. Visit our pages for more info;

    Website:-
    www.frenzunited.com

    Facebook:-
    www.facebook.com/FrenzUnited
    www.facebook.com/FrenzUnitedFC

    YouTube:-
    www.youtube.com/FrenzUnitedFC

    Twitter:-
    www.twitter.com/FrenzUnited

    MAJULAH FRENZ!

    ReplyDelete
  2. aku yakin satu hari nanti fufa akan menempah nama ke peringkat antarabangsa setanding dengan akademi2 di luar negara sana. Maklumlah akademi yang pertama di Malaysia orang tak terfikirlah nak bangunkan akademi yg menelan belanja berjuta-juta untuk pembangunan anak2 kita yang minat bermain bola dgn kemudahan yang canggih aku respectlah orang yang memberi idea untuk menubuhkan akademi ni gua cayalah frenz aku sokong dari belakang

    ReplyDelete
  3. Saya rasa macam tak percayalah di Malaysia ini ada akademi sepenuh masa yang memberi biasiswa kpd pemain2 yang terpilih je..selalunya akademi yg ada, parents kena bayar yuran? Alhamdullilah ada juga yg bermurah hati dan prihatin tentang pembangunan bolasepak di Malaysia. Syabas apa yang kamu buat dgn iklas dan jujur akan diberi ganjaran yang setimpalnya. Maju Frenz Maju tunjukkan pada dunia yang Malaysia Boleh!!

    ReplyDelete
  4. Pembangunan bolasepak di Malaysia setakat ini semakin menjadi-jadi tapi parents yang kena bayar tenaga pengajarnya? Contohnya super kid (program Realiti) yang tak tentu arah tujunya dan tak nampakpun pembangunan hanya sekerat jalan sahaja klu nak glamour masuk program tersebut tapi kena ingat tak kemanapun..Akademi Frenz adalah satu-satunya akademi yang mencungkil bakat2 yang terpendam dididik menjadi pemain seperti Ronaldo kita tunggu dan lihat mungkin mereka adalah anak2 kitakan kan..

    ReplyDelete
  5. Nak tahu cara nak masuk ke akademik ni.

    ReplyDelete
  6. SALAM, NAK KOMEN PARENTS YANG MEMBUAT ADUAN ANAKNYA DITAMATKAN KONTRAK PADA SAYA ADALAH WAJAR KERANA TAKANLAH PIHAK PENGURUSAN NAK MENYIMPAN PEMAIN-PEMAIN YANG PRESTASINYA TAK BAGUS JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PEMAIN2 YANG ADA SEKARANG, MEREKA SEPATUTNYA BERSYUKUR KERANA PIHAK PENGURUSAN TIDAK KENAKAN APA2 BAYARAN MALAH BIASISWA SEBANYAK 80,000 LAGI DITAWARKAN, ADATLAH MANA YANG TAK BAGUS KENALAH KELUAR BAGI PELUANG KEPADA PEMAIN2 YANG BERBAKAT DILUAR TU JANGANLAH RASA ANAK SENDIRI BAGUS KLU BAGUS KENAPA MALAYSIA TAK OFFER BUDAK2 YANG KELUAR NI KELAKARLAH. KLU DAH KELUAR DARI AKADEMI MESTILAH KELUAR DARI SEKOLAH SWASTA BOLEHLAH KALAU TAK NAK KELUAR DARI SEKOLAH SWASTA TAPI BAYAR SENDIRILAH SIAPA YANG MAHU TANGGUNG DAH LAH MAIN TAK BAGUS LAGI NAK SEKOLAH FREE MALULAH ORANG MELAYU BERSIKAP BERGINI DAH BAGI BETIS NAK PEHA MACAM MANA BOLA SEPAK DINEGARA NI NAK MAJU KALAU ASYIK BERDENGKI, BUSUK HATI DENGAN KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH FRENZ AKADEMI SEKARANG SYABAS FRENZ TINGKATKAN USAHA GOSIP2 MACAMNILAH YANG MENAIKKAN NAMA FRENZ.

    ReplyDelete
  7. hai betul cakap awak puteri sekolah sukan Bukit Jalil pun buang orang kenapa tak saman? sebenarnya mereka terkilan dan sedih anak mereka ditamatkan kerana budak2 yang masuk kat akademi katanya seronok dan ada wawasan untuk gi jauh sbb tulah mereka bermain bersungguh2 demi frenz. biarlah apa orang nak kata, lagi orang kata lagi naik nama frenz

    ReplyDelete
  8. salam para ibu bapa yang komen tentang frenz dalam scoreboard macam membuka pekung didada, klu anak ko bagus tak kanlah kena buang?klu bapa pemain bola sepak tak semestinya anak pun bagus main fikirlah beb.. kami nak tengok anak ko boleh pegi jauh atau tidak, setakat main team kampung bolehlah..Frenz akademi tak pandanglah setakat main team kg. Pemain2 yang ada sekarang memang bagus sehingga dapat mengalahkan team Malaysia.

    ReplyDelete
  9. i think what Frenz United has done is very commendable. it seems like this is a not-for-profit organisation. its good to see FAM and MSN supporting the proven programme of Frenz United. can we see Frenz United participating in the KPM league in the following years?
    if Frenz United is made up of all our Malaysian boys and if they can beat the Malaysian national u15, shouldnt frenz then be representing malaysia in the u15 international scene?

    all we want to see is the best of malaysia representing us. 1 MALAYSIA!!

    ReplyDelete
  10. saya nak tahu cara2 masuk akademi ini

    ReplyDelete
  11. Biler lh ada lgi pemilihan..sye teringin nk masuk.

    ReplyDelete
  12. Saya nak masuk tpi xde pengalaman bermain untuk kelab klau dizninkn untuk saya bermain untuk sebuah kelab saya akan berusaha bersungguh-sungguh...klau ad yang memerlukan pemain email lah saya saya teringin menjadi pemain bolasepak..

    ReplyDelete
  13. Nme sye fitri,umur 15,negeri sembilan,boleh x klau saye nk msuk club frenz fc, saya x bnyak sngat pengalaman sbb sya cuma wakil sekola peringkat daerah je...kt situ ade asrama kn

    ReplyDelete
  14. Takde selection ke kalau nak jadi player frenz united? Teringin sebenarnya main dengan fu senanya. Dulu pernah main dengan kelab tapitapi kecik kecik punya la. Kalau ada selection bagitau la ye hehe

    ReplyDelete
  15. bagaimana cara daftarnya ada selsinya kah , untuk u19 ada kh

    ReplyDelete
  16. saya dari balikpapan indonesia ,smp dan sma ikut ssb

    ReplyDelete