Tuesday, May 22, 2012

Waktu Perpindahan Liga M

Seperti semua sudah sedia maklum, "transfers window" untuk Liga Malaysia 2012 mempunyai 2 fasa, yang pertama pada awal Januari dan  fasa kedua pada awal April. 


Kita sering bercakap mengenai pendedahan pemain kita bermain di luar negara. Tetapi sebenarnya, kita perlu faham akan konsep yang diamalkan di negara Malaysia ini.

Liga Super/Premier (bermula awal Januari - tamat hujung Julai)
Piala Malaysia (bermula awal September - tamat hujung Oktober)



"Transfers window" Liga Malaysia dibuka pada awal Januari hingga 13 Februari pada fasa pertama dan 2-16 April pada fasa kedua. (Ini adalah tarikh pendaftaran pemain import bagi Liga Malaysia. Tidak pasti sama ada ianya juga applicable untuk pemain tempatan). Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Fasa pertama bermaksud pra-musim, manakala fasa kedua bermaksud pertengahan musim.


Pada hemat saya, Liga Malaysia dilihat agak "exclusive", dan menyukarkan para pemain kita untuk bermain di luar, kerana apa?

- Pemain tempatan sering sign contract yang bermula pada November/Disember dan akan tamat pada November/Disember/Tamat Piala Malaysia. (Kontrak 1 tahun. Kalau 2 tahun sekalipun, tarikhnya akan lebih kurang sama.)

- Transfers window Liga-Liga Antarabangsa
A-League/Australia - 1 Jun -31 Julai (fasa pertama), 1 November - 31 November (fasa kedua)
J-League/Japan - 8 Januari - 2 April (fasa pertama), 16 Julai - 13 Ogos (fasa kedua)
Liga BBVA/Spain - 1 Julai - 31 Ogos (fasa pertama), 1 Januari - 2 Februari (fasa kedua)
MLS/United States -  1 Januari - 15 April (fasa pertama), 27 Jun - 27 Julai (fasa kedua)
UFL/Philippines - 12 Disember - 6/11 Januari (fasa pertama), 5 Mac - 9/14 Mac (fasa kedua)
I- League/India - sebelum musim bermula 22 Oktober (fasa pertama),1 Januari - 13 Januari (fasa kedua)

- Agent-agent pemain di seantero dunia lebih memilih untuk transfers yang tidak melibatkan sebarang bayaran kepada kelab, bermaksud pemain itu adalah free agent, kerana untuk pemain daripada Malaysia, ianya tidak kelihatan berbaloi diberi bayaran.

- Pemain yang masih terikat dengan kelab, dilihat sebagai tidak menarik dan rumit.


- Kebanyakan "transfer window" liga antarabangsa dibuka ketika pemain tempatan masih terikat dengan kontrak.


- Jika seorang pemain tempatan yang free agent sekalipun, hanyalah pada awal Disember.


- Kebanyakan kelab luar kurang gemar untuk membeli pemain pada pertengahan musim, yakni kebiasaannya Januari, kerana Januari dilihat sebagai ruang untuk mencari pemain "bidan terjun".

Jadi, dengan fakta di atas, cuba bagitau saya, macam mana kita nak hantar pemain ke luar negara? Kelab luar mana yang berani ambil risiko bayar club fees sedangkan nama negara kita belum berada di peta dunia?


Jika dilihat dengan jadual contoh di atas, tidak semua liga yang mampu selaras dengan Liga Malaysia. Yang tambah merumitkan lagi, ialah kelab tempatan yang enggan melepaskan pemain secara bayaran yang agak rendah, kerana mereka rasakan pemain yang ingin dilepaskan itu, cukup berharga yang mana pada hakikatnya, tidak. Come on lah bro, for the sake of our nation!

Kita perlu paham, dengan reputasi Malaysia yang masih lagi jauh ketinggalan untuk berada di peta dunia bola sepak, KITA BELUM LAGI BERADA DI TAHAP YANG MEMBOLEHKAN KITA UNTUK "DEMAND" terhadap kelab-kelab di luar benua Asia. Kerana apa, belum ada produk kita di luar negara yang masih terbukti kualitinya, kecuali Nazmi Faiz Mansor (*there goes our deal, bro!), yang baru sahaja menandatangani kontrak selama 3 tahun bermula pada bulan Ogos 2012. Bahu reputasi pemain Malaysia kini terletak hampir sepenuhnya diatas bahu beliau.

Ingat Kazuyoshi Miura? Pencetus utama yang menyebabkan lebih ramai pencari bakat memilih bakat dari Jepun. Mungkin Nazmi Faiz boleh mainkan peranan yang sama untuk Malaysia.

Jadi dengan transfers window kita yang begini, kelab-kelab yang terlibat haruslah berkompromi. Mungkin percaturan tarikh liga tidak harus diperdebatkan, tetapi klausa dalam setiap kontrak pemain tempatan perlu disertakan untuk klausa yang melibatkan perpindahan ke luar negara.

Untuk permulaan, biarlah pemain dihantar ke luar secara bayaran rendah. Bila international transfers melibatkan pemain Malaysia ini dilihat suatu yang common dan terbukti, barulah kita DEMAND!

Tahniah saya ucapkan.

Kebanyakkan pemain Harimau Muda B, gaji RM1,800. Harimau Muda A taktau lah berapa. Apatah lagi di Beira Mar sana

1 comment:

  1. Banyak lagi yang FAM perlu lakukan untuk majukan bola sepak negara setaraf liga-liga Asia yang lain.. Kena ada think tank yg betul-betul memikirkan cara terbaik memajukan bola sepak negara..

    ReplyDelete