Wednesday, June 13, 2012

Cabaran Nazmi Faiz Ke Beira-Mar, Portugal

Historical, isn't it?
Despite the hype, Nazmi Faiz harus sedar, bahawa perpindahan ke Portugal is a no joke.
Why am I saying this?

Portugal, ialah Eropah. Kira berapa ramai pemain kita yang pernah main di Eropah. Lim Teong Kim, Akmal Rizal Rakhli, Fadzlie Shaari, Rudie Ramli. Siapa lagi? Mohon tambah senarai kalau ada.


Tengok name list tu pun, tak lebih 10. Untuk Nazmi, ini satu cabaran yang besar. Cabarannya..

TAK BOLEH RINDU MAK
TAK BOLEH RINDU AYAH
TAK BOLEH RINDU NASI LEMAK
TAK BOLEH RINDU ROTI CANAI
TAK BOLEH RINDU TEH TARIK
TAK BOLEH RINDU MAJALAH MANGGA
TAK BOLEH RINDU GODFATHER ONG KIM SWEE
TAK BOLEH HOMESICK!



Boleh ke Nazmi Faiz tolak semua ni? Ready to take the risk? Kalau belum, jangan bazir masa.

Mai kita dengar sikit pesanan penyerang UiTM FC, Razren Jesni, top scorer Piala KPT 2011, juga pernah mewakili Malaysia di Asean University Games. Haa ni lebih kurang sama dengan K.Reuben la ni. Selalu jugak keluar newspaper. Kalau rajin, pi google. Dah graduate dah pun Razren ni.

Hotshot Razren Jesni



"Satu fenomena yang bagus untuk bola sepak negara. Bola sepak "dunia" dah mula nampak ability pemain Malaysia terutamanya pemain muda. Pendedahan yang dilakukan FAM kira menjadi la. Mungkin ini satu titik tolak untuk Malaysia melahirkan lagi ramai bakat muda yang bukan sahaja bermain di liga domestik, malah liga-liga utama di dunia."


FF mencelah. "Tapi kalau dia rindu nasi lemak bro, macam mana?


"Dia rindu nasi lemak, kena la cari nasi lemak yang "besar". Jangan cari yang lima posen punya. Hahahaha."


"Tapi dia kena amik SPM dik oii. Sampai bila nak main bola. Jiwa masih muda. Semua benda nak cuba. Jangan sebab duit dan glamour, mata jadi kelabu. Harap tak lupa diri. Dah diberi peluang sebaik itu, buat la elok-elok." pesan Razren.


Nasi lemak.. ohh ohh..


Tengok video ni sampai habis. Betapa legendnya Fandi Ahmad di FC Groningen. My friend told me sampai sekarang dia menyesal balik Singapore. Sampai sekarang menyesal.

No comments:

Post a Comment