Thursday, August 2, 2012

Kemudahan Asas Bola Sepak

Legend bukan idea TMJ kita? Ambitious.





But as we know him, he's a no nonsense guy. Bila bercakap tu TMJ berpaksi pada realiti.

Football facilities di Malaysia ni, tak ada yang lengkap. Semua carca marba. Kali ini gua ada pergi ke Gimnasium Rakyat Rahang Square, Seremban, Negeri Sembilan. Gimnasium ini dikhabarkan milik Majlis Perbandaran Seremban(MPS) - correct me if I'm wrong, dan gimnasium ini terbuka kepada orang awam dengan kadar bayaran RM5 untuk satu sesi/2 jam.

Free entries di berikan kepada pasukan Liga Super Negeri Sembilan, pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan, dan juga pasukan Negeri Sembilan U19. Nak dipendekkan cerita, gimnasium ini merupakan gimnasium yang dikongsi bersama oleh para pemain bola sepak yang bergaji beriban-riban sebulan dengan rakyat jelata. Pasukan Negeri Sembilan langsung tak ada gimnasium sendiri, tidak ada privasi, tidak ada eksklusiviti.

Pintu masuk Gimnasium Rakyat Rahang Square.
Lengkap dgn segala macam peralatan.

Nak kata facilities lengkap, memang lengkap. Tapi privasi dan eksklusiviti yang diperlukan oleh pemain itu tidak ada.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG, dengan dana hampir RM500 ribu sebulan untuk membayar gaji pemain, sebuah gimnasium hak milik persatuan pun tidak mampu dibina. Tetapi, mungkin mereka ada alasannya. Wallahualam.

Mengikut interpretasi saya, perkara sebegini yang dimaksudkan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) mengenai "training facilities" yang sering diambil berat oleh bakal-bakal pemain luar yang ingin berkelana dengan pasukan tempatan.

Pelik bukan, dahulu ketika pasukan Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala Malaysia dan sebagainya, imbuhan RM200-500 ribu diberikan kepada pemain. Tetapi bukan untuk pembinaan training facilities pasukan. Alangkah baiknya sekiranya wang tersebut dibelanjakan untuk perkara sebegini. Mungkin one step at a time. Tahun ini, kita bina gimnasium sendiri. Tahun depan pula, kita bina muzium bola sepak sendiri. Ini semua long term development. Kalau boleh, biar semuanya attached to the stadium. Baru ada nilai sejarah. Saya hanya mengambil Negeri Sembilan sebagai contoh. Saya percaya, banyak lagi negeri di luar sana mengalami situasi seperti ini.
Norhafiz Zamani, bakal terlepas aksi Piala Malaysia 2012 akibat kecederaan.

Bercakap secara umum, kebanyakkan perlembagaan pasukan bola sepak negeri, diwajibkan untuk Menteri Besar memegang tampuk Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri, seperti di negeri Kedah.

Tetapi kadang-kadang, inilah masalah sekiranya ahli politik memegang tampuk persatuan sukan. Pembangunan infrastruktur pasukan bola sepak dipandang remeh dan tidak berkepentingan, sebaliknya hanya dilihat kepada hasilnya dalam padang sahaja. Tetapi apakah kita tidak sedar, setiap titik tolak perubahan prestasi pemain bermula daripada kemudahan asas seperti gimnasium dan sebagainya.

Kita boleh ambil pemain-pemain superstar dan "ready-made players" untuk menyarung jersi kita, tetapi lama-lama 'ototnya akan kecut' jua akibat kekurangan kemudahan asas. Ini dinamakan JALAN PINTAS dan SHORT TERM PLAN.

Sampai bila kita utamakan SHORT TERM PLAN tanpa kita titik beratkan LONG TERM PLAN?

Bercakap soal LONG TERM PLAN, dengan suka citanya, saya ingin mengesyorkan bahawa,

Gimnasium Frenz United di Janda Baik, Pahang. Creds to Deto Dunia Sukan.
INVESTMENT yang dilakukan Frenz United boleh diiktiraf sebagai pembangunan jangka panjang yang sebenar. Gimnasium ini, digunakan oleh pemain-pemain yang berumur 13-15 tahun. Perkara seperti ini yang diperlukan oleh pemain bola sepak PROFESIONAL. PRIVASI. EKSKLUSIVITI

Walau bagaimanapun, perkara seperti ini lazimnya tidak dipedulikan dan dipandang enteng kerana tidak mendatangkan apa-apa kepentingan kepada pihak yang tertentu.

SEDIH. 

1 comment:

  1. biasa ler... orang Malaysia suka kejayaan jangka pendek untuk kepentingan diri sendiri.. Contoh sekarang tgk negeri Kedah yang baru tiga tahun lepas menang piala ....sekarang dah kena turun liga... Adakah Kelantan akan sedemikian juga nanti jika ketiadaan Anuar Musa..

    ReplyDelete