Friday, October 25, 2013

Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara? (1)


Ladies and gents, at last!

After all these years, someone is doing something serious on a bigger scale for our youth football.

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia & Sukan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Kementerian Belia & Sukan bakal melancarkan "Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020".

Sementara kita masih menantikan pengumuman tersebut dan tertanya-tanya apakah pelan yang disebut, aku akan senaraikan 7 perkara kenapa kita harus berasa teruja menantikan pengumuman dan perlaksanaan "2014-2020 National Football Development Plan"


1) Lim Teong Kim
Lim Teong Kim, di sebelah Kurt Niedermayer saat bersama FC Bayern.

Anak kelahiran Melaka ini merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan merupakan antara pemain yang terawal menjejakkan kaki ke Eropah; bersama Hertha Berlin FC di Germany. Beliau juga merupakan bekas Penolong Jurulatih Bawah 19 Tahun FC Bayern di mana Kurt Niedermayer merupakan Jurulatih utama B19. Pengalaman 12 Tahun bersama FC Bayern merupakan kekuatan utama beliau.

Pasca FC Bayern - Teong Kim turut terlibat dengan beberapa projek latihan Sportali dsb.
Teong Kim telah melahirkan dan membentuk beberapa nama ulung dalam sukan bola sepak; Thomas Mueller, Holger Badstuber, Diego Contento dan lain-lain. Mungkin ada di antara mereka yang mengatakan, bukan jurulatih yang melahirkan pemain berkaliber, tetapi sistem pembangunan yang melahirkannya. But make no mistake, dari segi sudut character building, personal touch, attributes beautification semuanya terletak di tangan jurulatih yang lebih dekat dalam mendidik pemain muda.

Teong Kim - tidak kekok ilmu
Menurut beliau, " Thomas Muller was not a gifted footballer but he is a very dedicated and determined. Muller was not as gifted as some of his teammates in the youth teams but he made it big because of his dedication to training and matches. This is the same case with Badstuber."

Thomas Muller pula dipercayai pernah berkata,

"After being put for a year as central defender and i played bad in a game, coach (Teong Kim) sent me to the front during the half-time due to my offensive drive." ketika ditanya mengenai titik tolak di dalam kerjayanya.

Lim Teong Kim(kiri) bersama Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin ketika diumumkan sebagai Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara.
Baru-baru ini, Teong Kim telah dilantik sebagai Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara, menggantikan Pengarah Teknikal (Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan), Lim Kim Chon yang juga merupakan abangnya. Ini bermaksud, jawatan baru yang dipegang oleh Teong Kim merupakan jawatan yang telah dinaiktaraf, yang membenarkan beliau untuk merancang sesuatu yang lebih besar dan berkesan. Yang paling penting, beliau akan melapor terus kepada Menteri Belia & Sukan, iaitu YB Khairy.

"There are many ways that lead to Rome." ujar Teong Kim pada satu ketika saat menceritakan rancangannya bersama KBS. Beliau merupakan seorang yang realistik dan sukakan cabaran. Katanya juga, "The most valuable thing in football is individual technique."

Kata-kata beliau jelas menjanjikan pembaharuan dalam cara didikan permainan anak tempatan kita yang lebih sinonim dengan konsep "hit and run". Beliau juga pernah berkata bahawasanya penting untuk kita melatih jurulatih, sebelum jurulatih itu melatih pemain yang ingin dilatih.

Lim Teong Kim dilihat meninggalkan Pejabat Menteri KBS. pic by Sahari Salamat

Dengan perlantikan beliau sebagai Pengarah Projek, pengalaman 12 tahun bersama sistem pembangunan FC Bayern dan telah melahirkan jagoan dunia seiring dengan pelancaran pelan pembangunan jangka panjang, sudah pasti kini "we are on the right track".

Adios!

Ini baru 1 sebab. Nantikan post-post berikutnya. See ya!

No comments:

Post a Comment