Tuesday, February 8, 2011

Brendan Gan, Aussie-born footie player wants to play footie for the Tigers.

Born Brendan Fraser. An actor who.. Cut the crap. Kenal Brendan Gan? tak kenal? -.- rasanya korang dah kenal. Mukanya haritu keluar Astro Awani dan Astro Supersports' Four Four Two.


                          Brendan Gan ketika sesi latihan bersama Sydney FC pada tahun 2009.



Brendan Gan (Num 7) bermain sebagai pemain tengah untuk pasukan Sydney FC yang pernah disertai oleh Dwight Yorke(Trinidad & Tobago) dan Kazuyoshi Miura(Japan).


                                  Brendan(biru), melakukan bentesan terhadap Aziz Behich.

Brendan, 23, yang berdarah kacukan cina, boleh memilih sama ada bermain untuk pasukan kebangsaan Australia atau pasukan kebangsaan Malaysia, kerana beliau lahir di Sutherland Shire, Australia dan mempunyai bapa yang berasal dari Negeri Sembilan, Malaysia.


Inclusion Brendan ke dalam pasukan Malaysia aku lihat merupakan tindakan yang positif. Lagipun, we all know Hyundai A-League is one of the top leagues in Asia. Many of their players pun plying their trades in the Barclays Premier League(England).Antara yang terkenal ialah Brett Emerton(Everton) dan Mark Schwarzer(Fulham). Brendan pun dengan ikhlas hati nak main untuk team Malaysia semasa beliau dihubungi oleh Astro Awani dan diberi respons yang positif oleh jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee dan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, K.Rajagobal. Baru-baru ini juga, Brendan telah menandatangani kontrak yang baru bersama Sydney FC selama 2 tahun yang bernilai RM 245,753 (81,254.41 USD).


Jangan diperkecilkan bakat anak muda ini, kerana pada tahun 2008, beliau telah dipilih sebagai Pemain Terbaik *Liga Premier New South Wales 2008 ketika mewakili Sutherland Sharks. Akan tetapi, beliau seharusnya dinilai terlebih dahulu, sama seperti pelatih pasukan kebangsaan yang lain. Kemasukan Brendan juga aku lihat dapat menimbulkan "national interest" kerana selepas ini akan ada pemain kebangsaan Malaysia yang bermain di liga yang berprestij tinggi. Brendan juga memiliki pengalaman bermain di dalam AFC Champions League, kejohanan yang tertinggi bagi kelab di Asia. Mungkin juga dia akan menjadi idola bola sepak Malaysia yang baru. Siapa tahu kan? Selain daripada pengalamannya boleh diguna pakai oleh rakan sepasukan di Malaysia, Brendan juga boleh menjadi kepada pemangkin kepada beberapa lagi pengambilan pemain yang layak bermain untuk pasukan Malaysia mengikut peraturan FIFA. Tidak salah kita mengambil pemain yang berdarah Malaysia jika mereka berkualiti tinggi, seperti Irfan Bachdim(Indonesia). Jangan samakan pengambilan Irfan Bachdim dengan Cristian Gonzales(Indonesia), kerana mereka mempunyai kes yang berbeza. Irfan Bachdim sememangnya layak untuk bermain untuk Holland mahupun Indonesia kerana beliau lahir di Holland dan berdarah Indonesia. Cristian Gonzales pula merupakan rakyat Uruguay yang diberi kerakyatan Indonesia setelah 7 tahun menetap di sana. Jangan melepas macam kes Shaun Maloney sudahhh.

Tahniah kepada Astro Awani yang telah melakukan usaha untuk menghubungi Brendan.




Brendan Gan(biru) dan Tim Cahill ketika perlawanan pra-musim pada 10 Julai 2010.



Trivia :

1) 1967 Mustang Shelby merupakan kenderaan idaman Brendan Gan.
2) Brendan Gan merupakan pemain Australia yang pertama di "motion-captured" untuk permainan video bersiri FIFA oleh EA Sports. Brendan telah melakukan proses "mo-cap" ini di Vancouver, Canada dan segala pergerakan "trademark"nya telah dirakam dan boleh dilihat melalui permainan video FIFA 11.
3) Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ingin membawa Brendan Gan ke dalam pasukan bawah 23 tahun kebangsaan pada Sukan Sea 2011 Palembang pada hujung tahun ini. Hasrat awalnya ingin diserapkan ke pasukan olimpik, akan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana ketika Sukan Olimpik 2012 London berlangsung, Brendan sudah berumur 24 tahun(over-age).


*Liga Premier New South Wales(NSW Premier League) merupakan sebuah kejohanan liga bola sepak di Australia. Liga ini dianggap sebagai kedua terbaik kebangsaan selepas Hyundai A-League.

No comments:

Post a Comment