Tuesday, February 8, 2011

"Update" bersama Iqma Tarantino : Pemilik Baru No.9 di Stamford Bridge.


Okay guys. dah tiba masanya for the first post untuk segmen "Update" yang akan memaparkan pendapat tetamu jemputan kita, Iqma Tarantino. (1 minggu sekali).

IQMA TARANTINO :
Perpindahan Torres dari Liverpool ke Chelsea memang menimbulkan kontroversi.Ini kerana Chelsea dan Liverpool adalah dua pasukan yang boleh dikatakan antara kelab gergasi English.Torres 27,mengambil keputusan untuk berpindah sejurus sebelum musim perpindahan ditutup.No.9 adalah antara no. keramat di Chelsea ,kerana hampir semua pemilik terdahulu adalah lagend.Antaranya ialah Roy Bentley dan Jimmy Floyd Hasselbaink.

Bagi segmen pertama ni,aku nak ulas sikit perpindahan di BPL terutamanya Torres.Okay,sememangnya kita tahu yang Torres *el nino, antara penyerang terbaik dunia.Torres tergolong dalam ‘pace striker’,dan kemasukan dia ke dalam The blues, berganding pula dengan Didier Drogba dan Nicholas Anelka akan memperkuatkan lagi jentera serangan Chelsea.

Pada pendapat aku,kemasukan Torres ni adalah yang terbaik buat Chelsea pada masa kini.Carlo Ancelotti mengaku yang Torres tidak akan terus dimasukan kedalam pasukan utama,kerana gandingan Drogba dan Anelka adalah gandingan yang sangat baik.aku pun puji jugak Torres kerana dia masih yakin yang Chelsea mampu julang UEFA Champions League kerana itu lah antara targetnya semasa di Liverpool tapi tidak kesampaian.



                                                  Dulu musuh, sekarang "striking partners".


AKHIRNYA KING DIDIER DAPAT BERGANDING DENGAN EL NINO.

Antara pemain lain yang masuk ke Chelsea adalah David Luiz dari Benfica.Ini juga antara perpindahan yang baik buat Chelsea.Kerana Chelsea memang kurang pemain pertahanan,dan pemain berusia 23 ini kelahiran Brasil ini mengambil jersey NO.4 dan pemilik terdahulunya ada Claude Makelele.

HEAR THE CHELSEA ROAARR AND BLUES BOYS BACK IN THE GAME!


*El Nino merupakan gelaran yang diberikan kepada Torres sejak beliau berada di Atletico Madrid lagi. El Nino bermaksud "Budak Kecil" di dalam bahasa Spanish.

*Article ini ditulis sebelum perlawanan di antara Liverpool dan Chelsea, baru-baru ini dan pendapat asal penulis, Iqma Tarantino.

No comments:

Post a Comment