Thursday, February 10, 2011

Malaysia (2) - (0) Hong Kong, Friendly Match (9 Februari 2011)




 MALAYSIA (2) - (0) HONG KONG

Zzz. okayyy, pada perlawanan malam ni, Malaysia vs Hong Kong, 9 Feb 2011, Stadium Shah Alam, K.Rajagobal telah memilih jersey away(biru) sebagai jersey Malaysia pada malam ini. Starting First Eleven Malaysia ialah ;


Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Mahali Jasuli (Harimau Muda A)
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan)
Mohd Fadhli Shas (Harimau Muda A)
Asraruddin Putra Omar (Selangor)
S.Kunanlan (Negeri Sembilan)
Safiq Rahim (c) (Selangor)
Ashaari Shamsudin (Terengganu)
K.Gurusamy (Harimau Muda A)
Safee Sali (Pelita Jaya FC)
Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)

kalau nak tengok video starting line up, ni ha dia. Sumbangan TheHoshHash.







Kronologi perlawanan ;

45' : Gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim. Situasi yang lebih kurang sama ketika menentang Indon di Final AFF Suzuki Cup tahun lepas.

53' : In; Norshahrul Idlan Talaha   Out; Ahmad Fakri Saarani (Malaysia)

55' : In; Chu Siu Kei   Out; Lo Chi Kwan (Hong Kong)

59' : In; Farizal Marlias(GK)   Out; Khairul Fahmi(GK) (Malaysia)

64' : In; Tsang Kam To   Out; Li Hang Wui (Hong Kong)

67' : In; Amirulhadi Zainal   Out; Ashaari Shamsudin (Malaysia)
       In; Sabre Mat Abu   Out; Mahali Jasuli (Malaysia)

69' : In; Chua Soi Lek   Out; Elizabeth Wong
       In; Elizabeth Wong   Out; Chua Soi Lek

77' : In; Michael Cheng   Out; Lam Ka Wai (Hong Kong)

80' : In; *G.Mahathevan   Out; K.Gurusamy (Malaysia)

85' : In; *Shahrizal Mohd Saad   Out; Safee Sali (Malaysia)
        In: Gerard Ambassa Guy   Out; Deng Jinghuang (Hong Kong)

90' : Amirulhadi Zainal menjaringkan gol yang kedua selepas menewaskan penjaga gol Hong Kong. Assist dilakukan Sabre Mat Abu.


Review "Apa Kata Faliq" tentang perlawanan;

- Safiq Rahim dikekalkan sebagai ketua pasukan. Mengejutkan. ^^

- Malaysia telah mendapat banyak sepakan percuma, tetapi kebanyakkannya dibazirkan terutamanya yang diambil oleh Safiq Rahim.

- S.Kunanlan, menunjukkan sikap yang terpuji dengan sentiasa turun ke bawah. Kadang-kadang, it's seems like he's everywhere. Work rate S.Kunanlan tidak boleh dipertikaikan pada malam ini.

- Permainan Asraruddin Putra pada malam ini sangat confident, tenang dan acap kali melakukan turning yang baik.


- Mahali Jasuli pula lain pula ceritanya. Terlalu yakin dalam melakukan overlapping, too much attacking sehinggakan posisinya dibolosi pemain Hong Kong.


- Selamat kembali kepada Aidil Zafuan, seperti biasa, Cara Aidil bermain seolah-olah tidak menunjukkan sebarang kecederaan yang dialaminya. Tahniah.

-Kumpulan penyokong Ultras Malaya, banyak membantu menghidupkan suasana di Stadium Shah Alam.


Apa Kata Faliq's Man of the Match : Safiq Rahim (c) (Selangor)


Komen Ketua Jurulatih Malaysia, K.Rajagobal
"Pemain-pemain telah bermain seperti yang telah diarahkan bahawa kita perlu mengekalkan cara kita bermain ketika di AFF Suzuki Cup. Saya boleh katakan saya berpuas hati dengan persembahan pemain. Yang penting dalam perlawanan ini ialah cara kemenangan dan cara kesungguhan yang dikekalkan. Itu yang saya mahukan, dan sementara itu saya mencuba pemain-pemain baru, memberi peluang untuk melihat gandingan dengan pemain yang lain."


Komen Ketua Jurulatih Hong Kong, Tsang Wai Chung
"I believe my players can play better than this. Today my players played below their standard, just like I said before it is because of the climate."



*G.Mahathevan dan Mohd Shahrizal Saad membuat penampilan sulung untuk pasukan Malaysia selepas dimasukkan pada 80' dan 85'.

No comments:

Post a Comment