Monday, February 28, 2011

Penjaga Gol Kebangsaan 2000-2011

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Kerana prestasi jejaka bermuka tomyam@Khairul Fahmi Che Mat(Kelantan), sangat baik pada waktu ini, tergerak hati aku untuk listkan senarai penjaga gol kebangsaan dari tahun 2000 hinggalah ke tahun 2011. Sama-sama kita lihat siapa muka-mukanya. Ada sesetengah mereka masih dalam pasukan yang sama atau masih penjaga gol utama dalam sesetengah tahun, tapi takpelah. Aku bezakan untuk setiap tahun, biar ramai sikit faces of our goalkeeping flops. lol


1)
Azmin Azram Abd Aziz
 Azmin, lama jugak dia jadi 1st keeper. Beliau terkenal
dengan kekerapan beliau bergayut dekat palang tiang gol.
Banyak experience dia ada, lawan Brazil, Man Utd.
Dikenali ketika di pasukan N.Sembilan dan Selangor.


 
2)
Kamarulzaman Hassan

Siapa yang tidak kenal dengan Kamarulzaman Hassan, yang terkenal 
kerana telah menepis bola ke dalam gawang sendiri ketika Sukan SEA 2001 di KL.
Dikenali ketika di dalam pasukan P.Pinang dan Sarawak.



3)
Syamsuri Mustafa
Sama macam Azmin, lama juga dia jadi 1st choice goalkeeper.Dia ni juga
merupakan first Malaysian goalkeeper untuk score dalam perlawanan antarabangsa.
Sekali pandang, macam Azizon Kadir, kadang2 macam Khairul Azman pulakk.
Sekarang dah pakai head cap. Best known for his appearance for Terengganu.



4)
Hamsani Ahmad

Terkenal dengan sikap panas baran, debut pertamanya untuk Malaysia ialah ketika 2004.
Tak berapa caya sangat dia main. Dikenali ketika beraksi untuk N.Sembilan dan Selangor.



5)
Azizon Abd Kadir

Azizon, merupakan crowd favourite dengan gayanya yang agresif(tang mana agresif bro?).
Sinonim dengan rambut ponytailnya, seakan-akan David Seaman. Bermain pada 2007 Asian Cup,
Azizon bolos 12 gol dalam 3 perlawanan. You do the maths, guys.
Best known when he's playing for N.Sembilan and Kuala Muda Naza.



6)
Nasril Nourdin


Ahh, Nasril. Dulunya pernah dikatakan antara seorang salah penjaga gol 
yang berbakat besar pernah dilahirkan. Ketika beliau berumur 19 tahun, kelab BPL, Blackburn Rovers telah menunjukkan minat dalam mendapatkan khidmatnya. Akan tetapi, masalah permit pekerjaan
dan peraturan BPL menghalangnya untuk berkelana di sana. Kini bersama Perak.



7)
Syed Adney Syed Hussein


Syed Adney, penjaga gol kelahiran Liverpool, England ini pernah 
mendapat peluang menjalani trial di kelab England, Middlesbrough dan Darlington FC.
Merupakan adik kepada aktres, Sharifah Sofea, beliau juga mempunyai kelebihan fizikal yang baik.
Kini beliau bersama pasukan Sabah.



8)
Helmi Eliza Elias
Helmi, beraksi di dalam semua perlawanan antarabangsa di bawah kendalian B.Sathianathan.
Pada awalnya, Helmi mempamerkan aksi konsisten. Helmi juga pernah menyelamatkan thunderous volley Deco dari Chelsea, sekaligus menaikkan namanya. Prestasinya jatuh merudum setelah beliau 
melepaskan gol yang mudah pada AFF Suzuki Cup 2008. Kini bersama Kedah.



9)
Badrulzaman Abd Halim
Badrul, hanya mampu mendapat 1 cap ketika bersama pasukan Malaysia. Badrul bolos 4 gol 
dalam perlawanan pertamanya bersama pasukan kebangsaan. Kini bersama PKNS.




10)
Sharbinee Allawee



Sharbinee, menunjukkan prestasi yang baik pada Sukan SEA 2009, sebelum digantikan akibat kecederaan. Kembali pada tahun 2010, Sharbinee masih belum dapat mengecapi prestasinya yang terdahulu. Masih bergelut dengan prestasi, dan sentiasa diletakkan sebagai 2nd goalkeeper. Kini bersama Terengganu



11)
Farizal Marlias
Bermain baik ketika Sukan SEA 2009 selepas menggantikan Sharbinee Allawee. Beliau juga 
bermain dengan baik ketika menentang Manchester United. Merupakan salah seorang penjaga gol 
yang terbaik pada masa ini. Kini bersama Negeri Sembilan.



12)
Khairul Fahmi Che Mat

Ini dia abang kita yang berwajah tomyam/somtam. Menunjukkan prestasi yang baik ketika
Sukan Asia 2010 di Guangzhou, prestasi tersebut diteruskan hingga ke AFF Suzuki Cup 2010.
Kini beliau merupakan penjaga gol utama pasukan kebangsaan. Kini bersama Kelantan.



Setakat yang aku ingat, ini je. Kalau ada yang aku tertinggal, bagitau laaaa. :D

3 comments:

  1. xbuat review ke pasal penjaga gol lagenda, Khairul Azman ??

    ReplyDelete
  2. Faliq, ko lupe Suffian Abd Rahman..

    ReplyDelete
  3. E-NYCE, jika ada permintaan, kami akan lakukan. kami akan cuba mendapatkan sesi soal jawab bersama khairul azman sekali.

    Tentang Suffian Abd Rahman, beliau hanya mendapat 1 cap seperti BadrulZaman Abd Halim. jadi macam tak penting je? haha. Sama juga seperti Anis Faron Arsidi.

    ReplyDelete