Tuesday, February 22, 2011

Perlukah Pemain Import?


Pahang, 2004



Teringat beberapa tahun yang lepas, zaman pasukan Pahang ketika mereka sedang meningkat naik, cukup memikat hati aku. Pemain - pemain Pahang pernah dibarisi oleh pemain seperti Rosdi Talib, Azmin Azram, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar bergandingan dengan pemain - pemain import yang berkaliber seperti John Tambouras, Simon Colosimo, Ante Milicic. Kelibat Mamadou Diallo dan Bernard Tchoutang juga tidak dilupakan. Aku anggap pasukan Pahang ketika 2-3 tahun itu ibarat pasukan Real Madrid Malaysia. Mereka berjaya memenangi Liga Super 2004, dan Piala FA pada tahun 2006.

Pemain - pemain import ini hampir semuanya pernah mewakili negara mereka. Seperti Ante Milicic, yang sudah memperoleh 6 caps untuk Australia. Manakala Bernard Tchoutang telah membuat penampilan sebanyak 23 kali untuk Cameroon. Mamadou Diallo, 46 caps dan 21 gol untuk pasukan Senegal.

Aku bukan lah lahir kat Pahang. Tapi pada masa yang sama aku minat pasukan Selangor. Menetap di Negeri Sembilan. Macam mana tu bang?

Bambang Pamungkas ketika bersama Selangor.

Setelah beberapa tahun takda pemain import, kini topik mengenai pemain import ini hangat diperkatakan. JPKT Persatuan Bola Sepak Malaysia akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara ini.


Bagi aku, pemain import ini PERLU. FAM pernah melaksanakan peraturan menidakkan kehadiran pemain import ini pada 1998 sehingga 2001. Kalau kita tengok hasilnya ketika itu, Malaysia hanya mampu mendapat tempat ketiga pada kejohanan AFF Tiger Cup 2000. Yang peringkat lagi atas tu, takyah cito la yo bang? Kini, pasukan Harimau Malaya telah menjadi johan pada kejohanan AFF Suzuki Cup 2010. Ada yang berkata, ini adalah hasil daripada "pembekuan" pemain import. Bagi aku, mungkin "pembekuan" ini memainkan peranan, tetapi hanyalah peranan yang kecil. Bagi aku, penghantaran skuad Harimau Muda ke Slovakia lah yang banyak membantu perkembangan pasukan kebangsaan, selain perlawanan persahabatan yang berprofil tinggi. 6 pemain daripada skuad AFF Suzuki Cup 2010 adalah pemain Harimau Muda. Selain itu, pendekatan K.Rajagobal yang menaruh kepercayaan kepada pemain yang lebih muda juga membuahkan hasil. "Foundation" pasukan yang telah dibina sejak kendalian B.Sathianathan juga memainkan peranan yang penting. Penghasilan bakat melalui Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) juga memainkan peranan.

Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010.


Kita tengok saja pasukan kebangsaan Indonesia, mereka boleh saja memenangi AFF Suzuki Cup 2010, cuma mereka kekurangan sedikit "luck". Lihat saja permainan mereka sejak grouping stage. Jumlah gol tu takpayah kira lah. Mereka tidak "membekukan" pemain import. Ya, mungkin anda kata top scorer mereka di AFF Suzuki Cup 2010 adalah Cristian Gonzales, seorang pemain import kelahiran Uruguay. Akan tetapi, lihat cara mereka bermain. Midfielders mereka yang dikepalai Firman Utina yang banyak menghasilkan peluang. Cristian Gonzales cuma melakukan penyudah, adanya yang kadang-kadang tidak masuk. Tetapi, bukanlah kita inginkan pemain import untuk mewakili pasukan kebangsaan, cuma biarlah mereka bermain di liga tempatan. Yes, ada pros and contras jika membenarkan mereka bermain di sini.

Cristian Gonzales, Indonesia

Nak cakap pasal standard liga, Liga Malaysia yang dibangga-banggakan ni jauh ketinggalan di belakang Liga Indonesia. Pelbagai faktor diambil kira. Sebagai contoh, kedatangan penonton ke stadium. Sampai bila kita nak jadi jaguh kampung?

Liga Super Indonesia

Okay, kita lihat peraturan kemasukan pemain import di Indonesia;
Bermula pada tahun 2009, berikut adalah peraturannya.
  • Menggunakan format 3+2, iaitu 2 pemain import di setiap kelab haruslah daripada kelab di negara Asia.
  • Pemain daripada Eropah atau negara Amerika Latin sekurang-kurangnya bermain di Divisyen Kedua (Liga Ketiga Sistem Pertandingan negara berkenaan)
  • Pemain daripada Asia sekurang-kurangnya bermain di Premier/Super League (Liga Tertinggi Sistem Pertandingan negara berkenaan)
  • Pemain daripada Asia Tenggara sekurang-kurangnya berada dalam pasukan kebangsaan. 
  • Bermula pada 2010, Pemain daripada Afrika yang tidak pernah bermain di Liga Super Indonesia harus sekurang-kurangnya pernah bermain untuk pasukan kebangsaan di dalam perlawanan rasmi FIFA.


Melihat kepada peraturan yang dipraktikkan di Indonesia, aku sangat bersetuju sekiranya peraturan tersebut dipraktikkan di Malaysia. Hal ini dapat menjamin standard dan prestige liga. Mengenai hal kewangan, pengambilan pemain import boleh dikenakan sistem wage cap seperti yang dipratikkan di Major League Soccer, Amerika Syarikat. Setiap pemain import boleh dikenakan gaji maksimum. Perkara ini dapat mengelakkan peristiwa yang melibatkan Ivan Ziga dan Sarawak, di mana Sarawak gagal melunaskan tunggakan gaji Ivan Ziga. Ivan Ziga telah mengheret perkara ini ke FIFA. Dengan pimpinan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan tajaan RM 220 juta oleh Astro, perkara sebegini dapat dielakkan.

Ivan Ziga, membawa perihal tersebut ke FIFA.


Pengambilan pemain import ni mampu menimbulkan semula national interest, seperti di zaman Jose Iriarte dan Olubunmi Adigun. Stadium semua penuh. Takda cerita-cerita BPL ni deh. Lagi satu, sampai bila team-team di Malaysia ni nak tarik diri dari pertandingan kelab AFC Cup? Yang rata-rata memberi alasan disebabkan ketiadaan pemain import.

Tapi kalau nak cerita pasal kejayaan yang menyeluruh, bukan setakat perkara pemain import ni sahaja yang harus dititikberatkan. Infrastruktur sukan haruslah diperbaiki. Professionalism setiap pasukan juga haruslah dijaga. Peminat pula jangan hanya tahu nak condemn dan salahkan FAM sahaja, paling kurang pun sumbang lah sikit, kalau tak wang ringgit, idea pun boleh. FAM pun jangan nak heboh dengan pasukan senior, tengok tengok pasukan remaja kita, pembangunan yang menyeluruh harus dilakukan, jangan hanya mengharapkan subsidi kerajaan dan jangan bodoh sombong. Syarikat swasta pula jangan sibuk menaja liga-liga luar, sedangkan liga di negara sendiri tergadai. 



Disgraceful. Gambar Hak Milik Stadium


Apa nak jadi.




Malaysia vs Man Utd, 2009. Ini lagi tak payah cakap.


Penonton bola di stadium pula jangan hanya tahu maki players, sedangkan bila Malaysia lawan Korea, anda memakai jersi Korea, jadi anda tiada hak memaki hamun pemain Malaysia jika anda sendiri membelakangkan pasukan negara. Perkara yang sama terjadi ketika Malaysia menentang Manchester United. Aku sangat tertarik dengan kata-kata Ultras Malaya. "If You're Ashamed To Stand By Your Colours, You Better Seek For Another Flag"


Semoga Tahun Industri Sukan 2011/2012 Menjadi Satu Kejayaan.


Stand up, Speak up,

Faliq Firdaus.

No comments:

Post a Comment