Tuesday, February 22, 2011

Kenali Pemain : Rizqi Azman


Zzz okay guys. disebabkan last week aku kenalkan sorang je player, minggu ni aku kenalkan 3 player ye? Minggu ni semuanya anak waghieh, Negeri Sembilan FA(Piala Presiden 2011 Bawah 21 Tahun). Minggu depan kita merantau sikit. :)



Nama : Mohd Rizqi b. Azman (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nombor Jersi :20
Posisi : Pemain Tengah
Tarikh Lahir : 12 Ogos 1992
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Ketinggian : 170 cm
Berat : 60 kg
Pasukan yang diminati : Liverpool
Pemain yang diminati : Steven Gerrard

Sekolah :  SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur
               (2005-2008)
               Victoria Institution, Kuala Lumpur
               (2009)


Rizqi, 19, datang dari Kuala Lumpur untuk menyertai pemilihan pasukan Piala Presiden NS setelah mendapat panggilan daripada coach Piala Presiden NS, Yusarman Yusof. Pada zaman persekolahannya, Rizqi tidak terlibat dalam bola sepak. Akan tetapi, setelah menyedari mengenai bakat bola sepaknya yang baik, Rizqi terus memutuskan untuk bermain bola sepak selepas tamat persekolahan. Kini, Rizqi dipilih untuk pasukan utama Piala Presiden selepas 2 perlawanan. Ini musim pertamanya bersama NS.


Rizqi(atas,dua dari kiri) bersama rakan sepasukan.

Dikurniakan stamina yang tinggi, permainan Rizqi dilihat seperti "tireless". Perkara ini dipersetujui oleh rakan sepasukannya yang lain. Selain itu, Rizqi juga memiliki kebolehan shooting yang agak baik. Rizqi juga memiliki keberanian yang tinggi. Jika kita lihat, Rizqi akan "Midfield Marshall" ketika beliau beraksi di padang.


Ketika dihubungi, Rizqi sempat meminta kepada penulis untuk memberi pendapat tentang penonton bola sepak di Malaysia. Katanya;

"Peminat-peminat Liga Malaysia ni, bila kami menang, kami disanjung. Tapi bila kami kalah, dikutuknya kami pula. Saya ingin peminat tahu, menang kalah itu adat permainan. Kami sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan, dan kami memang mengharapkan sokongan peminat tidak kira sama ada kami menang mahupun kalah. Saya juga ingin berterima kasih kepada kelab penyokong NS, N9futbol. Sokongan anda semua membuatkan kami rasa dihargai."


Aku tau korang semua nak stalk mamat ni kat FB. Tarahal lah. Ni diaaaa. Facebook Rizqi Azman

6 comments:

  1. Handsome and very talented person.

    ReplyDelete
  2. Kita kena bangga dgn percapaian sukan dinegara kita. Jangan terlampau agung2 kan sukan negara luar.

    ReplyDelete
  3. Selalu tgk die training.. Kalau bole kasi lah nombor telepon die???

    ReplyDelete
  4. Handsomenyerrrr die.hihihi! Xsangka pulak pemain bola ada handsome mcm ni hukhuk - intan

    ReplyDelete
  5. I should see more often he plays soccer. I believe he can be like steven gerrard one day. Be proud of yourself and play for malaysia.

    ReplyDelete
  6. Yusarman N' Natrah DanishFebruary 23, 2011 at 2:11 PM

    thanks faliq.. sgt2 kami hargai..
    terharu tau coz ada org sudi buat post psl team..
    keep it up!

    ReplyDelete