Wednesday, February 9, 2011

Sah! Safee Sali ke Pelita Jaya Karawang

 Encik Zainal : Safa sebenarnya adalah...(multiple close ups)...


                                                      Safee Sali di Wisma FAS.
                                          Gambar adalah hakmilik Utusan Malaysia

 Zzz. Sudah disahkan bahawa Safee Sali, 27, akan meninggalkan pasukan Selangor dan akan menyarung jersi pasukan Pelita Jaya Karawang di *Liga Super Indonesia(ISL). Kontrak yang ditandatangani dikhabarkan berjumlah ratusan ribu ringgit dan gajinya pula dikatakan sebanyak RM 30,000 sebulan. Terdapat juga klausa di dalam kontrak ini yang menyatakan Safee harus kembali ke Selangor sekiranya Pelita Jaya tidak menawarkan kontrak yang baru.

Beliau juga akan menyarung jersi bernombor 10 yang asalnya milik pemain muda, Andesi Setyo Prabowo. Pelita Jaya Karawang yang kini menduduki di tangga ke-15(tercorot.catatan pada 9 Feb 2011) Liga Super Indonesia sangat memerlukan ketajaman Safee dalam membantu pasukan tersebut ke tangga yang lebih baik. Perkara ini turut diakui oleh Ketua Teknikal Pelita Jaya, Rahim Soekasa, yang berharap agar Safee dapat membawa pasukan Pelita sekurang-kurangya dalam kedudukan 7 terbaik.


                               Pelita Jaya atau lebih dikenali sebagai "The Young Guns"



Safee akan tiba di Jakarta pada 14 Februari 2011 untuk menyertai pasukan tersebut. Beliau akan memperolehi kemudahan rumah dan kereta seperti mana kemudahan tersebut diberikan kepada pemain import yang lain. Jika tiada aral melintang, berkemungkinan besar debut Safee bersama Pelita Jaya adalah dalam perlawanan menentang Persib Bandung pada 7 Mac 2011. Sudah tentu Safee ingin membolosi pintu gawang Persib yang akan dijaga oleh penjaga gol kebangsaan Indonesia, Markus Harison di Stadium Singaperbangsa, Karawang.

Aku dah nyatakan sama ada wajar atau tidak perpindahan ini di dalam post yang lepas. Good luck diucapkan kepada Safee dan buatlah yang terbaik untuk diri sendiri. Akan tetapi, tidak silap aku Pelita Jaya terpaksa membuang seorang daripada pemain importnya(kuota 5 pemain) kerana telah cukup kuota. Pemain tersebut adalah Shibakoya Yuichi, Tomoyuki Sakai(Japan), Walter Benitez(Argentina), Juan Ramirez(Paraguay) dan Dramane Coulibaly(Mali). So one of them Misha Radovic(coach Pelita Jaya) kena dibuang lah to fit Safee in. Harap-harap Safee dapat menyerlahkan bakat di sana.


Terkejut jugak tengok berita Astro Awani, Safiq Rahim kata nak ikut jejak Safee Sali. Pehh. Dulu jual mahal, sekarang baru nak terhegeh-hegeh. Haihhh.

Kat sini aku sertakan sedikit video untuk tatapan y'all. sumbangan TheHoshHash.



Trivia :

1) Dua pemain bertaraf dunia, Mario Kempes dan Roger Milla, pernah beraksi bersama Pelita Jaya pada era 1990-an. Pemain Perlis dan Negeri Sembilan, Mohd. Lamin Conteh, juga pernah memperkuat Pelita selama dua musim (2006-2007).
2) Safee pernah menyatakan bahawa keputusan untuk menyarung jersi bernombor 10 di Pelita Jaya adalah satu hadiah daripadanya kepada lagenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.


*Liga Super Indonesia(ISL) ataupun Djarum ISL adalah kejohanan bola sepak tertinggi di Indonesia. Jenama rokok Djarum merupakan penaja utama. Arema Indonesia(dahulu Arema Malang) merupakan juara bertahan (2009-2010). Kurnia Meiga Hermansyah telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super Indonesia 2009-2010.




No comments:

Post a Comment