Monday, February 21, 2011

"Update" bersama Iqma Tarantino : AKAN KEMBALI ATAU AKAN DILUPAKAN?



Okay guys. dah tiba masanya post untuk segmen "Update" yang akan memaparkan pendapat tetamu jemputan kita, Iqma Tarantino. (1 minggu sekali).


IQMA TARANTINO :

Okay, minggu ni serious punya lambat post untuk segmen bersama aku, Iqma tarantino. Okay first aku nak mintak maaf la kepada pembaca and followers blog Apa Kata Faliq especially yang mengikut segmen Update Bersama Iqma Tarantino.


Okay untuk minggu ni,mungkin korang akan fikir kan apa maksud aku dengan tajuk "AKAN KEMBALI ATAU AKAN DI LUPAKAN?"


Hah, ni yang nak habak mai ni.seperti yang kita tahu, atau yang tak tahu, hang baca je la. haha. Sebelum Piala AFF Suzuki 2010 bermula, ramai pemain Malaysia yang mengalami kecederaan dan terpaksa digugurkan dari squad Malaysia. Hah, player yang mengalami kecederaan ni la yang kita nak borak minggu ni.

Kita start dengan pemain harapan dan bintang dalam Pasukan Negeri Sembilan dan Malaysia. 
Mestilah aku cakap pasal "KEMBAR". Dua-dua memang mempunyai corak pemainan yang tersendiri. 


Aidil, ala-ala Fabio Cannavaro.


Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak bermain di posisi Centre back. Bermain dengan corak yang pantas dan relax. Aidil atau lebih dikenali sebagai panggilan Abang sememangnya tidak takut untuk menghalang bola dan membuat bijak dalam membuat clean tackle. hah, dan Aidil ni juga sememangnya terkenal dengan kekuatan Shootingnya.Dia juga adalah bekas CAPTAIN Malaysia dan jika tidak mengalami kecederaan sebelum PIALA AFF SUZUKI, Aidil adalah pilihan utama untuk memegang gelaran captain. tetapi, nak buat macam mana kan, dia mengalami kecederaan dan memaksa K.Rajagobal mengguna khidmat pemain baru. haih, sememangnya kita dapat lihat.gandingan bagi centreback sangat kental. Dan soalan nya disini “MAMPUKAH AIDIL KEMBALI MEREBUT TEMPAT DAN YANG PALING PENTING MAMPUKAH KEMBALI MENGGALAS TUGAS SEBAGAI KAPTEN MALAYSIA?”




Bola yang dikejarnya ibarat Ayu Raudhah.


Habis dengan Abang,kita cerita pulak pasal Adik,lebih dikenali dengan panggilan DeqwanMohd Zaquan Adha Abd Razak.hah menyarung jersi NO 8 dan merupakan top striker dan mempunyai agility yang hebat. Zaquan juga terkenal dan digeruni dengan kepantasan dan ketajaman penyudahnya itu. hah, Masalahnya sekarang, dia juga digugurkan dalam squad Malaysia kerana kecederaan, dan gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha sangat hebat dan mempunyai kesefahaman yang tinggi. Gandingan ni juga sangat digeruni lawan. Jadi hang rasa Zaquan ni mampu ka 
“MASUK BALIK DALAM KESEBELASAN UTAMA Malaysia?”



Aidil Zafuan dan Zaquan Adha.


Bagi aku,kedua dua pemain adik beradik ni, mampu dan aku yakin diorang masih lagi dalam senarai player Malaysia kerana mereka ni memang berbakat besar. Dan gaya permainan mereka pun tak perlu la kita nak borak lagi sebab da memang kita tahu pasal dua adik beradik ni memang hebat. Dan tentang pemilihan kapten, kita biar je la Raja yang tentukan sendiri. Bagi aku,aku lebih yakin jika Aidil jadi kapten berbanding Safiq. ini kerana Safiq lebih cepat down dan apbila dia down lebih bermain kepada solo dan membuat hantaran liar.




Mari berikhtiar bersama Baddrol Bakhtiar.


Okay mai pulak kita borak mengenai pemain muda dari Kedah ni pulak kan. Baddrol Bakhtiar, pemain sayap Malaysia yang pernah mendapat percubaan di Chelsea. hah, Baddrol ni pulak perlu bersaing dan berebut tempat dengan S.Kunanlan yang kita tahu bahawa sangat lincah dan rajin, Ashaari yang mengamal corak permainan easy football dan Amirulhadi pemain tinggi lampai ini. Baddrol juga menerima nasib malang apabila digugurkan dari squad setelah mengalami kecederaan yang serious, bagi aku Baddrol masih mampu untuk merebut tempat berdasarkan corak permainan yang pantas dan teknik gelicik nya yang sangat lincah serta dia juga antara watak penting dalam kemenangan Malaysia atas pasukan Korea.


King Rajagobal! You're next. King Bunyabunya wants to take over!
Gambar hak milik Suhaimi Mat Salleh


OKAY,ni pulak pasal player yang sama dengan Baddrol Bakthiar yang berpeluang mendapat cubaan di Chelsea, hah, Bunyamin Omar. Pemain muda dari Selangor ni  walaupun die mempunya bakat yang besar dalam bola sepak, tetapi aku rasa, sangat samar peluangnya untuk merebut dalam kesebelasan utama.Mungkin jika dapat masuk dalam squad Malaysia pun. Dia hanyalah simpanan atau backup. Sorry Bunyamin,ini bukan aku nak cakap yang ko da habis zaman, tetapi lebih banyak bintang muda yang menyerlah dan gandingan Amar Rohidan dan Safiq juga sangat kental. Tambah pula, Gurusamy yang sangat rajin. hah. Tetapi kalau Bunyamin usaha dan mendapat rentak permainan semula, aku tak terkejut jika dia pulak yang jadi perancang utama Malaysia.


Nasriq berhasrat ingin mengambil alih tempat Remy Ishak dengan kemachoan wajahnya.
Creds to Mustakim Bahrudin


Lastly, aku nak borak pasal sorang lagi pemain Malaysia. Nasriq Baharom. Pemain yang sangat kental dan aggressive. Hah, Nasriq ni boleh bermain di defender right dan centre back. Bagi aku, walaupun Nasriq ni memang bagus dalam posisinya dan sering membuat important tackle. Namun,bagi aku sangat sukar Nasriq untuk merebut tempat dalam squad Malaysia. Ini kerana Malaysia mempunya banyak pemain CB yang begitu baik. tetapi Nasriq masih muda dan masih ada peluang lagi


Okay, overall, aku rasa semangat yang perlu ada dalam setiap pemain adalah sentiasa set on your mind, yang perform well. So, K.Rajagobal or any coach dalam dunia ni boleh Nampak kelebihan yang ada dalam diri korang. hah yang da dalam squad Malaysia ni jangan la korang rasa selamat sebab akan ada pemain yang mampu memecahkan tempat korang. Ni baru sikit aku list kan. ada ramai lagi player yang masih boleh bermain untuk Malaysia. okay itu saja untuk minggu ni. salam




*Article ini merupakan pendapat asal penulis, Iqma Tarantino.

No comments:

Post a Comment