Tuesday, February 22, 2011

Piala Presiden Bawah 21; Negeri Sembilan (2) - (0) PP SDM Navy Kepala Batas (21 Februari 2011)

Zzz. okayyy semalam aku sempat cover game Piala Presiden, NS lawan Pulau Pinang SDM Navy Kepala Batas (SDM Navy). Game start pukul 4.55 petang di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi. Hari ni merupakan game kedua (vs MP Muar khamis lepas ditunda/dibatalkan) untuk kempen Piala Presiden Bawah 21.







                   VS






PIALA PRESIDEN BAWAH 21 2011
(21 FEBRUARI 2011)
NEGERI SEMBILAN VS SDM NAVY KEPALA BATAS



Ketua Jurulatih ; Yusarman Yusof (Negeri Sembilan)
                          En. Gokumaran (SDM Navy)

Pengadil ; Helmy Kidam


Pada game ini, NS mengenakan jersey kuning manakala SDM Navy memakai jersey biru. Line up ;


(N.Sembilan)

Mohd Kaharuddin (GK) - 1
Zaidi Othman - 3
Zulfadhlie Ashaari - 6
Anwarul Hafiz - 11
Abdul Rahman (c) - 12
Mohd Arif Zikri - 13
Khairul Ridzwan - 14
Mohd Rafizi Hamdan - 19
Mohd Rizqi Azman - 20
Mohd Hafiz Mohd Nor - 23
Norhairi Abd Rahman - 25  
------------------------------
Hamirul Fahamie - 4
Nazri Yahya - 5
Adam Syahir - 9
Ahmad Azeri - 10
Mohd Haikal - 17
Suhairy Johari - 18
Yatim Abdullah - 21

(SDM Navy Kepala Batas) 

Mohd Hakim (GK) - 1
Mohd Syafiq - 3
Safwan Azwan (c) - 5
Hafizudin- 6
Mohd Yahya - 8
Sadam Hashim - 9
Asnawi Razak - 12
Abdullah - 13
Mohd Nizam - 15
Azrizan Ahmad - 18
Mohd Akmal Faiz - 20  
------------------------------
Fadhli - 2
Ikhwan Raimi  -10
Zaidisham -11 
Mohd Adam - 16
Mohd Fazrin - 17
Mohd Nazrizul (GK) - 22
Pretam (GK) - 25

Ada few players SDM ni aku tak jelas sangat nama dia, aku main sodok jela. :p


NS vs PP SDM Navy Kepala Batas Namataknakkalahpanjang



Hafiz "Beckham" Mohd Nor bajet cool.


 Kronologi perlawanan ;

20+' : Asnawi (SDM Navy) dilayangkan kad kuning kerana menyiku Zulfadhlie (NS)

37' : In; Mohd Adam   Out; Mohd Akmal Faiz (SDM Navy)

52' : In; Fadhli  Out; Mohd Syafiq (SDM Navy)

56' : In; Mohd Haikal   Out; Mohd Rafizi (NS)

66' : In; Zaidisham   Out; Asnawi Razak (SDM Navy)

71' : In; Adam Syahir  Out; Zulfadhlie (NS)

77' : In; Mohd Fazrin  Out; Azrizan Ahmad (SDM Navy)
        In; Nazri Yahya   Out; Arif Zikri (NS)

81' : In; Suhairy Johari  Out; Anwarul Hafiz (NS)

84' : Gol pertama NS dijaringkan oleh Khairul Ridzwan yang berjersi nombor 14. Assist oleh Abdul Rahman.

85' : In; Ikhwan Raimi   Out; Sadam Hashim (SDM Navy)

86' : Gol kedua NS sekali lagi dijaringkan oleh Khairul Ridzwan yang berjersi nombor 14. Assist dilakukan oleh Suhairy Johari.

88' : In; Ahmad Azeri   Out; Norhairi (NS)


Review "Apa Kata Faliq" tentang perlawanan;  

- Game pada mulanya agak balance, tetapi makin lama NS memegang perlawanan.

- Debut yang agak baik oleh Anwarul Hafiz (NS, 11)  dengan beberapa percubaan yang nyaris menghasilkan gol. ^^

- Ketua Pasukan NS, Abdul Rahman (NS, 12) menunjukkan persembahan yang baik, dengan composure yang tinggi serta vision yang agak baik. Banyak through pass berbahaya yang dihasilkannya.

- SDM Navy cuba bermain dengan hantaran kemas, tetapi apabila peluang sudah terhidang, gagal diconvertkan kepada jaringan gol.

- Sadam Hashim (SDM Navy, 9) agak menarik perhatian dengan gaya permainan yang agresif.

- Percaturan coach NS, Yusarman Yusof untuk memasukkan Suhairy Johari (NS, 18) membuahkan hasil apabila permainan kelihatan lebih kemas setelah kemasukan Suhairy, dan terlibat di dalam kedua-dua gol NS.

- Pemain - pemain SDM Navy memanjang jatuh injured. Tak kena tackle pun injured. Keeper pegang bola pun injured. :p

Apa Kata Faliq's Man of the Match : Khairul Ridzwan (Negeri Sembilan)


Komen coach Yusarman Yusof (NS) tentang kemenangan ini; 

coach NS, Yusarman Yusof
 "Game tadi tu okay, cuma first half tu kami cuba try to get a goal, dia taknak masuk. Peluang tak convert jelah for first half. Pada second half, kita nak dapatkan goal, saya cuba tambahkan lagi satu striker kat atas, saya masukkan Suhairy, sebab dia ada defensive ability, jadi saya letakkan dia di posisi pertahanan kanan. Lepas leading 2-0, saya terus letak Suhairy ke pertahanan tengah. Dalam masa yang sama, 6 player di hadapan tu mereka akan attack opponent, ada 4 lagi kat bawah."

No comments:

Post a Comment