Sunday, March 27, 2011

Favouritism Dalam Memilih Pemain

Haloooooo. First of all, congrats to Harimau Malaya sebab seri 1-1 dengan Etoile FC. Goal Harimau Malaya dijaringkan Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan) dan bagi team Etoile FC pula nama dia *Rotipita Sheeshkebab Jamal tak silap aku. LOL. Perlawanan yang menarik untuk ditonton, thanks to Astro Arena dan commentator yang agak lucu(lucu?wtf?) iaitu Aide Iskandar. Beliau telah menjadi co-commentator kepada Zainal Abidin Rawop. One of the most notable quotes oleh Aide ketika perlawanan ialah "Maksim sering memberikan bola yang jahat". Tengok video sikit pasal Aide Iskandar ni.




Sambung kepada topik asal iaitu "Favouritism Dalam Memilih Pemain". Setiap jurulatih ada pilihan pemain masing-masing. Moh kita tengok our coaches' favourite boys. Most of the time players-players berikut mesti ada dalam skuad walaupun prestasi kureng(berdasarkan pengamatan aku).


Fauzi Nan, Khaironnisam Sahabudin, Ivan Yusoff, Akmal Rizal
Daudsu Jamaluddin, Norfarhan Mohamad, Syed Adney, S.Subramaniam
Safiq Rahim, Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan


Tapi antara semua pemain kat Malaysia pada mulanya abad ke-20 ni, takda pemain yang se-otai Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan). Meh bet dengan aku, dia ni Centreback terbaik Malaysia pada dekad yang lepas.

Norhafiz Zamani
Dia dah serve di bawah jurulatih kebangsaan seperti Allan Harris, Bertalan Bicskei, Norizan Bakar, B. Sathianathan dan hingga kini masih menjadi pilihan K.Rajagobal. Selalu jadi pilihan kapten. Fuh, legend dia ni.



Bagi aku, tak salah favouritism ni kalau perkara ini membawa ke arah kebaikan.Tapi yang aku pelik, kalau King Raja kata nak select based on current performance, some of the players yang main menentang Etoile FC tak patut ada dalam squad. Sebagai contoh, Kedah yang diwakili 4-5 orang dan juga Negeri Sembilan, walhal mereka tidaklah begitu perform ketika di Liga Super. Nak ada wakil pasukan Felda United yang 2nd place ketika ini, memang nampak mustahil lah. Tapi tindakan King Raja memanggil pemain Kelantan, Rizal Fahmi memang tepat. He performed fairly well this season so far. Pemilihan Shahrizal Mohd Saad(Johor FC), memang aku tak paham. baik ambil Akmal Rizal Ahmad Rakhli(Perak) yang sedang in-form sekarang ini.

Rizal Fahmi, Kelantan


*Rotipita Sheeshkebab Jamal merupakan nama camouflage kepada nama sebenarnya iaitu Hicham Bouchemlal.

2 comments:

  1. I've read your email and replied to you. Do let me know who the players are. Tq!

    ReplyDelete