Faliq Firdaus (FF13)
Pemain Bola (PB)
FF13 : Bro, amacam ready tak nak interview macam dah deal haritu?
PB : Takmau.
FF13 : Takpe bro, dalam phone pun jadi laaa.
PB : Takmau.
FF13 : Okay bro, kita borak santai. Dalam pesbook pun jadi laaaa.
PB : Takmau. (LOLWUT -.-)
FF13 : Boleh tau tak, kenapa? dah deal haritu ni.
PB : Takmau. Tak pandai.
FF13 : Yeke, okay la. kalau ubah fikiran, bagitahu la heh.
PB : Takmau. Sampai bila-bila taknak. Tak pandai nak bercakap.
Setelah aku menerima "a kick in the face", pemain bola ni membuat aku tertanya-tanya, "what the hell was that". Ini baru aku, blogger cebisan. Kalau betul-betul punya journalist, entah macam mana. We start from scratch la wahai footballers. Macam Safiq Rahim, mula-mula keluar tv pun macam orang bisu. Dah lama, taknak berhenti bercakap pulak. Kalah Safee Sali bro. haha. Tapi Safee Sali punya communication skills sangat mantop. Gua respect sama dia. Percakapan dia pun tersusun. Dia buat kita berfikir dengan apa yang dia cakap, berbeza dengan footballers Malaysia yang lain, yang kita pulak kena lengkapkan sesuatu ayat untuk mereka. Hehehe. Eloklah jadi ambassador bola Malaysia ke Indonesia sana.
Safiq, before selalu keluar TV. |
Ambik kau, selalu sangat keluar TV. |
Tapi, *abang tomyam aku jangan ingat boleh terlepas. Hahahahaha. Abang Tomyam sekarang aku lihat sudah biasa dalam percakapan dengan media.
Beli yowww, Maskulin Edisi April 2011. Sekali lagi, terima kasih Google Translate. |
FAM or State FAs, do your role. Ajarlah sikit pemain bola ni macam mana nak bercakap dengan media. Mereka ini public figure, bagi la kem komunikasi ke ape ke. Haiyooo. Moh tengok video Nike Be The Next, featuring Jafee Jali!
*abang tomyam ialah nama glamour Khairul Fahmi Che Mat di dalam Blog Apa Kata Faliq.
No comments:
Post a Comment