Tuesday, March 8, 2011

"I'm A Free Man" - Azraai Khor (Bekas Jurulatih Harimau Muda)

Azraai Khor : "I'm A Free Man!"

Halloooo guys, Blog Apa Kata Faliq telah memutuskan untuk menghubungi bekas Jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah, untuk memberi sedikit pandangan tentang bola sepak di Malaysia dan perkembangan terbaru beliau. Ketika dihubungi, beliau masih berada di Wisma FAM, Kelana Jaya.




Ketika ditanya mengenai perkembangan terbarunya, Azraai mengatakan;
"Oh kini saya masih berada di Wisma FAM kerana masih terikat dengan kontrak. Alhamdulillah, tadi dalam perbincangan, kebetulan hari ini kali pertamanya Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal FAM bersidang, dan mereka bersetuju untuk melepaskan saya, berkuatkuasa hari ini(8 Mac 2011). Yes, I'm a free man, sebab tak terikat dengan apa-apa kontrak."

Azraai juga ditanya tentang keadaan pasukan Kedah sekarang. Jawab beliau ;
"Bagi saya, no comment lah. Sebab kita ni orang yang di luar. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi di dalam pasukan tersebut. Saya hanya baca di akhbar. Jadi, tidak sopanlah bagi saya untuk bagi andaian atau komen."




Selain itu, aku juga telah menanyakan mengenai prospek bakal pasukan yang ingin dilatih sekiranya diberikan peluang. Jawab beliau;
"Indonesian League dan Vietnamese League pada pandangan saya sangat interesting. Kalau boleh, saya nak mencuba nasib di sana. Saya pernah tengok cara liga di sana ketika membawa pasukan Kedah untuk AFC Cup."


Diminta mengulas mengenai permintaan peminat Perlis yang inginkan Azraai melatih pasukan Perlis setelah pemergian Moshtakeen Omar, katanya ;
"Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) belum lagi menghubungi saya untuk apa-apa lagi. Jadi, permintaan daripada para peminat Perlis ni kira "a big surprise" lah bagi saya. PFA boleh contact saya jika mereka betul-betul berminatlah untuk membincangkan tentang perkara ini. Buat masa ini, saya dalam keadaan 'tak tahu menahu'."

Bagaimanapun, Azraai enggan mengulas mengenai mengapa beliau "direhatkan" oleh FAM semasa beliau membimbing Harimau Muda A di Slovakia.



FALIQ FIRDAUS

1 comment:

  1. soalan untuk subkhiddin. kenapa anda bersetuju dengan keputusan ben william sedangkan sangat ketara bahawa dia mempunyai sikap racist kepada pasukan malaysia.

    ReplyDelete