Wednesday, March 9, 2011

"Update" bersama Iqma Tarantino : Malaysia All-Star


Okay guys. dah tiba masanya post untuk segmen "Update" yang akan memaparkan pendapat tetamu jemputan kita, Iqma Tarantino. (1 minggu sekali). Tapi post ini adalah untuk minggu lepas, sebab minggu lepas punya belum lagi kannnn.



IQMA TARANTINO :
Segmen minggu ni aku nak borak mengenai team Malaysia yang aku rasa rasa All-Star. Maaf la kepada followers segmen ni kerana minggu lepas Iqma Tarantino agak busy.
Aku rasa ni yang paling terbaik la yang telah Malaysia hasilkan, dan jika mereka ni semua lahir dalam satu era, aku pasti dan yakin, jangan kata Olimpik, World Cup pun boleh kita masuk.
Jom kita tengok apa yang aku caturkan.







Okay now baru aku nak ulas sikit.

R.Arumugam(GK) pada era beliau, siapa tak kenal dengan ketangkasan nya menjaga gawang. Boleh dikatakan pada zaman itu, semua penyerang di Asia akan pening memikirkan bagaimana nak jaringkan goal dengan ketangkasan ‘Spiderman” ni hah. Pencapaian tak payah nak borak la, yang paling besar, Berjaya melayakan Malaysia ke Sukan Olimpik di Moscow 1980.


Pasangan pertahanan ni pulak, Santokh Singh dan Soh Chin Aun. Digelar “Pasangan Pertahan Terbaik Asia" .bukan pertahanan terbaik ke apa tapi Pasangan ni. Memang sangat mantap la kalau macam tu. Soh Chin Aun pula digelar (God of War) kerana kebijaksanaan nya mengemudi pasukannya.Mereka juga yang membantu Malaysia melayakan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Asraruddin Putra Omar(DL), kenapa aku pilih beliau untuk bermain dalam All-star team, hah ni sebab dia memang layak la. Beliau layak kerana corak permainannya yang bijak dalam membaca pergerakan lawan. bijak dalam membuat hantaran jauh dan pandai dalam overlapping dan tahu bila dia diperlukan diatas dan cepat turun untuk menjaga pertahanan.



Sarbegeth Singh atau nama popularnya ialah Shebby Singh. hah, mungkin korang fikir kenapa la shebby ni dapat masuk kan.Walaupun Shebby ni lebih dikenali oleh generasi muda dengan pengulas di ESPN saje, tapi dia pemain Pertahanan yang PERTAMA memecahkan tradisi posisi pertahanan bukan saja tugas di bawah tetapi di atas juga. senang cerita dia la centreback yang pertama yang membuat Overlapping. So, sangat bagus dan creative.

Amri Yahya(MC) kapten Selangor ni ha, takpayah la nak ceritalagi macam mana rentak permainan beliau, ni kerana Amri seorang pemain tengah yang mampu bermain di posisi penyerang.beliau pakar dalam hantaran jauh dan gelicik dan membuat rembatan jauh. hah, dan bagi GK pulak, jangan sesekali Off Position apabila Amri memegang bola,kerana beliau akan terus membuat rembatan jauh tidak kira dimana pun beliau ada. ini kerana, amri tahu kedudukan gol. haha.



Azizol Abu Hanifah pula, Pemain tengah yang paling creative pernah Malaysia lahirkan. tetapi malang tidak dapat bermain bola apabila terlibat dengan sejarah hitam bola sepak Malaysia. tetapi jika dia masih bermain.sudah pasti dia adalah lagenda.

S.Kunanlan, permain sayap Malaysia. kelincahan kaki kirinya sangat la berharga dan beliau sangat rajin dalam mengejar game. Stamina nya juga jangan nak cakap la. memang top

Abdul Ghani Minhat(WG)hah.memang nak cakap pun tak boleh sebab nak cakap apa lagi dia ni RAJA BOLA SEPAK MALAYSIA. Memang menyajikan class A football kepada peminatnya pada eranya.membantu Malaysia dalam menjuarai banyak kejohanan sehingga namanya dianggakat sebagai Raja Bola.

Safee Sali(FC), pemain yang sedang melebarkan karier seniornya di Indonesia, pemain yang dianggap aggressive stirker. sangat kental dan yang paling digeruni oleh pihak lawan adalah ketepatannya dalam mebuat rembatan.sangat padu dan tepat. Corak permainannya hamper sama dengan penyerang England, Wayne Rooney. aggresive dan top striker.




Lastly. Mokhtar Dahari atau Supermokh. hah pemain penyerang yang mempunyai teknik gilicikan yang sangat hebat dan corak permainannya seperti Diego Maradona dan yang menariknya beliau juga pernah menentang Boca Jr yang diketuai oleh Diego sendiri.sejarah bermulanya apabila ayahnya hanya mengahadiahkan but bola berharga RM15 sahaja dan dia mengatakandalam satu statement:
“Kasut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya.”



Tengok tu bro. Ni la yang dikatakan pemain yang bermain bukan tuk wang tetapi untuk Negara.
Okay itu saja minggu ni.jumpa lagi minggu depan.Salam bola malaysia


*Article ini merupakan pendapat asal penulis, Iqma Tarantino. 

1 comment: