Sunday, March 20, 2011

Jagalah Maruah Pasukan - Wan Jamak Wan Hassan

Petang semalam (19 Mac 2011) blog Apa Kata Faliq telah dijemput untuk menghadiri Majlis HiTea Perpisahan Wan Jamak Wan Hassan anjuran Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan, N9futbol. Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Raudhah berhadapan Wisma PBNS. Majlis tersebut bermula pada 4 petang dan tamat pada 6 petang. Blog Apa Kata Faliq telah diwakili blogger jemputan, Iqma Tarantino.



"Jaga maruah pasukan Negeri Sembilan" - Wan Jamak


Wan Jamak, dalam ucapannya mengucapkan rasa terharunya dan terima kasih kepada N9futbol yang telah menganjurkan majlis tersebut. Wan Jamak juga kadangkala kelihatan sebak dalam setiap pertuturannya.

Santai sajee.

Orang-orang kuat n9futbol.

Bergambo!

Wan Jamak Wan Hassan juga telah diajukan beberapa soalan oleh Iqma Tarantino. Tentang perancangan, dan pesanan beliau;




"Ohh saya nak berehat. Saya belum bercadang nak kembali ke Johor, nak menguruskan keluarga saya dulu, anak saya bersekolah di sini. Kepada budak-budak Piala Presiden, yelah, mereka merupakan produk terbaik Negeri Sembilan, berlatih betul-betul dan merekalah yang akan memimpin pasukan NS kelak. Ada beberapa pemain yang telah saya kenal pasti yang boleh di serap ke dalam pasukan senior, saya harap jurulatih baru akan melihat perkembangan mereka lah. Kepada pemain senior NS, jagalah maruah pasukan, jagalah maruah diri sendiri, jagalah maruah keluarga, jangan pentingkan diri sendiri. Kepada peminat saya, hari ini N9futbol telah menganjurkan majlis untuk saya. Saya cukup terharu dan diharapkan terus menyokong. Kepada ahli N9futbol, teruskan menyokong pasukan NS dan saya harap N9futbol dapat berkembang sekaligus memantapkan lagi sokongan kepada pasukan NS."


Harus diingat, Wan Jamak mengambil alih pasukan NS ketika itu pasukan NS masih lagi terumbang-ambing.
Sepanjang khidmat Wan Jamak Wan Hassan di Negeri Sembilan, beliau telah berjaya memenangi 2 piala dan 3 kali naib johan;
Piala Malaysia (2009)
Piala FA (2010)
------------------------------------ 
Naib Johan;
Piala Sultan Haji Ahmad Shah "Piala Sumbangsih" (2010)
Piala Malaysia (2010)
Liga Super (2008)

Komen Peribadi Faliq Firdaus
Walaupun aku tak dapat berada di sana, aku lihat aktiviti seperti yang dianjurkan N9futbol ini sangat bagus. Ini yang kita kata penyokong sejati, yang betul betul menghargai, kita benar-benar menghargai sumbangan mereka yang telah banyak menyumbang. Diharapkan kelab-kelab penyokong negeri lain, contohilah kelab penyokong seperti ini. Aku rasa, sekurang-kurangnya Wan Jamak akan rasa puas, rasa dihargai, rasa segala piala yang telah dicapai sangat dihargai segenap masyarakat. A round of applause kepada AJK N9futbol, yang bertungkus lumus menjayakan HiTea ni. I wonder, masa Kedah menang back-to-back treble, ada tak Kelab Penyokong Sang Kenari buat majlis farewell  mcm ni untuk Azraai Khor lepas beliau tinggalkan Kedah? p/s : Good job, Iqma Tarantino. Terima kasih N9futbol.


N9futbol

Apa lagi, terjah laman web n9futbol and facebooknya!
Laman Web : www.n9futbol.com
Akaun Facebook : http://www.facebook.com/n9futbol


Gambar-gambar diatas adalah hakmilik Firdaus Mohd Nordin. Nak tengok banyak gambar lagi? Carik brader ni kat facebook. kehkehkeh.

No comments:

Post a Comment