Saturday, March 19, 2011

Pahang Pasukan Pertama Ke Separuh Akhir Piala FA 2011





Pahang berjaya ke pusingan separuh akhir selepas seri 0-0 dengan pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan kedua peringkat Suku Akhir Piala FA 2011 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. Pahang layak menerusi agregat 2-1 yang telah diperolehi ketika perlawanan pertama di Kuala Lumpur. Perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi adalah perlawanan terakhir pasukan Pahang di situ kerana stadium tersebut akan ditutup untuk pengubahsuaian bagi Sukan Malaysia(SUKMA).
Azamuddin Mohd Akil memainkan peranan yang besar dalam kemenangan Pahang pada perlawanan pertama menentang Kuala Lumpur.



Pada perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2011, Pahang akan menentang sama ada pasukan Perak/Terengganu.
Sama ada Akmal Rizal atau Manaf Mamat yang akan menggempur pasukan Pahang kelak.


Sumber gambar : Tokgajah.com

No comments:

Post a Comment