Sunday, March 20, 2011

Kenali Pemain : Fiqri Azwan


Zzz okay guys. Masih dengan anak waghieh, Negeri Sembilan FA(Piala Presiden 2011 Bawah 21 Tahun). Player pertama pada minggu ini. Lambat sikit untuk minggu ni. Busy carik lubang bawah tanah. ^^





Nama : Mohd Fiqri Azwan bin Ghazali (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nama Panggilan : Kidal
Nombor Jersi : 7
Posisi : Pertahanan
Tarikh Lahir : 20 Mac 1992
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Ketinggian : 170 cm
Berat : 55 kg
Pasukan yang diminati : Negeri Sembilan, Tottenham Hotspurs, Manchester City
Pemain yang diminati : Aidil Zafuan, Aleksandar Kolarov, Hardi Jaafar

Sekolah :  SMK Seri Ampangan, Seremban
               (2005-2007)
               Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan (SSBNS)
               (2008-2009)



Fiqri (kiri) miliki ciri leadership yang baik.



Fiqri Azwan Ghazali, merupakan salah seorang pemain "highly-rated" di Negeri Sembilan pada pembabitan awal beliau dalam sukan bola sepak. Nama beliau sentiasa disebut-sebut ketika usia remajanya. Beliau digelar "Kidal" kerana kebolehan semula jadi beliau dalam menggunakan kaki kiri. Beliau juga digelar "Firman Utina" oleh pasukan senior NS kerana cara permainan beliau yang agak sama seperti ketua pasukan Indonesia tersebut. Beliau pernah patah tulang selangka(bahu) ketika membantu pasukan SSBNS dalam kempen MSSMNS 2009. Beliau terlepas untuk mewakili Malaysia dalam Piala Dunia Belia Gothia Cup 2009 akibat kecederaan tersebut. Beliau turut mewakili MSSM Negeri Sembilan pada tahun 2007,2008, dan 2009(ketua pasukan).  

Sukma 2010

Fiqri juga merupakan salah satu pemain utama di dalam skuad Hoben Jang Hoben ketika Sukan Malaysia(SUKMA) 2010 di Melaka, dan beliau adalah pemain termuda pada usia 18 tahun. Ketika SUKMA 2010, NS tewas pada peringkat suku akhir kepada Kedah dengan jaringan 2-1. Ketika itu, pemain NS, Abdul Halim Zainal, banyak memotivasikan dirinya untuk setiap perlawanan.


Fiqri(kanan) bersama coach, Faizal Zainal.

Fiqri, 19, kini dalam musim keduanya bersama pasukan Negeri Sembilan, merupakan salah satu prospek yang bakal meningkat naik. Bekas Ketua Jurulatih NS, Wan Jamak Wan Hassan, menjangkakan bahawa suatu hari nanti, Fiqri bakal bermain sebagai main defender dalam pasukan NS. Ini terbukti apabila beliau diberi peluang pertama beraksi bersama pasukan senior NS ketika di dalam perlawanan persahabatan menentang PDRM pada 2008 dan digandingkan bersama bekas pemain NS, Ching Hong Aik, pada usianya baru 16 tahun.

PKNS FC

Beliau juga pernah dipancing untuk beraksi bersama pasukan Piala Presiden PKNS FC, namun katanya kesetiaannya untuk pasukan negeri. Dahulunya beliau bermain di posisi left back, kini beralih ke centre back.

Gambar pada 2010.
Menjadikan Shukor Adan, Hairudin Omar, dan Idris Karim sebagai contoh ketua pasukan yang baik, beliau juga turut dijadikan ketua pasukan selepas ketiadaan ketua pasukan, Abdul Rahman, yang masih bergelut dengan prestasinya. Beliau juga bersedia memikul tanggungjawab tersebut sepenuhnya.

Fiqri Azwan memiliki kelebihan jumping yang baik, acceleration dan passing yang baik. Fiqri juga baik dalam tackling. Fiqri juga selesa jika digandingkan dengan rakan sepasukan, Nazri Yahya. Dalam masa yang sama, beliau mengatakan gandingan beliau sekarang ini, Muhd Zaidi juga bermain dengan baik, cuma perlu diberikan masa dan lebih banyak pengalaman. Fiqri juga menyasarkan untuk menembusi pasukan senior NS pada umur 20 dan ingin mewakili pasukan Malaysia pada umur 21 sekiranya diberi peluang. Possible aku rasa, Safiq Rahim(Selangor) pun asalnya dari pasukan presiden Selangor. Bagus, ada matlamat.

Rakan sepasukan ketika Sukma 2010.

Hasil daripada aksinya yang konsisten, Fiqri kini beberapa kali disenaraikan dalam pasukan senior Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super 2011, sebagai contoh ketika menentang Kelantan(kalah 3-0) di Kota Bharu dan menentang Sabah(menang 1-0) di Seremban.

Ketika ditanya mengenai prospek perlawanan menentang Pahang pada hari esok, beliau berkata;

"Saya berharap pasukan dapat membawa pulang 3 mata ketika menentang Pahang nanti, tak kesahlah berapa jaringannya sekali pun, dan ikut apa yang coach cakap. Insya-Allah boleh menang. Pasukan juga perlu fokus dalam minit-minit terakhir perlawanan bila dah leading. Tak kesahlah orang nak kata main macam budak-budak ke bila main clear bola saja. Janji player boleh settle down kat bawah. Sebab 2-3 perlawanan kebelakangan ini, pasukan NS dibolosi dengan jaringan saat-saat akhir."

Piala Presiden NS

Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan kepada peminat;

"Kami sentiasa mencuba yang terbaik dalam setiap persembahan. Janganlah bila menang, puji bagai nak rak, tapi bila kalah, maki sana sini. Faham situasi kami sebagai pemain."


Bersama anak buah, Damia.



3 comments:

  1. eh.. dye dah besar..la... haha.. dulu tengok dye kecik je... huhuhu... lama tk jumpa kan... good luck dear.... :)

    ReplyDelete
  2. dye rajin training,g jim,tu yg dh besar tu,mkn vitmin,...mcm2 dye buat utk mencapai impiannya,kita doakn sama2 segala impian dan harapan nya,amin....

    ReplyDelete
  3. fiqri dulu maen kompang kat jiboi,,an?? hehek

    ReplyDelete