Sunday, March 27, 2011

Rasuah 1994, Bakal Berulang Lagi?

Hello guys, its been hell ovaweek'. Busy dengan emotional issues sikit minggu lepas. Haha. Dah seminggu takda post baru. But now we are back in business! Mari ke sesi berterus terang bersama aku.

Aku buat blog ini pada mulanya kerana minat, minat yang mendalam aku terhadap sukan bola sepak. TEMPATAN. Aku lahir pada 1993 di mana most of the 93ers akan memilih liga-liga di eropah berbanding liga tempatan. Tapi kali ini, memang aku rasa minat aku disia-siakan. HAMPEH. sebab apa? RASUAH. Kita semua tahu bukan, peristiwa Rasuah Bola Sepak 1994 telah menghancurkan sebahagian besar minat para masyarakat di Malaysia terhadap bola sepak tempatan. Ratusan pemain telah disoal siasat dan sebahagian mereka telah dibuang daerah. Enuff, lets move on.


Haresh Deol. Gambar disebat dari Rizal Hashim.

Tahun lepas, surat khabar "The Paper That Cares" aka The MalayMail menerusi pengarangnya, Haresh Deol, telah menyiasat tentang rasuah bola sepak yang terjadi pada kempen 2010, yang melibatkan para pemain Piala Presiden 2010. Lihat sini dan sini untuk melihat penuh berita tersebut. Yes, mereka terbukti bersalah. Ada juga ura-ura, berlakunya perlakuan LAHANAT ini oleh pemain-pemain Liga Super 2010, melibatkan sebuah pasukan utara, dan sebuah pasukan di kepulauan borneo. Maaf terkasar bahasa. LOL. Sebelum tu, papehal nak bagitahu, mainly pemain Piala Presiden menerima gaji sebanyak RM900-RM1400 sebulan.

Ingatkan takkan berlaku lagi. Rupa-rupanya benda yang sama mungkin berlaku lagi pada musim ini. Hampir LULUH hati gua beb(ececeh.touching). Aku ada lah borak-borak dengan seorang pemain Piala Presiden 2011. Dengarlah perbualan aku dengan pemain ini yang membuatkan hati aku seluluh-luluhnya. Main link muzik kat bawah, pastu sambung baca. Baru feel. If you fail to do so, kau akan menerima berita buruk dalam 7 hari. Haha.





Faliq Firdaus (FF13)
Pemain Piala Presiden (PP)

FF13 : Amacam, haritu game menang bergaya nampak? Haha. Tahniah.
PP : Biasa lah liq, striker gempak. Tapi aku cakap kat kau liq, team tu macam jual game. Kau tahu dia boleh cakap apa kat kitorang? Diorang cakap "gol lah wey. cepat lah gol" masa tengah main dalam padang. Terkejut aku. Tapi bila aku perhatikan keeper team tu, aku tak terkejut. Keeper tu tahun lepas main team **********. Dengarnya kena buang sebab rasuah tahun lepas. Tahun ni main team  **********.
(Dah korang takpayah nak kira titik tu untuk tahu identiti pasukan tu. Aku saje letak banyak-banyak. Hahahaha)

FF13: What the F? Serious ke bro?
PP : Serious doh. Tahun lepas, ada 2-3 pemain team aku kena buang sebab masalah disiplin. Aku dengar kena buang sebab setting game macam ni la. Banyak players tahun lepas heboh dengan benda ni. Kau tak dengar ke benda ni dulu?

FF13 : (Termenungku sendiri). Aku ada dengar. Tahun lepas, journalist Malay Mail, Haresh Deol ada cerita pasal ni. Tapi aku terkejut lah kalau benda ni jadi lagi tahun ni.
PP : Betul lah tu liq. Tapi aku taktau lah kalau-kalau ada pemain team aku yang terlibat.

FF13 : Huissh. Jangan lah do jadi macam dulu.
PP : Benda ni dah jadi benda common liq. Mana-mana ada rasuah bola sepak macam ni.
FF13 : Buntut hang, aku promote siang malam bola sepak Malaysia, player-player lahanat macam ni buat palat. Aku bukan dapat duit pun bro promote diorang dalam blog. Takda yang nak fikir pasal orang-orang macam aku ni ke? Haihh.
(Aku dah agak pissed off ketika ini. Rageeee!!)

Pemain ini tukar topik. Aku cakap pasal blog je, dia mengelak cakap pasal rasuah bola ni. Nampak malas nak cakap. Nampak beno taknak terlibat untuk menjadi bahan borak aku kat blog. Hahaha.

FF13 : Tapi betul ke apa yang kau cakap ni?
PP : Betul lah, ada je pemain dalam team aku, dapat masuk balik dalam team ni pun sebab buat rayuan. Ala liq, pemain senior tu pun ada je jadi kepala dalam bab-bab ni. Aku sebut kang kau tak percaya.
FF13 : Siapa?
PP : ******* ***** ******* dengan ***** **** ***. Aku takkan main cakap kalau diorang tak approach budak-budak bawah ni.
FF13 : Oh.(kelu lidah gua beb) 

FF13 : Jangan do. Aku harap kau takda buat benda-benda macam ni. Luluh hati aku ha.
PP : InsyaAllah liq. Aku dari kecik nak jadi pemain bola. Aku bersyukur dengan gaji aku sekarang. Aku tengah usaha nak jadi main starters. Tapi kau tahu, aku rasa macam ada yang main 1st eleven tu pun ade kemungkinan yang buat benda ni. Taktau lah liq. Hati budi orang.


Aku hentikan perbualan di situ. Malas aku nak tanya banyak. Mood aku nak run blog ni pun tiba-tiba hilang. Aku cakap benda ni kat blog ni pun sebab nak nyatakan ketidakpuashatian aku. Kita tengok lah macam mana nanti kan. Sekarang aku paham macam mana hilangnya minat masyarakat terhadap bola sepak Malaysia sejak peristiwa 1994.

Kita tak boleh salahkan mereka sepenuhnya. Mereka tidak salah untuk menjadi paranoid. Mereka punya hak, kerna mereka pernah tertipu suatu ketika dahulu. Jangan terkejut kalau blog ini aku biarkan begitu sahaja. Setiap kemenangan yang dicapai oleh pasukan-pasukan di Malaysia aku sambut dengan senyuman sinis. Jangan salahkan aku. Masa tahun 2008 dulu pun kecoh juga pasal rasuah ni. Ini baru cakap pasal rasuah bola sepak tempatan. Peringkat antarabangsa apatah lagi?

Fikirlah pasal penyokong-penyokong bola sepak tempatan ni. Gaji anda semua dibayar oleh mereka. Jangan kata "aku main bukan pakai duit kau pun!" sebab diorang bayar tiket tengok game kat stadium. Kalau tak pun, diorang bayar cukai tiap-tiap tahun. Kalau tak, mana kerajaan negeri nak cari duit bayar gaji korang?

Teringat lecturer aku cakap baru-baru ni, "Ive lost my interest in Malaysian football since the 1994 scandal. Manalah tahu dengan blog awak ni, saya boleh minat balik". Oh dear lecturer, dunno what to say :(

10 comments:

  1. bese la 2 bro...owg mlyu mmg ske men rasuah..nk cpt kya la kte kn...

    ReplyDelete
  2. tak habis2 org melayu..kau pegi jd org indon laa..luar negara lagi sinonim la rasuah2 ni..

    ReplyDelete
  3. jangan ingat player bola je yang main benda ni... siapa jutawan sukan dalam malaysia?? try usha tengok

    ReplyDelete
  4. sonok la depa dapat makan duit haram tuu..bila la bolasepak kita nak maju.??

    ReplyDelete
  5. celaka la kaki rasuah ni..nak seang dengan cara mudah ja..xda usaha langsung !

    ReplyDelete
  6. kau ni membongak jela blogger FF13!!!!!

    ReplyDelete
  7. dah terbukti pemain pialo presiden n9 ambik rasuah.. xdo la faliq bongak do..

    ReplyDelete
  8. Khairul Anuar Baharom & Ching Hong Aik ?? rite faliq?

    ReplyDelete
  9. Wehh bro, papepun aku salute semangat kau, membara bara aku baca wehh, n satu lagi teruskan usaha, lg byk pemuda mcm kau ni, tak mustahil bola sepak malaysia naik balik \m/

    ReplyDelete