Wednesday, March 30, 2011

Sesi Soal Jawab Bersama Fitri Shazwan Raduwan (Selangor)

Liga Super 2011 cuti panjang. Aku memang tak boleh duduk diam. Apa lagi, cari bahan. Memandangkan aku gemar highlightkan bintang-bintang yang bakal menyinar, aku telah approach Fitri Shazwan Raduwan(Selangor). Pertama kali aku dipukau oleh Fitri ialah ketika kempen Piala AFC 2010, di mana beliau telah mengayamkan pasukan Victory SC dari Maldives. Larian yang mengelirukan, pin-point crossing yang sangat baik. Selangor menang 5-0.

Eksklusif dari Fitri Shazwan
Pada penglihatan aku, kadang-kadang gayanya macam Lionel Messi, tetapi beliau kekurangan keberanian dalam mengambil risiko. Seperti terlalu berhati-hati(Yelah, penonton kat Malaysia ni, pemain buat silap sikit, maki satu keturunan). Soal Jawab ini dilakukan pada tengah hari, 30 Mac 2011. Layan saja sih.

Faliq Firdaus (FF13)
Fitri Shazwan (FS)


FF13 : Tahniah kerana Selangor telah berjaya ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan Johor.
FS : Oh ya, terima kasih.

FF13 : Bagaimana persiapan Fitri dan pasukan Selangor menjelang pertemuan menentang Pahang(2 April 2011) setelah lama berehat?
FS : Aaaa..team ada buat dua kali friendly match, yang pertama menentang PDRM dan seterusnya menentang Sime Darby. Lepas tu, training macam biasa, pagi petang, tetapi training fitness lah yang penting. 


FF13 : Selalunya, apakah pesanan ketua jurulatih, K.Devan sebelum setiap perlawanan?
FS : Selalunya pesan yang kita perlu menang, kena control game, jangan bagi ruang bagi opponent. Itu yang selalu dipesanlah.

Fitri Shazwan Raduwan, lincah.

FF13 : Fitri sering diletakkan sebagai Sayap Kiri. Adakah posisi tersebut merupakan pilihan Fitri, atau ada posisi lain?
FS: Oh posisi ni memang dari dulu lagi main sayap kiri. Dari under-age lagi. Memang tempat biasa. 

FF13 : Fizikal Fitri kelihatan lebih kecil jika dibandingkan dengan pemain lain. Macam mana Fitri atasi masalah tersebut?
FS : Ermm..Satu jela, kena berani. Jangan fikir kalau badan tu kecik, tak boleh challenge. Kalau takut, macam mana nak main bola kan? Contoh kalau challenge bola, kena ada daya tahan diri. Tak boleh takut. 

FF13 : Siapakah yang paling rapat dengan Fitri di dalam pasukan Selangor?
FS : Kalau dalam team Selangor, saya rapat dengan Fazilidin Khalid, jersi nombor 25 tu.

Fazilidin, kanan

FF13 : Dengan umur 24 tahun, Fitri boleh lagi dianggap muda. Siapakah mentor di dalam pasukan Selangor,pada pandangan Fitri
FS : Semua senior dalam tu bagi tunjuk ajar. ermmm semualah.


FF13 : Apakah kelebihan pasukan Selangor  berbanding pasukan-pasukan yang lain?
FS : Kelebihan Selangor ni, kebajikan pemain macam gaji tu memang tip top. Kekuatan dalam team pula, kebanyakan pemain dalam Selangor ni ramai yang main dalam pasukan Malaysia dan ada yang ex-Malaysia yang semuanya berpengalaman. 


FF13 : Apakah pendapat Fitri tentang Ulras Selangor(UltraSel) yang sentiasa menghangatkan suasana di Stadium Shah Alam?
FS :  Saya rasa UltraSel merupakan satu pembaharuan positif dalam bola sepak Malaysia. Sebab sebelum ni pun takda macam tu. Baguslah untuk sentiasa support pemain.

FF13 : Bagaimana Fitri mengatasi segala makian para penonton di stadium?
FS : Buat taktau jela(ketawa)..masuk telinga sebelah, keluar lagi sebelah. Mulut diorang kan, kita tak boleh nak buat apa. 

FF13 : Berdasarkan pengalaman Fitri bermain di dalam Liga Malaysia, siapakah pertahanan yang paling sukar untuk dilepasi?
FS : Macam dalam team Selangor, macam P.Gunalan, Khairul Anuar Baharum. Kalau dalam liga ni, sudah tentunya Shukor Adan(Negeri Sembilan), yang otai-otai ni la. (ketawa)

Fitri Shazwan

FF13 : Pasukan mana Fitri rasakan merupakan pencabar terkuat Selangor pada musim ini?
FS : Aaaaa..Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu. 

FF13 : Apa kelebihan ketua jurulatih, K.Devan berbanding ketua jurulatih Selangor sebelum ini?
FS : Kelebihan beliau..mungkin dari segi taktikal dan fitness training yang dikendalikan oleh beliau.

FF13 : Pandangan Fitri mengenai keengganan Selangor untuk bermain dalam AFC Cup musim ini?
FS : Aaaa..dari pandangan saya, macam tahun lepas kami main jumpa pulak team yang mempunyai 2-3 pemain import, agak susah la. Tapi saya rasa bagus lah untuk pendedahan perlawanan yang bertaraf antarabangsa kalau masuk AFC Cup.

FF13 : Okay, santai sikit. Sejak bila mulanya bermain bola?
FS : Sejak sekolah lagi. Pada umur 12 tahun, saya mewakili sekolah. 

FF13 : Dulu sekolah menengah, dekat sekolah mana?
FS : Mula-mula saya bersekolah di SMK Seksyen 19, Shah Alam. Lepas tu, pindah ke SM Teknik Klang.

Fitri, ketika menentang skuad projek Qatar, baru-baru ini.

FF13 : Siapakah jurulatih yang banyak membantu Fitri sehingga ke peringkat sekarang?
FS : Kalau jurulatih, ramai..Tapi saya mula naik pun masa saya sertai Akademi MPPJ.

FF13 : Apakah status Fitri sekarang, sudah berkahwin?
FS : Aaa..masih bujang..Tapi ada special girlfriend la, orang Pahang. 

FF13 : Boot bola pilihan Fitri?
FS : Adidas F50.

FF13 : Idola Fitri dalam arena bola sepak?
FS : Kalau international, Lionel Messi. Kalau tempatan, Amri Yahyah

FF13 : Artis pilihan?
FS : Oh dari dulu lagi saya minat Dato' Siti Nurhaliza.

FF13 : Hobi selain daripada bermain bola sepak?
FS : Selalunya tengok wayang dengan member, kadang-kadang main paintball jugak.



FF13 : Kalau la Fitri tak jadi seorang pemain bola sepak, apa agaknya Fitri lakukan ketika ini? 
FS : Saya rasa, saya sambung dulu belajar. Sebab dulu pun saya belajar dekat Politeknik Shah Alam.

FF13 : Ucapan untuk peminat Fitri.
FS : Supportlah pasukan Selangor dengan sokongan tidak berbelah bagi. Jangan mudah melatah kalau Selangor tewas.


Trivia :
1) Fitri selalu berjumpa dengan rakan-rakan di Seksyen 7, Shah Alam.
2) Filem  Adnan Sempit merupakan filem tempatan yang diminati.
3) Kecik merupakan nama panggilan Fitri Shazwan.

No comments:

Post a Comment