Sunday, March 13, 2011

"Update" bersama Iqma Tarantino : SUDAH AKHIR ZAMAN, BAKAT MASIH BELUM TERKUBUR



Assalamulaikum pengikut blog “Apa Kata Faliq“ terutama yang mengikut segmen UPDATE bersama Iqma Tarantino. Okay minggu ni aku nak borak mengenai pemain yang aku memang suka dari dulu lagi. Dieorang sangat berkebolehan tapi malangnya bakat diorang gagal memberi sumbangan besar kepada pasukan Negara pada era diorang. Tapi kalau beri sumbangan dekat kelab yang mereka wakili memang superb.



"Yes, udah ku bilangin, 2 gol lagi yach"


Okay, pemain yang pertama aku nak cakap mengenai pemain yang bertubuh kecil ni sizing memang kecik, body lagi takda, tapi apa yang bagus dekat player ni, hantaran jauh dan rembatan jarak jauhnya, siapa yang aku maksudkan, hah pemain Selangor FC iaitu HARDI JAAFAR(32) . hah, dia ni memang aku dari dulu admire his skill of passing. Walaupun aku rasa kadang kadang dia buat simple mistake, tapi kesungguhan dia nak kejar dan rampas balik bola memang bagus. Hantaran jauh dia tak payah nak cakap la 80% la sampai dan shooting jauh dia pun mampu buat kejutan. Walaupun Hardi sudah meningkat usia, tapi aku rasa dia masih lagi menyajikan permainan yang cantik. Jika korang semua tengok balik goal Hardi, dia banyak membuat goal dari rembatan jauh.


"Ku enggak kaget sama ini nigga. Aku tenang aja"
Pemain kedua kita nak bincangkan pula pasal pemain Nesmilan ni. SHUKOR ADAN(32), bermain di posisi central defender. Sapo yang tak konal dongan Shukor ni? Sangat bagus dan boleh bermain di pelbagai posisi. Pemain yang bertubuh besar ni memang sangat susah la nak tembusi. Dan Shukor juga terkenal dengan rembatan nya juga defend yang selalu naik keatas. Shukor adalah bekas Kapten Selangor dan Malaysia. Dan Shukor juga memang baik dalam tandukan. Walaupun da digelar kuda tua, namun Shukor adalah kuda tua yang harus digeruni lawan.




"cilaka in dong, bola ini kepunyaan gue"
Pemain yang ketiga ni aku nak borak pasal INDRA PUTRA MAHAYUDDIN(30), pemain yang bermain di posisi sayap kiri dan mampu bermain di posisi penyerang dengan baik. Steve Darby pernah cakap mengenai Indra “he is the best MALAYSIAN player in his generation“  hah, korang semua memang kenal sangat kan dengan Indra ni, corak permainan nya lebih kepada relax hampir sama dengan pemain lagenda MU Ryan Giggs.




Gayaku kayak Legolas
Pemain terakhir yang kita nak bincangkan minggu ni pasal IDRIS ABDUL KARIM(35), paling senior punya kita bincang. Hah Idris Karim pemain kelahiran Johor dan pada mulanya bermain untuk posisi Defensive Midfielder. Tapi kalau nak diikutkan, lagi berusia makin ke depan pulak posisinya. Dia juga boleh bermain di posisi Penyerang dan sangat baik apabila menggunakan ketinggian nya. Dan apabila Idris bermain dihadapan, sangat baik dan kadang kadang da macam DIDIER DROGBA da aku tengok. Memang Idris tidak banyak memberi sumbangan kepada squad Malaysia, namun kebolehannya dalam padang untuk kelab yang diwakilinya sangat baik dan tidak dapat dinafikan.


Okay tu saja untuk minggu ni. pastikan korang semua ikuti Blog ini bagi memajukan lagi bola sepak Malaysia. Kami hanya membantu dari belakang sahaja, dengan cara ini, kami tunjukkan tentang cerita disebalik Bola Sepak Malaysia agar rakyat di luar tertarik untuk menyokong pasukan Malaysia. amin




*Article ini adalah pendapat asal penulis, Iqma Tarantino. Ilustrasi/Gambar oleh Faliq Firdaus

1 comment: