Macam-macam la jugak yang kami bincangkan. Tapi yang sangat menggelikan hati aku, apabila pegawai tersebut mula bercakap mengenai Stadium.
Katanya, setiap persatuan bola sepak negeri di Malaysia ini seharusnya mempunyai sebuah stadium yang khas untuk bola sepak! Katanya, barulah peminat boleh merasai total experience dalam menonton sesuatu perlawanan bola sepak. Stadium-stadium baru harus dibina untuk menggantikan stadium yang sedia ada. Itu sangat menggelikan hati aku. Oh anda tidak?
Stadium City of Manchester |
Sebagai contoh, tengok pasukan Perak, masa start season, lengang beb. Sekarang, wah bukan main lagi penuh. Tapi kalau semua team nak menang, siapa yang nak kalah? lol. Itulah mentaliti penyokong, seharusnya matlamat mereka ke stadium harus ditukar. Mereka seharusnya appreciate the beauty of the game, bukannya the beauty of winning.
Selalunya, kalau team menang, mereka takkan cakap "oh berbaloi aku tengok game tadi, permainan yang sangat cantik", tapi mereka akan berkata "Fuhh berbaloi aku datang, nasib baik menang". Kalau kalah, "Membazir aku datang, datang dari jauh semata-mata nak tengok team kalah". Betul kan? correct me if I'm wrong.
Jadi mereka hanya datang untuk melihat pasukan mereka menang, bukanlah kerana mereka cintakan bola sepak itu sendiri.
Jadi pada pendapat aku, hanya satu pasukan sahaja yang layak menerima stadium yang berasaskan totally football, iaitu Kelantan. Tidak siapa yang meragui semangat cinta mereka kepada pasukan mereka. Menang tak menang, ada sahaja.
Kelantan - Stadium Muhammad ke-IV |
thanks for that info, hahahah. saye sebagai orang kelantan amat berbangga apabila anda mengatakan bahawa kelantan kalah atau tak, penyokongnya tetap ada. itu memang betul dan bukan pembohongan. :)
ReplyDelete