Ya, setiap perkara dalam dunia ini ada kelebihan dan kekurangannya. Tapi aku kurang pasti, ke manakah arah tujuan FAM sebenarnya?
FAM pastinya sudah tahu, sekarang ni mood penyokong di Malaysia semakin meningkat dalam menyokong bola sepak Malaysia. Jadi, kenapa perlu dibawa pula pasukan BPL tersebut ke Malaysia? Seolah-olah nak promote all these clubs pula. Fixture between Chelsea vs Malaysia XI pula hanya beza dua hari(21 Julai 2011) sebelum perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai 2011, sekiranya Malaysia mampu menewaskan Taiwan pada pusingan pertama.
(Gaya cakap macam Mukhriz Mahathir)Pada hemat saya, penganjuran perlawanan seperti ini lebih menguntungkan kantung pihak kelab tersebut sahaja. They'll gain more supporters, more money, more exposure in Asia. Malaysia? Macam biasa, jaguh kampung oh hell yeah!(termasuk kefemesan di Youtube akibat gol-gol yang bakal dibolosi). Kita lupakan pasal taraf pengiktirafan perlawanan tersebut. Layan video femes Amri Yahyah dulu.
Pendedahan yang bakal diberikan sangat bagus, dengan menentang opponents yang fizikal mereka lebih superior berbanding Malaysia XI. Mereka juga mempunyai peluang untuk silence the critics ketika perlawanan itu. Akan tetapi kenapa tak gunakan masa itu untuk arrange friendly dengan other nations? Sebab kita dah tahu, sekiranya kita menang menentang Taiwan pada pusingan pertama, kita akan menentang pasukan Singapura pada Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, jadi kenapa tak arrange friendlies dengan pasukan yang setara dengan Singapura? For instance, dapat Indonesia pun jadi laaa. Dapat jugak friendly A class. Ranking pun ada effect, walaupun tak berapa penting sangat bagi aku.
Jangan ingat The Lions boleh diayamkan dengan mudah walaupun mereka telah diayamkan di AFF Suzuki Cup 2010. |
Bukan nak kata tak bagus buat friendly dekat kelab-kelab ni. Cuma tak kena masa. Bagilah friendlies yang agak seimbang kekuatan pasukan tersebut dengan pasukan negara Malaysia. Pemain-pemain pun sekarang ni makin confident bila bermain. Kita perlu tingkatkan lagi confidence mereka. Lagi satu, kepada King Raja, jangan kecilkan sangat national team's pool of players. mungkin boleh perbanyakkan lagi pemilihan pemain. Jangan hanya bagi bebanan negara kepada pemain tertentu. Ni dapat pulak fixture dates antara perlawanan Kelayakan Olimpik dan Kelayakan Piala Dunia yang hampir dekat, macam mana tu?
Takkan nak gunakan pemain yang sama? Ya, pasti pemain akan kata "saya sanggup main demi negara", tapi kita kena fikir juga, mereka bukan robot. mereka juga punya perasaan. Pelaburan hari ini adalah hasil pada masa hadapan. Jangan disebabkan perkara seperti ini, life span career of footballers makin lama makin pendek.
KFCM : I dont need an Ong or to be a Raja to be a REAL PLAYER! *trollface |
Jangan disebabkan keputusan King Raja, para pemain dicaci maki sebab tak dapat memberikan persembahan terbaik akibat fatigue. Mereka pun nak berbakti lebih lama kan?
King Raja jangan lupa bawa balik Brendan Gan!
No comments:
Post a Comment