Monday, April 4, 2011

Kenali Pemain : Ibrahim Suhaib

Pehhh lama juga tak kenalkan pemain kat korang heh. Takpe, minggu ni masih dengan Negeri Sembilan FA(Piala Presiden 2011 Bawah 21 Tahun). Meh kenal-kenal.





Nama : Ibrahim Suhaib bin Mohd (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nama Panggilan : Baem
Nombor Jersi : 8
Posisi : Penyerang
Tarikh Lahir : 8 Jun 1993
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Ketinggian : 165 cm
Berat : 55 kg
Pasukan yang diminati : Liverpool
Pemain yang diminati : Luis Suarez

Sekolah : Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan (SSBNS)
               (2006-2010)


Ibrahim, 18, merupakan salah satu produk asli yang berjaya dihasilkan dari Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan (SSBNS). Ibrahim menghabiskan masa sekolah menengahnya di sekolah tersebut dan merupakan pemain paling senior dalam kalangan rakan-rakannya. Beliau juga merupakan main starters bagi pasukan remaja Negeri Sembilan, beliau telah mewakili negerinya tercinta pada umur 9,10,11,12,14,15 dan 17 tahun. Jadi, tidak hairan mengapa beliau kini mewakili pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan.

Beliau juga telah mewakili pasukan Malaysia ke Piala Dunia Belia Gothia Cup 2010 di Sweden, dan beliau telah menjadi ketua pasukan tersebut.

Di Sweden. 2010

Sayangnya, para peminat tidak dapat melihat aksi Ibrahim di atas padang buat masa ini kerana beliau kini sedang mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament(ACL) dan Meniscus seperti yang dihadapi pemain senior, Aidil Zafuan, sedikit masa lalu. Beliau dijadualkan akan melakukan pembedahan pada hari Isnin(4 April 2011) di KPJ Seremban. Kecederaan ini telah ditanggung sejak bulan Februari yang lalu. Semoga pembedahannya berjalan dengan lancar.

Ibrahim(kanan) menjalankan tugas sebagai ketua pasukan

Memilih Nike dan Lotto sebagai jenama pilihan, Ibrahim dikenali kerana kemahirannya dalam "running with the ball" serta mempunyai kelajuan yang agak memberangsangkan. Beliau juga bijak menggunakan saiz tubuh badan beliau yang kecil untuk mengelirukan musuh.

Beliau boleh bermain sebagai sayap kiri mahupun penyerang. Sekiranya diberi pilihan, beliau lebih selasa bergandingan dengan Norhairi di bahagian serangan dan bersama Hafiz "Beckham" jika di bahagian sayap.
Bersama anggota pasukan senior NS, Zaquan Adha

Ditanya mengenai pendapat beliau tentang gejala rasuah bola sepak, ini jawabnya;
"Perkara sebegini seharusnya dielakkan. Alhamdulillah, kebajikan pasukan terjaga, dan saya juga mempunyai rakan sepasukan yang sentiasa memerhati gerak-geri masing-masing. Kita tak boleh kata perkara ini mustahil untuk terjadi, oleh itu kita seharusnya berhati-hati dan sentiasa mengingati yang lain tentang pentingnya untuk katakan TIDAK kepada rasuah bola sepak."

Ketika bermain untuk SSBNS

1 comment:

  1. Cảm ơn đã chia sẻ. Đón xem lịch aff cup 2018 bongda365 được cập nhật chính xác nhé

    ReplyDelete