Thursday, April 14, 2011

Kerana Bola Sepak...

Di negara eropah, bola sepak dianggap seperti agama. Kutuk sikit pasukan yang lain, boleh cetuskan pergaduhan. Itulah kekuatan sukan yang paling banyak ditonton seluruh dunia.

That is the beauty of football. Its an emotional game. Sukan yang sangat berkuasa(Allah swt yang paling berkuasa). Kerana bola sepak, peminat sanggup berbalah. Kerana bola sepak, peminat bermati-matian. Juga kerana bola sepak, peminat bersatu. Lihat sahaja di Malaysia, ketika AFF Suzuki Cup Final 2010 menentang Indonesia, semuanya lupakan sengketa yang lama, bersorak dan tidak kenal warna kulit. Bersatu hanya untuk bola sepak.

Kerana bola sepak, laser dapat nama. LOL

Kerana bola sepak, seseorang mampu menitiskan air mata yang paling ikhlas. Hanya kerana, bola sepak. Hanya kerana bola sepak, masalah diri dilupakan, hanya untuk sukan yang tercinta.

Tears of a football fan.

Kerana bola sepak, dianggarkan 715.1 juta umat manusia seluruh dunia menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2006 di antara France dan Italy.

Mat Salleh berlakon iklan TV.

Kerana bola sepak, seseorang boleh dianggap wira negara, walaupun hanya mengeluarkan peluh dan bukannya titisan darah. Kerana bola sepak, seseorang boleh dianggap "a disgrace to the nation", walaupun bukanlah niat untuk memalukan negara. Hanyalah kekalahan dan kesilapan manusia.

Safee Sali, Malaysia
David Beckham, 1998 FIFA World Cup

Kerana bola sepak, ego seseorang lelaki yang dianggap kuat, mampu diruntuhkan. Di padang, kelihatan gagah perkasa, tapi dek kerana bola sepak, semuanya hilang.

Captain Marvel, John Terry

Kerana bola sepak, sikap panas baran seseorang pemain tidak boleh dikawal.

Noh Alam Shah yang baran.

Kerana bola sepak, boleh menjadi punca retaknya sesuatu hubungan.

Referring to Aston Villa

Kerana bola sepak, seseorang mampu menghabiskan wang yang banyak, hanya untuk 90 minit perlawanan.


Dan kerana BOLA SEPAK, aku bersama rakan yang lain mencurahkan segala idea dan keringat bagi sukan yang tercinta. Kadang-kadang, kelakar juga bila aku lihat kembali perbalahan antara peminat(termasuk aku) akibat perbezaan pendapat dan idea, semuanya kerana bola sepak. Sambungkan kata-kata anda di ruangan komen, Kerana Bola Sepak, .........


Shalom Aleichem(WTFFF?)

4 comments:

  1. sebab bola sepak, aku jalan kaki pergi stadium? hehehe..

    ReplyDelete
  2. 'Shalom Aleichem'

    jew gile hahahha

    ReplyDelete
  3. kerana bola, aku gaduh dengan awek aku. celaka punya awek.....hehehe

    ReplyDelete
  4. sebab bola, aku tak makan. badan aku kering dah. nak salahkan siapa ni bro?

    ReplyDelete