Saturday, April 2, 2011

Mentaliti Sesetengah Pemain Bola Sepak

Dalam dunia masa kini, sangat susah mencari pemain bola sepak yang betul-betul bersifat kompetitif. Lihat sahaja di Malaysia, sesetengah pemain kadangkala yang lebih rela duduk di bangku simpanan dan makan gaji buta. Ada pula, yang mengerah keringatan untuk memberi hasil yang terbaik di atas padang.

Sesetengah pemain di Malaysia, tidak boleh melihat rakan-rakan mereka lebih berjaya berbanding mereka. Moh dengar perbualan aku dengan salah seorang pemain bola sepak di Malaysia. Butthurt bila tengok pemain lain lebih bersemangat untuk bermain bola sepak.

Faliq Firdaus (FF13)
Pemain Bola (PB)


FF13 : Apa macam training hari ini?
PB : Okay saja. Tapi aku menyirap dengan si John(bukan nama sebenar).

FF13 : Apa kes?
PB : John la, bukan main kasar pulak dalam training tadi. Yeye pulak dia main. Ini bukan game betul pun. Training je pun.


FF13 : Eh. Elok la tu. Bagi yang terbaik dalam training. 
PB : Elok ape benda. Nak sedut(mengampu) coach la tu. Yeye pulak main dalam padang. Coach suruh buat sikit, bukan main yeye dia buat lebih. Nak sedut coach la tu. Lepas abis training, nak borak dengan coach diam-diam pulak.


FF13 : Haha yang kau ni pahal, elok la tu dia buat extra training. Supermokh pun banyak buat extra training sendiri.
PB : Takde la liq. Masalahnya, dia tu over sangat. Main macam bagus. Gaya pun nak macam bagus.

FF13 : Aduhh, relax la. Kau tau, setiap pemain yang berjaya dan menonjol, masing-masing ada personaliti masing-masing.
PB : Ala personaliti la sangat, aku tengok budak senior yang lain relax je. Buat training macam biasa dapat je main first eleven.

FF13 : Ye ke? (aku buat muka macam yeye nak tau)
PB : Betul bro. John pulak lebih-lebih. Dalam training je pun, itu pun nak main all-out.

FF13 : Sebab dia takdapat main first eleven la dia nak buat betul-betul dalam training. Tak macam tu?
PB : ****** la hai.
FF13 : (ketawa)


Most of the player i talked to, kebanyakannya mentaliti macam ni. Tak boleh tengok orang lebih. Haih taktau nak cakap apa. Hang pikir la sendiri.

No comments:

Post a Comment