Monday, April 25, 2011

"Update" bersama Iqma Tarantino : The Problem Boy


Okay, pada minggu ni(20 April 2011) kita borak sikit pasal pemain yang ada sikit masalah untuk tahan kemarahan atau ikut suka dia je. Tapi kalau nak ikut kan, The Problem Boy ni berbakat dan mempunyai skill yang tinggi. Aku sememangnya pandang tinggi dekat diaorang ni kerana mereka ni memang ada bakat yang besar.

Okay, kita start dengan pemain yang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Namanya standing dengan lagenda lagenda bola sepak  Negara dan beliau juga sering menjadi perancang.Amri Yahyah. Amri ni, pemain yang aku rasa antara pemain yang sangat loyal kepada kelabnya. Tapi malangnya,ada title lama yang diberi,"budak ludah" atau "budak nakal". HAH, Amri ni memang pemain yang aggresif, lincah dan bijak cipta peluang, tetapi ada satu kelemahan dirinya. PANAS BARAN.

Amri Yahyah
Amri memang panas baran, kalau kita ingat balik, pada 2004, Amri telah meludah pemain Kuwait. FIFA telah mendenda Amri sebanyak RM48000. Hah, selepas kejadian itu, Amri tidak lagi dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan. Pada musim 2005/2006, Amri buat hal lagi apabila membaling botol ke arah peminat selepas menentang N. Sembilan. FAM telah mendenda Amri sebanyak RM4000. Haih, apabila umurnya pun da menjangkau 29 tahun, dia kembali dipanggil menyarung jersi Malaysia.

versus Evans' shitty ass
Kini umur Amri telah menajngkau 30an, adakah Amri sudah bertindak matang atau masih ada sedikit panas baran itu? Hah, Amri masih tidak berubah, mungkin ada sedikit kematangan yang ditunjukan, tapi bila da kalah atau mentality dia tengah down? dia kembali jadi The Problem Boy, semua bola yang dihasilkan tak menjadi. Semua hantaran melilau, memarahi teammates lain.hah dan yang terbaru ni ha, semasa T-Team menang keatas Selangor. Amri telah dilayangkan kad Merah kerana apa?
MEMBALING BOLA KEARAH MUKA LAWAN.

Tapi bagi aku, Amri seorang pemain yang mempunyai bakat yang besar dalam sukan bola sepak. Dia mampu mengetuai jentera serangan mana mana pasukan dalam Malaysia. Dan, dia adalah salah seorang lagenda yang akan disebut sebut.

Gelak tawa seorang legend
Okay, kita cerita pulak pasal pemain muda ni.umur baru berusia 24, tapi da buat banyak masalah. Ada yang kata, main kot bagus takpe, hell no. Kita borak pasal Razali Umar Kandasamy. Pemain yang sizing ala ala eropah ni. Pemain bertubuh besar dan mempunyai speed heading dan finishing yang baik. Bagi aku, aku memang admire betul dengan mamat ni. Tapi alahai, banyak bona buat masalah. Selepas je friendly match Perak dekat Thailand, Razali hilangkan diri, tak dating training la bagai. tapi kini dia telah kembali.dan bagi aku, tindakan Perak FA memberi 2nd chance buat Razali sungguh bagus kerana pemain ni memang boleh pergi jauh.

Razali Umar Kandasamy
Gayaku yang nakal
Okay Jali, aku harap ko dapat berusaha bersungguh sungguh untuk masuk ke pasukan kebangsaan. Baru orang gentar bila tengok lu punya sizing. ahah. okay ada banyak lagi Problem Boy yang boleh kita borak macam pemain Selangor yang pernah menanduk dada pihak lawan kan? ke yang sampai coach and player pergi serang fans? ada kan? haha. kita fikir fikir kan je la. okay salam sukan buat peminat dan penggiat sukan.

No comments:

Post a Comment