Sunday, May 8, 2011

Apa Sudah Jadi


Hasil pemantauan sebagai Panel Penilai Pemain Liga Super Negeri Sembilan sepanjang tiga bulan pertama Liga SUPER bermula ke atas semua pasukan yang bermain menentang Negeri Sembilan adalah menjadi satu tanda tanya apa sudah jadi dengan kuailiti pemain peringkat Liga Super kita. Kualiti yang dimaksudkan adalah dari beberapa aspek seperti teknikal skill dan taktikal. Tumpuan yang diberikan adalah lebih kepada aspek teknikal pemain, antaranya Passing short/long/Diagonal Penetrative, Ball Control All Parts of the Body, Shooting On&Off Target, Heading Defensive/Offensive, Tackling/Clearence&Ball winning, Crosses, Dribbling.

Adalah menjadi tanda tanya apabila pemain yang berada pada pertandingan Liga tertinggi di negara kita masih menunjukkan kelemahan ketara atau kerap kali melakukan kesalahan dalam membuat hantaran kepada rakan sepasukan sepanjang perlawanan dan mutu kawalan bola yang kurang memuaskan. Adakah pemain-pemain ini benar-benar belum menguasai aspek teknikal tersebut?. Persoalan yang paling utama ialah kebolehan pemain untuk bermain dengan high Intensity dalam tempoh 90 minit adalah amat mengecewakan. BAYANGKAN pertandingan PIALA DUNIA, PIALA ASIA ataupun LIGA-LIGA UTAMA DI EROPAH MAHUPUN ASIA seperti Liga Jepun pemainan bola yang dimainkan adalah pada tahap intensity yang sangat tinggi.DAN CUBA BAYANGKAN pasukan kita dalam Liga SUPER bermain pada tahap intensity yang sangat rendah bermain dalam liga-liga atau pertandingan tersebut. RENUNGKAN LAGI apa akan berlaku kepada pasukan kebangsaan apabila mengambil bahagian atau bermain dalam pertandingan atau liga-liga di atas yang mana rata-rata pemainnya adalah dari Liga SUPER.

1 comment: