Friday, May 6, 2011

Jangan Hangat-Hangat Tahi Ayam

As we all can see, atmosphere bola sepak kian lama makin berubah. Semuanya kerna skuad bola sepak kebangsaan, bermula dengan era B.Sathianathan, secara perlahan menunjukkan peningkatan, hinggalah ke era kini, iaitu era King Raja.

Bakat Safee terserlah dalam skuad kebangsaan sejak era Norizan Bakar lagi, atau sebelumnya. Cuma tidak diketengahkan.



Selepas memenangi AFF Suzuki Cup 2010, tanpa segan silu lagi para peminat menyarung jersi kebangsaan di semua tempat yang kita pergi, even orang yang kutip sampah pun kadangkala memakai jersi kebanggaan kita ini. Sebelum ini, mereka yang mengagungkan jersi kebangsaan ini digelar "bodoh", "lapuk" oleh mereka yang lebih mengutamakan dan bangga akan jersi pasukan luar.

Semangat ini sebenarnya yang kita mahukan dalam kalangan peminat. Akan tetapi, pada pandangan aku, rakyat Malaysia ni lain sikit tune dia. Most of the spectators yang berada di Stadium Bukit Jalil pada malam kemenangan Harimau Malaya bukanlah football fan, tetapi sebahagian hanyalah general fans. General fans yang hanya akan berada di mana-mana sukan sekalipun asalkan perlawanan tersebut adalah perlawanan akhir. We cannot bank on them for a continuous support for the national team.



Bagi terma general fans ni, bahaya sikit. Kalau kalah je national team, langsung tak buat peduli de. Senang cerita, atas pagar. Football fan ni lain sikit, loyalty dia memang lain macam. Tapi kita kena terima hakikat bahawa kita takkan menang pada setiap perlawanan. Hidup ini bagaikan roda bukan?

Yang aku ingin tegaskan di sini, mengharapkan fenomena yang telah tercetus hendaknya diteruskan oleh football fans di Malaysia ini, bukan makin lama, suam-suam kuku.

As for me, I followed Malaysian football since 2000 if I'm not mistaken, ketika itu, baru aku " separuh sedar" akan kehidupan aku. Aku telah lihat kelibat Ito Dan yang bermain untuk Pulau Pinang, Vyacheslav Melnikov bermain untuk Pahang, bekas pemain Real Madrid iaitu Perica Ognjenovic bermain untuk Selangor. Tidak dilupakan, aku lihat sendiri bagaimana Malaysia telah diayamkan oleh Iran dengan diketuai oleh Ali Karimi dengan 6-0(ingat lagi, gaduh dengan kakak aku. Aku marah kakak aku sebab dia kutuk Rosdi Talib, my fav player at that time. Terus dia tak tengok dah. Haha), aku lihat juga bagaimana tendangan percuma Akmal Rizal ditepis keluar oleh penjaga gol Marco Ambrosio ketika menentang Chelsea, serta tendangan Akmal Rizal yang menggegar palang Fabien Barthez dari Manchester United, dalam perlawanan yang di menangi Man United 6-0.



Aksi Azmin Azram yang berjaya menepis tendangan percuma Ronaldinho juga aku masih ingat(yang tak boleh blah, dia brag pasal benda ni sampai masuk newspaper. Hahaha). Tidak dilupakan, bagaimana Du Wei dari China berjaya mengekang Akmal Rizal dengan keputusan 1-1. And hey, I even watched Malaysia Cup 2004 Final between Perlis and Kedah that ended 1-0 in favour to Perlis. Ketika itu ingat lagi, aku duduk di hadapan King Raja. Apatah lagi, Champions Youth Cup yang melibatkan pasukan Malaysia, jangan kata aku tak tengok. Tapi apakan daya, semua perkara ini terjadi ketika aku belum lagi mencecah 15 tahun, iaitu tahun aku betul-betul "sedar" dengan kehidupanku. Aku akui, ada lebih ramai lagi yang betul-betul loyal berbanding aku terhadap bola sepak Malaysia. Yang penting, ialah kesinambungan sokongan kita terhadap bola sepak Malaysia. Diharapkan berkekalan sehingga bila-bila hendaknya.

Aksi Asraruddin Putra Omar ketika CYC. PSV Eindhoven ketika itu berminat dengan Asraruddin

Aku bersyukur, aku senantiasa menyokong pasukan kebangsaan dari belakang sejak aku berumur 7 tahun lagi. Sejak aku berumur 7 tahun lagi, ayah aku tidak setuju sekiranya ingin menjadikan kareer pemain bola sepak sebagai pilihan. Tapi passion dan minat terhadap bola sepak tidak akan terpadam. Mungkin suatu hari nanti, aku akan lakukan sesuatu yang berkaitan dengan bola sepak. Maybe one day, I'll have my own football club macam Dato' Chan Tien Ghee ke? Who knows kan? Haha. Kepada pasukan kebangsaan, Kalah atau menang, aku sentiasa bersama mereka sejak 7 tahun lagi. Dan kini aku berumur 18 tahun, sokongan aku akan sentiasa berterusan.

Salam Bola Sepak Malaysia.

UPDATE : Banyak lagi kenangan lama since 2000, sebagai contoh NS lawan Perak dalam Final Piala Malaysia if im not mistaken. Cuma yang dimentionkan di atas adalah perkara yang paling aku ingat. Tidak dilupakan, Harimau Malaya tewas kepada Norwich City 2-0.

No comments:

Post a Comment