Saturday, May 14, 2011

Integriti

Berdasarkan maklumat yang sampai ke telinga aku, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada bagi talk dekat Wisma FAM untuk media dan juga pegawai FAM. Entah betul ke tidak, wallahualam. Kalau betul, satu usaha yang bagus oleh SPRM dan juga FAM. Tapi bagi aku, setakat dekat Pegawai FAM tak cukup. Haaa sekarang ni dah mula heboh pasal rasuah bukan? Baca kat paper tadi, ketua pasukan kebangsaan iaitu Safiq Rahim dah bagi statement "Jaga periuk nasi kita".

Safiq Rahim bajet cute. Haramm. lol



Kebanyakan pemain bola sepak zaman milenia ni, tidak semuanya peka tentang sejarah yang lepas. Kalau ditanya dekat mereka dulu dulu Hashim Mustapha main position mana pun, takkan tau de. Most of the footballers yang aku pernah berbual bersama, rata-rata hanya mengetahui "overview" tentang Rasuah 1994. Mereka tahu siapa pemain yang terlibat? Kebanyakkan mereka tidak tahu. Nama-nama seperti Matlan Marjan, Azizol Abu Hanifah dan Abbas Saad, from hero turned to zero. Kecuali Abbas Saad lah, yang kini kembali ke kancah bola sepak sebagai football pundit Astro. Sama ada beliau kembali untuk merasuah kembali, wallahualam  Haha. Tapi katanya Abbas Saad ni dianiaya. Taktau la kan. My point is, itu pentingnya sejarah. Tidak salah kita mengingati perkara yang telah lepas, asalkan kita jadikannya sebagai iktibar. Sejarah juga mengingati kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Hashim Mustapha. Once a top scorer, sekarang muka dah macam Afdlin Shauki
Abbas Saad; Daddy cool

Akan tetapi, pemain bola zaman milenia ni, terutamanya generasi baru(Piala Presiden) mempunyai pengetahuan yang cetek tentang perkara ini. Tahu tak mereka sekiranya mereka terbukti bersalah mengambil rasuah, mereka diharamkan untuk bermain bola sepak seumur hidup? Tahukah mereka juga boleh dibuang daerah? Awareness yang kurang boleh menjadi punca.

Jadi, kita kena create kesedaran ini dari peringkat bawah lagi. Maksud aku, FAM dengan kerjasama SPRM kena bagi talk pasal rasuah ni dekat pemain-pemain akademi bola sepak di setiap negeri. Seharusnya diperjelaskan apa implikasi daripada perbuatan ini. Daripada bawah umur lagi lah kita perlu pupuk sehinggalah mereka menjadi pemain professional. Minta kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, untuk melaksanakan perkara ini. Seharusnya perkara ini harus diperbesarkan skopnya kepada semua sukan. Nilai anti-rasuah ini juga perlu dipupuk pada peringkat Piala Presiden, Persatuan Bolasepak setiap negeri perlu memainkan peranan. Bukan setakat coach setiap pasukan yang harus mengingatkan mereka. Kalau kita boleh create mindset yang mengatakan dadah itu berbahaya, kenapa tidak pada RASUAH?


Pengarah SPRM, Datuk Seri Abu Kassim ; MACC will probe without fear and favour!

Pasal rasuah ni, kita tak boleh nak salahkan FAM sahaja, kita sebagai peminat pun seharusnya menyumbang sesuatu. Maksud aku, sesetengah kawan yang rapat kepada pemain bola sepak ni, mendiamkan diri sahaja. Walhal mereka tahu bahawa rakan mereka itu mengambil rasuah. Katanya, "Ala biarla, nak carik makan bro" ataupun mereka terhimpit dengan rasa bersalah. INI KEBENARANNYA. 


Perlu diingat, PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Semua pihak harus memainkan peranan. Jangan setakat tuding jari!

Satu benda lagi aku nak cakap, BENDA KALAU DAH BUSUK, LAMA LAMA JADI BANGKAI. Lambat laun kebenaran akan terbongkar. Tak kira la berapa lama sekalipun. Jadi, wahai players sekalian, fikirlah. Sama ada ingin diingati sebagai seorang yang berintegriti ataupun sebaliknya. Mahu dijadikan anak emas, ataupun kambing hitam dalam bola sepak Malaysia.

Shalom Aleichem. I'm not a Jew. But i speak Hebrew. LOL

No comments:

Post a Comment