Saturday, July 23, 2011

Lack of Leadership


Selepas pasukan Harimau Malaya tewas kepada pasukan Singapura (5-3) pada perlawanan Pusingan Kedua 1st Leg Kelayakan Piala Dunia 2014, beberapa kelemahan pasukan negara jelas terserlah. Secara individu dan berpasukan. Tapi yang ingin aku perkatakan di sini ialah dari sudut kepimpinan.

Secara jujurnya, Safiq Rahim tidak mempunyai aura kepimpinan yang mencukupi untuk memimpin pasukan kebangsaan.


Perkara ini sudah dapat kita lihat sejak 2010 Asian Games di Guangzhou lagi. Sejak daripada tahun lepas, aku telah memerhatikan gaya kepimpinan Safiq, sehingga kini, di mana beliau diarah keluar padang selepas mengutip kad merah. Yang dapat aku perhatikan dari dulu, bagaimana kita hendak memimpin dan mengawal emosi rakan sepasukan kita sekiranya kita sendiri sebagai ketua pasukan tidak mampu mengawal emosi? Aku tidak bercakap berdasarkan 2010 Asian Games Guangzhou mahupun perlawanan tadi, tetapi aku bercakap berdasarkan pemerhatian terhadap Safiq, serta tindak-tanduknya terhadap pengadil perlawanan.


Oleh itu, kita memerlukan ketua pasukan yang mampu memimpin pasukan serta sebagai field leader yang mempunyai pengaruh dan auranya yang tersendiri, serta mampu mengawal emosi pada waktu-waktu yang kritikal.

Calon kuat yang kita miliki setakat ini ialah seharusnya seorang main-starter dalam pasukan kebangsaan, tidak lain tidak bukan Aidil Zafuan dan Norhafiz Zamani. Penampilan Norhafiz ketika menentang Chelsea juga menunjukkan betapa beliau mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu memimpin rakan yang lain, mahupun belum lagi beraksi dalam apa-apa perlawanan kompetitif pada musim ini. Begitu juga dengan Aidil Zafuan, beliau mempunyai aura yang tersendiri. Lagipun, Safiq Rahim diberi tampuk kepimpinan itu selepas ketiadaan Norhafiz dan Aidil pada Piala AFF 2010 yang lepas.


Kehadiran mereka ini sebagai pemain biasa mahupun sebagai ketua pasukan, mampu memberi suntikan kepimpinan yang sangat diperlukan oleh pertahanan Malaysia, terutamanya kedua pertahanan pasukan Harimau Malaya, iaitu Muslim Ahmad dan Fadhli Shas. Soal ini jelas terpancar saat mereka kini dilihat kerap melakukan kesilapan mudah dan merupakan punca kepada soft goals yang dijaringkan pihak lawan. Oleh itu, seorang commanding centre-back seperti Aidil Zafuan atau Norhafiz Zamani sangat diperlukan bagi membentuk pertahanan yang lebih reliable. 

Muslim Ahmad berpotensi untuk menjadi seorang ketua pasukan yang baik jika dapat dibentuk dan diberi lagi pendedahan serta pengalaman.

Muslim Ahmad
Bercakap mengenai pemain yang mempunyai ciri kepimpinan yang baik, aku telah listkan beberapa pemain (Liga Super, pada musim ini.) yang dapat dijadikan contoh sebagai seorang pemimpin, waimah Silent Leader, Commanding Leader, dan sebagainya;

Khaironnisam Sahabuddin (FELDA United)
Azi Shahril Azmi (FELDA United)
Rezal Zambery Yahya (Johor FC)
Andrag Victor (Kedah)
Ahmad Fauzi Shaari (Kedah)
S. Subramaniam (Kelantan)
Badhri Radzi (Kelantan)
Rizal Fahmi (Kelantan)
Azlan Zainal (Kuala Lumpur)
Shahrom Kalam (Kuala Lumpur)
Idris Karim (Negeri Sembilan)
Shukor Adan (Negeri Sembilan)
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan)
Norhafiz Zamani (Negeri Sembilan)
K. Nanthakumar (Perak)
Shahrulnizam Mustapa (Perak)
Chan Wing Hoong (Perak)
Rosdi Talib (T-Team)
Indra Putra (T-Team)

Azizi Mat Rose (T-Team)
Marzuki Yusof (Terengganu)
Mazlizam Mohamad (Terengganu)
Reithaudin Awang (Sabah)
Zainizam Marjan (Sabah)
Khairul Anuar Baharom (Selangor)
Azidan Sarudin (Selangor)
Amri Yahyah (Selangor)
Razman Roslan (Selangor)
Muslim Ahmad (Harimau Muda)
Gary Steven Robbat (Harimau Muda)
Fandi Othman (Harimau Muda)
Jalaluddin Jaafar (Pahang)
Azmizi Azmi (Perlis)
Samransak Kram (Perlis)

Tidak dilupakan, talismanic captain yang dulu pernah menyarung jersi Harimau Malaya, iaitu;

 Ahmad Shahrul Azhar dan Tengku Hazman Raja Hassan!

1 comment:

  1. both centre back tuh memang power dan sesuai jadi captain...aku pun heran apsal norhafiz tak diberi peluang untuk main sedangkan dia main oke...dalam Football Manager aku memang amik dorang dua sbgai main centre back aku..huhu..

    ReplyDelete