Sunday, October 30, 2011

Hai-O's Milestone, Hobin Jang Hobin, Berakhirnya Musim 2011

Liga Malaysia 2011 menutup tirai dengan Piala Malaysia kembali ke "negeri beradat" iaitu Negeri Sembilan, selepas menewaskan pasukan Terengganu, 2-1. Siapa lagi heronya, kalau bukan Hairudin Omar.

Aku masih lagi teringat akan apa yang bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, cakap dekat aku. Dia cakap;

"Kedua-dua pasukan memiliki kekuatan serangan yang seimbang, yang akan menentukan siapa yang akan menang ialah melalui kesilapan yang akan dilakukan oleh bahagian pertahanan kedua-dua pasukan."

Wan Jamak Wan Hassan. Foto Mylaunchpad Sports.

Tepat sekali kata-kata coach. Kini, nama Sharbinee Allawee hangat diperkatakan. Mesti ada peminat "Tranung Nelang" ini kata mereka tidak akan salahkan Sharbinee, but we cannot deny the fact that he is the one that should be blamed.

Hairudin Omar, circa 2010. foto Fadzlie Deto
Cukup dengan Sharbinee, lets talk about Hairudin's milestone for today. Jaringan Hai-O pada malam ini meletakkan beliau di dalam lipatan sejarah bola sepak Malaysia apabila beliau berjaya menjaringkan gol di dalam final Piala Malaysia 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2009. Rekod yang aku rasa sukar untuk diulangi oleh pemain generasi yang mendatang, dan akan bertahan buat beberapa dekad. Jaringan gol beliau, fuhhh pure class. Bak kata bekas Timbalan Presiden FAM, YB Khairy Jamaluddin(khairykj) di dalam laman Twitter;

"Giler babz gol Hai O tadi. Kalah . Ko faham Shrek? "

Papehal, mengenai rumours perpindahan musim baru ini, aku sangat tertarik kata-kata tuan Presiden PBNS, Tokmat yang disampaikan oleh ketua jurulatih NS, Azraai Khor Abdullah;

"..seperti yang dikatakan oleh DSU Presiden kami, the clowns can go but the circus will go on."

Tokmat's words of wisdom i suppose?


Aku ada sempat bertanya dengan seorang pemain Terengganu selepas perlawanan, benda yang pertama dia kata kat aku ialah;

"Aku letih betul main malam ni. Aku betul-betul dah bagi yang terbaik, tak ada rezeki. Tapi yang aku sedih, bila kitorang kalah dan masa ambil medal, penyokong-penyokong yang katanya "penyokong setia" tu banyak yang hilang dah. Macam tu ke penyokong setia?"

Final tahun juga turut mempamerkan aksi-aksi yang menarik, serta ada pemain yang beraksi dengan baik, ada yang tidak. Yang overrated mcm Joseph Kallang Tie pun ada, yang kereta kebal macam Marzuki Yusof pun ada. Malam yang baik, dengan perlawanan tempatan pertama yang disiarkan secara high-definition melalui saluran Astro HD 833. Overall view aku ialah, a good kick-start for Malaysian football, with loads more to come in the next season. Pasti lebih banyak drama, dan gol-gol yang absolute beauty pada musim depan.

Se-suspense mana pun game malam ni, game Final Piala FA 2011 di antara Terengganu v Kelantan, lagi suspense, lagi menambahkan risiko sakit jantung. Final pilihan aku tahun ini.

Final Piala FA 2011, Terengganu v Kelantan. Epic. Foto by Fadzlie Deto.


A fair year for the teams. Semua major trophies dimenangi oleh team-team yang hebat. Liga Super - Kelantan, Piala FA - Terengganu, Piala Malaysia - N. Sembilan. Nahh kau amik sorang satu.

Yang aku harapkan buat pasukan Kelantan dan Terengganu, you guys should aim for a higher milestone, iaitu Piala AFC. Letakkan ini sebagai keutamaan berbanding saingan liga. Kali ini, tidak ada lagi alasan tiada pemain import lah, jadual padatlah, itu lah ini lah. Sudah-sudah la tu jadi jaguh kampung. Sudah tiba masanya kita buktikan bahawa bola sepak Malaysia ialah bola sepak yang berkualiti dan mampu bersaing dengan kelab-kelab antarabangsa.







HOBIN JANG HOBIN!
MISI 33 SELANGOR PASTI DITERUSKAN TAHUN DEPAN.


Satu lagi aku nak pesan. FOTO SUKAN TERBAIK HANYA DI DUNIA SUKAN ONLINE. :)

1 comment:

  1. final piala FA gua memang thrill. but it was gone to the other way, kelantan kalah. huwaaa

    Hai-O legend siot. memang salute ahh pakcik

    ReplyDelete