Monday, October 3, 2011

Guidelines 2012

Kalian semua sudah tahu mengenai Guidelines baru bagi pengambilan pemain import bagi Liga Malaysia tahun 2012. Kalau ada yang belum tahu apa aturannya, KLIK SINI.

Sebelum baca post ni, papehal baca apa dia guidelines yang diberikan.

Kedah Treble Winning Team.




Setelah diperhalusi(ececeh) segala guidelines yang diberikan, aku memang setuju. Terutamanya, setiap pasukan yang nak ambil pemain import, kena bagi deposit gaji kat FAM dahulu. (Perkara 16)

Deposit = Total Salary (one month gross salary) x 3

Memang nice habis Perkara 16 ni, untuk memastikan pasukan yang benar-benar mampu sahaja yang dibenarkan untuk mengambil pemain import, takut nanti jadi lagi kes Ivan Ziga, bekas pemain Sarawak yang membawa kes ke FIFA mengenai tunggakan gaji. Tidak dilupakan juga kenicean Perkara 5.3, yang bertujuan untuk mengekalkan standard Liga-M. Sambil sambil kita hantar pemain ke liga luar, kita kena juga jaga standard liga sendiri ye tak?

5.3   However, only current National Players from countries with world ranking higher than Malaysia’s ranking in FIFA’s World Ranking listed on 24th August 2011 is allowed to play in M-League 2012.

Selangor. With Frank Seator & Co

Tapi yang membuatkan ambo konfius ni, Perkara 2. dan juga Perkara 8. yang berhubung kait dengan Perkara 2. Ini kita akan bincangkan kejap lagi.

2.  Teams participating in AFC Cup 2012 can employ one (1) extra Foreign Player, making it a total of three (3) Foreign Players, but the third Foreign Player is only allowed to play for the AFC Cup Tournament.

Haaa Perkara 2 ni yang buat pakcik meradang. Meradang sampai BBM abang pakcik pun pakcik tak reply. Dah nak setengah hari pakcik fikir apa relevannya perkara ini. Part yang buat pakcik meradang;

"Teams participating in AFC Cup 2012 can employ one (1) extra Foreign Player; but the third Foreign Player is only allowed to play for the AFC Cup Tournament."

Maknanya, State FAs hanya boleh sign the third player khas untuk AFC Cup. Saya tanya anda sekalian, ada ke pemain yang nak berbuat demikian? Training the whole season hanya untuk satu pertandingan, yang bukannya weekly matches. I tell you, TIDAK ADA. Kecuali kalau pasukan yang terlibat ni ambil pemain PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR ANTARABANGSA IPTA kat Malaysia ni, mungkin adalah. Bayar gaji bulan-bulan. Main game AFC Cup yang sebulan dua kali. Tak menguntungkan mana mana pihak pun. It's not just about the money that a player wants, dia pun nak dia punya playing time. Dari situ baru dia boleh improve himself, baiki mana flaws dia during the game.

Ambik ane ni pun ada ok! Player import ke-3. Dengar cerita main macam Elie Aiboy. *FACEBOOK RESTORAN BARRA, SHAH ALAM

Perkara ini pun secara tidak langsung akan menggalakkan pemilikan bersama seseorang pemain(co-ownership). Melalui sistem co-ownership ini sahajalah, mampu menyelesaikan masalah ini. Itupun kalau FAM/AFC benarkanlah. Itu pun kalau ada co-ownership dari segi playing team for a particular season. Takpun kalau nak buat Loan hanya untuk sesetengah game pun, mana ada orang pernah buat.

Okay, lets say Selangor sign Bambang Pamungkas for the third player. Tengok tengok Selangor terkandas di peringkat kumpulan. Dah merugikan. Sebab apa? Mengikut Perkara 8;

8. An agreement contract of minimum SIX (6) months, shall be drawn out by the Football Association of Malaysia, and will be signed between the foreign player and the State Football Association or Clubs.

Minimum kontrak 6 bulan. Group stage 2012 AFC Cup pun tak sampai 6 bulan(March-May). Lebih 3 bulan tu Bambang nak buat apa? Makan gaji buta? Dia pun taknak aku rasa. Agak-agak Selangor pun nak ke sambung bayar gaji dia? Last-last end up kes di bawa ke FIFA ataupun melalui mutual termination.

Mungkin FAM perlu perjelaskan lagi lohong lohong lubang lubang corong corong yang ada di dalam guidelines ini. 

Atau ada apa apa fakta yang saya tertinggal, ENLIGHTEN ME PLEASE :)

For the Good of the Game. *Gambar Kedah & Selangor milik Jeebsion! :)

-------------------------------
UPDATE :

I was told that Article 2;

2.  Teams participating in AFC Cup 2012 can employ one (1) extra Foreign Player, making it a total of three (3) Foreign Players, but the third Foreign Player is only allowed to play for the AFC Cup Tournament.

sebenarnya bermaksud pasukan yang terlibat di dalam kancah Piala AFC 2012 dibenarkan mengambil 3 pemain import, tetapi hanya 2 yang benarkan untuk turun sebagai pemain di dalam senarai 18 pemain sesuatu perlawanan. Pada saingan AFC Cup, dibenarkan untuk menurunkan ketiga-tiga pemain tersebut.

If that is the case, then we are all good with the guidelines. thanks for the infos.

1 comment:

  1. act, maksud 3 player 2, kelab ne la rotate player import dia...dr 3 just bleh pkai 2 je utk m-league...tp bler afc cup bleh trun smua....bukan 1 player just utk afc cup

    ReplyDelete