Wednesday, November 16, 2011

Malaysia FIFA Ranking? Jom Kira!

Untuk post kali ni, aku akan tunjukkan bagaimana pengiraan "points" FIFA ranking diberikan. Tujuannya, supaya pabila kita membangkitkan persoalan mengenai ranking negara ini, ada lah ilmu di dado tu sikit. Nak condemn FAM esok lusa pun biar lah berfakta, bukan auta. Baru intelek sikit. ;) Sebab apa? Mengaku jelah orang Malaysia ni memang suka membangkang, tapi bila membangkang itu tidak diberikan solusi mahupun justifikasi. Haaa layannnn post ni.




Bagaimana markah/points in diberikan dalam FIFA World Ranking? Itu persoalan eh.

1. Pengiraan points untuk FIFA World Ranking.

Logik pengiraannya mudah. Mana-mana team yang menang serta yang beraksi dengan baik akan memenangi points. Walau bagaimanapun, jumlah points yang dimenangi pada setiap perlawanan bergantung pada faktor berikut;

- Adakah perlawanan tersebut berjaya dimenangi, atau ianya berakhir dengan seri? (M) 
- Kepentingan perlawanan/taraf perlawanan (perlawanan persahabatan FIFA)? (I) 
- Sejauh manakah kekuatan pihak lawan dari segi rankingnya serta konfederasi negara tersebut(UEFA,AFC, dan sebagainya)? (T dan C)

Faktor-faktor tersebut bakal digabungkan di dalam formula berikut untuk mencapai satu keputusan jumlah points yang diperolehi (P) 

Formula: P = M x I x T x C x 100

Berikut adalah syarat-syarat serta kod-kod yang mempengaruhi perolehan points(markah) pada setiap perlawanan:

M: Points sekiranya menang(3 points), seri(1 point), atau kalah(0 point).

I: Kepentingan/taraf setiap perlawanan dinilai seperti berikut:
    Perlawanan persahabatan(termasuk pertandingan kecil seperti AFF dan sebagainya) = 1.0
    Perlawanan Kelayakan Piala Dunia dan Kelayakan Piala Benua seperti kelayakan EURO = 2.5
    Perlawanan Piala Benua(EURO, Asian Cup, dll) dan Piala Konfederasi FIFA = 3.0
    Perlawanan Piala Dunia = 4.0

T: Kekuatan pasukan lawan dikira mengikut formula berikut;
    [200 - ranking pasukan lawan] / 100
    Hanya pasukan yang menduduki puncak ranking diberi nilai 2.00 (manakala pasukan yang   
    rankingnya 150th kebawah diberi nilai minimum 0.50). Cuba dulu formula ini, baru anda 
    paham.

Ranking pasukan lawan diambil daripada ranking terkini di FIFA World Ranking.

C: Kekuatan konfederasi. Apabila kita mengira markah perlawanan antara benua(contohnya Malaysia vs Brazil) atau yang berbeza konfederasi, "mean value" nilai kekuatan kedua-dua konfederasi akan digunakan. Kekuatan konfederasi dinilai berdasarkan prestasi  dan jumlah kemenangan daripada wakil konfederasi masing-masing selepas tiga Piala Dunia FIFA yang terakhir.


Contoh Malaysia vs Brazil(circa 2002, maknanya kena amik value sebelum Piala Dunia FIFA 2006). Nak dapat "mean value" kekuatan konfederasi, ini formula dia.

Malaysia(AFC, 0.85) vs Brazil(CONMEBOL, 0.99) : 0.85 + 0.99 / 2  = 0.92 (jumlah kekuatan kedua-dua konfederasi bagi perlawanan tersebut)

Haaa mu pahe dok? Meh sini aku tunjuk contoh pengiraan markah/points.

2. Contoh-contoh pengiraan

Ilustrasi yang akan aku tunjuk kat korang lepas ni merupakan contoh-contoh pengiraan markah perlawanan sebenar untuk dikira sebagai points FIFA World Ranking.

You all kena tahu bahawa ranking sesebuah pasukan tidak hanya diambil kira dari jumlah points sesebuah perlawanan sahaja. Perlawanan ini akan digabung bersama perlawanan-perlawanan yang lepas untuk mendapatkan nilai purata/average value, dan akan turun nilainya dalam tempoh 4 tahun(100%, 50%,30%,20%).

Aku akan tunjuk contoh perlawanan sebenar yang sangat tinggi jumlah points pertandingan, tinggi jumlah points pertandingan, jumlah points pertandingan yang rendah , points tinggi daripada friendly, sederhana, dan sehinggalah ke jumlah points yang paling rendah. Apo aku burak nih? hehehehe. Layann sajos. Kalau hangpa tak paham lepas tu, Wallahualam.

France vs Brazil. Ini adalah contoh jumlah perolehan markah yang tertinggi. Markah maksimum yang boleh dimenangi di dalam sesuatu perlawanan ialah 2,400. In this case, jumlah maksimum tidak dapat diberikan kerana CONMEBOL mempunyai kekuatan konfederasi yang kurang dari 1.0
Italy vs France. Ini pula merupakan contoh markah yang tinggi diperoleh daripada sesuatu perlawanan. Bagi penentuan sepakan penalti, team yang menang dapat 2 points, manakala yang kalah dapat 1 point.
Mexico vs Angola. Ini contoh perlawanan yang lebih kurang sama banyak points yang diperolehi.
Nigeria vs Ivory Coast. Jumlah markah yang tinggi diperoleh di dalam pertandingan Piala Benua

Kuwait vs Australia. Jumlah markah sederhana daripada perlawanan kelayakan.

Nigeria vs Niger. Markah yang rendah. *Pasukan yang rankingnya 150 dan kebawah diberi kekuatan minima 0.50
Brazil vs Argentina. Contoh markah yang tinggi berjaya diperoleh daripada perlawanan persahabatan.
Switzerland vs Costa Rica. Markah yang sederhana.
Luxembourg vs Portugal. Markah yang rendah.

Sri Lanka vs Nepal. Markah yang sangat rendah. *Pasukan yang rankingnya 150th dan ke bawah diberikan kekuatan minima 0.50

Okay, maklumat semua aku dah beri. Dulu, ada yang kata kat aku, bahawa AFF Suzuki Cup 2010 merupakan perlawanan yang bertaraf tinggi. Bila ditanya apakah justifikasinya, mereka dengan angkuhnya menjawab;

"Dah Perdana Menteri umum cuti sehari! Maknanya pertandingan tu memang bertaraf tinggi!

Pabila aku mendengar jawapan ini, percayalah bahawa aku telah berguling-guling di atas katilku dek kerana jawapannya yang tak lari seperti justifikasi yang terpampang di dalam akhbar nyamuk HarakahDaily.

Kita kena sedar bahawa AFF Suzuki Cup hanyalah pertandingan yang bertaraf perlawanan persahabatan, sebab itu ranking kita tak banyak berganjak. Tak percaya, rujuk informasi di atas.
Cukup sekadar itu, aku berharap korang semua dapat manfaatkan apa yang telah aku tunjukkan. Dokumen di atas adalah hakmilik FIFA (IP-590WRPC.doc 07/05). Aku hanyalah perantara di antara kita sebagai peminat bola sepak, dengan FIFA. Selain itu, aku tunjukkan sekali, perolehan markah kita ketika Malaysia vs India pada 13 November 2011 yang lepas. Enjoy!

Malaysia vs India. *Seperti yang sebelum ini, pasukan yang rankingnya 150 dan ke bawah, diberikan kekuatan minima 0.50. Macam tahi bukan?
Keluaran ranking FIFA seterusnya ialah pada 23 November 2011. Nantikan!

No comments:

Post a Comment