Thursday, November 17, 2011

Mere Hindia, SIVAJI is The Boss

Perlawanan pertama seri 1-1 dengan pasukan India. Jaringan Malaysia hasil rembatan Safiq Rahim yang tepat pada penjuru tiang gol kiri Karanjit dari India. Perlawanan kedua pula tewas 3-2 dengan pasukan yang sama. Safee Sali scored a brace, so did Sunil Chhetri. Kedua-dua game ini tidak seperti yang digambarkan di dalam filem-filem aksi India, yang padat dengan aksi.

Iklan Astro First yang legend.


Sebelum tu, mai sini aku nak compare players. Between Safee Sali and Sunil Chhetri. Dua bakat besar dalam bidang bola sepak di Asia. Minat sungguh aku tengok dua player ni. Safee, baru sahaja lepas trial dengan Cardiff City serta bakal ke QPR untuk trial seterusnya. Manakala Chhetri, bakal ke Rangers bersama Jeje dari Pune FC untuk trial. Chhetri pernah juga dipancing Celtic FC. Kedua-dua pemain Malaysia dan India ini ada kekuatan masing-masing.


Tapi compare mcm mana pun, Harimau Malaya tetap kecundang. Tidak dinafikan, kegagalan bahagian pertahanan untuk berfungsi dengan baik merupakan salah satu punca. Ternyata gandingan Faizal/Aidil bukanlah gandingan terbaik. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat skuad King Raja. Salah satu lagi persoalan yang timbul pada malam ini, iaitu kenapa harus Safee lagi? Dari suatu sudut, memang bagus Safee sedang on-form. Tetapi sekiranya dipandang daripada satu sudut pula, di manakah pemain yang lain? Abdul Hadi? Kita ketandusan penyerang yang mempunyai "killer instinct".

Azmi Muslim, produk MyTeam
Perlawanan berlalu sudah, tapi macam biasa, ada je suara yang kurang enak berkumandang. Ada yang salahkan FAM kerana mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan India yang rankingnya lebih rendah berbanding Malaysia, dan hasilnya kita kalah. Eh eh, bukankah itu yang anda mahukan? Bukankah dulu anda kata FAM tidak pandai mengurus pasukan kerana tidak ada sebarang international friendlies? Bukankah anda dulu persoalkan, bahawa daripada 203 ahli FIFA tiadakah yang mahu berhadapan dengan skuad Harimau Malaya? Bukankah anda kata FAM hanya mengaturkan perlawanan sarkas? Tak habis-habis bodohkan FAM, bagaimana dengan anda? Kini sudah diberi, macam-macam pula kata. Salah bila kalah perlawanan ini, bukan lagi salah FAM. Ini terletak kepada kemampuan pasukan. Kalau nak main blaming game ni, sampai bila takkan habis. 

So, pick a side. Adakah anda berada di pihak yang inginkan kebenaran, atau di pihak yang sering menuding jari?

"If you have 80,000 spectators, then you'll get 80,000 opinions."
                                                                                                          - Datuk K.Rajagobal

No comments:

Post a Comment