Sunday, January 22, 2012

Nazmi Faiz Mansor Ke Cardiff City?

Umum sudah mengetahui mengenai hasrat Dato' Chan mahupun Malky Malkay untuk membawa Nazmi Faiz Mansor ke pasukan yang bertapak di negara Wales, iaitu Cardiff City.

Nazmi Faiz Mansor | Foto Sufian Abdullah

Penerimaan saya terhadap berita ini cukup mudah. Emmmmm k. Cukup pisang bukan penerimaan saya? Bukan ingin bersikap pesimistik semata-mata, tapi cuba kita pertimbangkan kembali apakah maksud berita-berita seperti ini. Dari sudut umum, berita yang disampaikan ini cukup baik dan satu petanda yang baik buat bola sepak Malaysia. Ahli konglomerat Malaysia yang menaungi kelab Cardiff City telah menjalankan tanggungjawabnya.

Makin legend rambut sejak jadi pin-up majalah Mangga | Foto Sufian Abdullah
Sekiranya ingin diberi latihan selama setahun, sangatlah dialu-alukan. Tetapi selalunya rakyat Malaysia ni, dia excited terlebih. Penerimaan terhadap berita-berita macam ni di"digest" dengan cara yang melampau. Al maklumlah, berita ni umpama sekali seumur hidup ye tak. Tapi jangan terlalu mengharap, mengharap yang mereka ini akan diberi peluang untuk beraksi bersama first team di sana. Kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Kadang kala, media massa di Malaysia ini lebih cenderung untuk menunjukkan seolah-olah pemergian mereka ke sana seolah-olah secara tetap, but I don't blame them. Dah keroje diorang nak dapatkan rating ye tak?

Nazmi Faiz vs Bahrain | Foto DuniaSukan
Kadang-kadang kelab seperti ini juga menggunakan sentimen semangat bola sepak yang makin meningkat hari demi hari. Sengaja mengambil kesempatan dari segi publisiti. Membuat kenyataan dengan memberi harapan seolah-olah ingin mengambil pemain Malaysia secara tetap, walhal kita sendiri sudah tahu tentang restrictions sejak awal-awal lagi. Kita perlu bijak menilai perkara-perkara seperti ini.

In the end, kita tak boleh terlalu mengharapkan kepada orang-orang luar yang ingin membangunkan bola sepak kita, kerana kita sendiri tidak tahu akan apa agenda dan objektifnya. Pembangunan bola sepak yang paling ikhlas ialah bantuan yang datang daripada kita sendiri. Hasil titik peluh bola sepak negara itu sendiri. CEO/Chairman mereka akan silih bertukar ganti. Sudah tiba masanya(patutnya 10 tahun lepas dah) kita beri perhatian dari segi pendedahan/kebajikan dan sebagainya kepada pembangunan bola sepak. Nasib kita tidak akan berubah kalau kita sendiri tak ubah.

Cakap banyak, tindakan tidak ada pun tak guna.

No comments:

Post a Comment