Maaf sebab minggu lepas tak ada. Al-maklumlah, gua tengah exam sekarang. Busy sikit. Walau bagaimanapun, impian aku untuk wartawan kanan The Malay Mail, Haresh Deol memberikan pendapat dalam Blog Apa Kata Faliq tercapai. Saudara Haresh Deol cukup terkenal dari segi "investigative journalism" yang cukup aku kagumi, kebolehannya. Baru-baru ini, Haresh Deol baru sahaja memenangi Anugerah Wartawan Sukan Terbaik dan Anugerah Laporan Khas Terbaik (Deplorable! - Foul!) pada malam Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia(SAM)-100Plus 2011. Jadi, satu penghargaan buat aku, untuk mendapat sentuhan beliau. Layankan pendapat beliau.
Haresh Deol(The Malay Mail)
Saya mula dengan menyusun sepuluh jari – meminta maaf kepada saudara Faliq Firdaus yang telah lama menunggu hasil nukilan saya untuk segmen barunya tetapi tidak kesampaian disebabkan komitmen kerja.
Saya juga meminta maaf kepada para peminat bola sepak atas sifat saya yang agak sinis terhadap pasukan kita serta cara bola sepak ditadbir di Malaysia.
Tetapi memang susah untuk kita mendengar hakikat sebenar. Jika boleh, kita semua inginkan kesudahan yang mengembirakan bagaikan cerita Bollywood yang ditayangkan setiap hari Sabtu.
Perit untuk orang mendengar individu-individu tertentu memberi pendapat jujur mereka tentang aksi 'yo-yo' pasukan kebangsaan kita. Perit juga kita mendengar Liga-M masih dibelenggui gejala menjual perlawanan atau pemain terlibat dengan bookie.
Tapi persoalannya: Ke manakah arah tuju bola sepak Malaysia? Adakah kita harus hanya berbangga dengan kejayaan di Sukan SEA? Adakah kebolehan rakyat Malaysia hanya setakat juara di rantau ini sahaja?
Media Massa juga memainkan peranan penting untuk mempromosikan liga tempatan tetapi kebanyakkannya tidak dapat menulis artikel yang lebih terperinci kerana kesuntukan masa pada hari perlawanan.
Pembangunan sukan di akar umbi amat penting. Kerajaan menitik-beratkan sukan melalui kempen 1Murid 1Sukan – tetapi ianya hanya nampak menarik di atas kertas. Realitinya mereka yang membesar di zaman 60an dan 70an bermain sukan sepanjang tahun. Mereka yang bersekolah pada zaman 80an dan 90an dikehendaki bermain dalam SATU sukan, bergiat dalam SATU badan berunifom dan SATU kelab atau persatuan.
So apa yang membezakan program dulu dan program yang baru?
Dimanakah pemantauan? Dan jika program dulu dikatakan tidak membuahkan hasil, apakah sebabnya? Guru sekolah juga perlu diberi insentif untuk bergiat dalam sukan selepas waktu persekolahan. Saya tidak menyalahkan cikgu sekolah yang lebih rela mengajar tuisyen untuk membuat duit sampingan daripada menceburi hal-hal kokurikulam di sekolah.
Para pegawai di Persatuan Bola Sepak Malaysia pula lebih gemar berpolitik daripada membuat kerja mereka di badan induk. Mereka harus membuang sifat kenegerian dan bersikap profesional serta terbuka kepada kritikan membina demi bolasepak negara.
Tetapi skripnya masih sama, cuma nama pelakonnya berubah.
Jangan kita biarkan individu-individu yang berkepentingan merencatkan semangat bola sepak kita.
Jangan kita biarkan individu-individu yang berkepentingan merencatkan semangat bola sepak kita.
Ayuh kita sama-sama menaikkan martabat bola sepak Malaysia dengan cara tersendiri, sama ada di peringkat taman, kampung atau daerah.
Ayuh kita tunjukkan kepada pentadbir di badan induk bagaimana untuk memajukan bola sepak negara kita.
Ayuh kita buktikan kepada ahli politik yang kita mampu membangunkan bola sepak Malaysia dengan cara kita sendiri.
Segalanya bermula di akar umbi.
Artikel ini adalah hak milik sepenuhnya Apa Kata Faliq dan pengarang, Haresh Deol.
No comments:
Post a Comment