Wednesday, March 14, 2012

Manager-Wannabe

Pemain bola sepak. Bila mereka di bawah, tak ada siapa yang kenal. Tak ada siapa yang nak bantu mereka. Tak ada siapa yang amik "port" pasal mereka. Bila dah femes, bila dah jadi superstar, mula lah. masing-masing beriya-iya mengaku kawan. Yang kawan dulunya tak amik kisah pasal perkembangan career pemain, langsung tiba-tiba jadi manager. Bila dah jadi manager, ingatkan tahu la nak buat kerja sebagai "manager", rupanya setakat jadi manager sebab tahu kawannya si pemain bola tu merupakan seorang superstar. Tiba-tiba rasa nak bantu ye tak? Nak bantu bukan nak membantu dari segi perkembangan career, tapi sekadar nak bantu uruskan duit yang keluar masuk. Baru dapat komisen ye tak?

10 percent please?


"Kawan-kawan" seperti ini, sebenarnya membantutkan lagi minat para "talent agent" yang ingin memancing para pemain kita. Percaya atau tidak, situasi ini yang sedang berlaku di dalam arena bola sepak tempatan. Pemain yang ingin dipancing oleh "talent agent" ini telah dibantutkan oleh kerenah para "manager segera" yang timbul secara tiba-tiba dalam menguruskan perihal perkembangan pemain. Keikhlasan para "manager segera" pula dipertikaikan kerana tidak tahu dalam mengembangkan kareer pemain yang terlibat.

Hakikatnya, ini yang berlaku. Bila saham pemain melonjak naik, mulalah tiba-tiba pemain yang tidak ada manager, terus ada secara tiba-tiba. Kalau nak jadi tu, be professional. Maksudnya, you know what you're doing. Bukan hanya setakat manager bab nak terima komisen je. Ada paham? Tak tahu, duduk tepi. Jangan buat-buat penting sudah la.

No comments:

Post a Comment