Undian telah ditutup setelah dibuka selama dua minggu. Dan soalannya ialah;
Adakah Gaji Pemain Bola Sepak Tempatan Kini Setimpal Dengan Gaji Belasan Ribu?
dan majoriti daripada kalian telah memilih jawapan "Entahlah, Apa Kata Faliq?
Oleh itu, aku akan kupaskan sedikit tentang gaji.
Kalau diberi peluang, sudah tentu aku ingin menyenaraikan gaji-gaji bulanan yang diterima oleh pemain senior di Malaysia ini. Akan tetapi, atas dasar privasi, aku takkan nyatakan sepenuhnya nama pemain tersebut. Yang hanya dapat dinyatakan gajinya di sini hanyalah gaji pemain pada musim lepas, Indra Putra Mahayuddin (RM 19,000), Norfarhan (RM 16,000) dan Azizi Mat Rose (RM 12,000) yang telah meninggalkan Kelantan dan menyertai pasukan T-Team pada musim ini. T-Team telah menawarkan kontrak yang lebih menarik(sumber petroleum, no wonder). Senarai ini pun boleh disiarkan selepas dinyatakan sendiri oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pada awal tahun ini. Yang lain tu, aku akan hanya bagi bayangan.
|
Indra $utra |
Bagi aku gaji mereka ini SETIMPAL dengan pekerjaan mereka. Ada yang kata "Alaa, zaman Azman Adnan dulu gaji standard 8k je..Banyak sangat diorang dapat ni". Tapi harus diingat, RM1 dulu tak akan sama dengan RM1 sekarang, dan nilainya mungkin juga berubah pada masa akan datang. Pemain bola sepak ni pun hanyalah mengharapkan sumber daripada career mereka ini, kerana most of them tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi untuk membolehkan mereka mencari pekerjaan selepas mereka bersara kelak. Sekarang yang gaji RM3,000 pun cukup-cukup makan je kan? Jadi langkah kerajaan untuk menyumbangkan RM50,000 untuk di simpan dalam Amanah Saham Wawasan 2020 kepada AFF Suzuki Cup 2010 Winning Squad memang satu langkah yang bijak. sangat bijak. nice move by BIJAN.
|
Senyum RM65,000 |
Ada juga yang kata, bila seseorang pemain berpindah ke pasukan yang lain, ada yang digelarnya "Mata Duitan", "Duit Lebih Penting Daripada Kesetiaan". Tapi perlu peminat fahami, life span of a football player hanyalah 10 tahun standard, iaitu dari peringkat umur 20-30 tahun, berbeza dengan pekerja swasta/kerajaan yang dapat menikmati gaji RM3,000 standard sehingga umur 56 tahun. Jadi, masa yang ada perlulah dimanfaatkan dengan sepenuhnya untuk mencari sumber pendapatan untuk masa hadapan. Mereka juga merupakan rakyat biasa seperti anda, perlu membayar itu dan ini. Cuma, mereka bekerja dengan lebih keras dengan mengeluarkan titik peluh untuk setiap saat dan bukannya bekerja di dalam pejabat sambil melayari facebook dan pabila tiba waktu lunch hour, semuanya keluar makan sehingga habis waktu pejabat. Perut pun buncit penuh dengan gosip pejabat. LOL
Tiada juga skim pencen bagi pemain bola sepak. Kalau diikutkan, umur 30-35 tahun mereka dah dikira pencen. Nak makan apa kalau gaji mereka RM3,000 sebulan? Haa terpaksalah jual nasi lemak, seperti yang terjadi kepada seorang pemain bola sepak di Langkawi. Lihatlah, tak bawak ke mana de kritikan peminat selepas itu, melainkan pujian standard bagi ex-players iaitu "Oh kau adalah antara pemain terbaik pada zaman kau Man", "Kan bagus Man kalau kau still main". Dengan pujian tu, tak masuk akaun seseorang pemain tu pun. Zaman sekarang ni, no money no talk. Semuanya duit.
Seperti seorang penyerang kebangsaan negara, dilaporkan mendapat RM 2X,XXX sebulan(tidak termasuk sponsor). Baguslah, cari duit masa muda ni. Sebab career sebagai pemain bola sepak ni, seolah-olah satu perjudian besar. Contohnya, sekali cedera teruk 6 bulan, management sesebuah pasukan tidak teragak-agak untuk terminate contract melalui mutual agreement mahupun memberikan cuti tanpa gaji. Takkan mereka nak menanggung kerugian ratusan ribu sebulan membayar gaji seorang pemain yang cedera, bukan? Kalau terminate contract, pemain tersebut nak kerja apa dengan kecederaan yang teruk sebegitu? Kalau diberi cuti tanpa gaji, mampukah beliau bertahan selama 6 bulan sekiranya dengan gaji yang sedikit? Lihat saja Khairul Azman Mohamed, bekas penjaga gol kebangsaan yang dulunya disanjung, dipuji dan digelar "Penjaga Gol Terbaik Asia", tetapi sehingga perlu keluar rancangan televisyen untuk mengutip dana bagi membuat pembedahan terhadap kakinya selepas tamat kerjayanya.
|
Aidil Zafuan bila dah tua? lol |
Banyak lagi nas-nas yang aku ingin sampaikan. Cuma, biarlah setakat ini sahaja. Bayangkan kita di dalam situasi seorang pemain bola sepak yang kita puji, maki dan sebagainya.
p/s : Gaji pemain Piala Presiden bawah 21 tahun pun ada yang RM900. Tak ditolak dengan EPF dan SOCSO. Tapi kerja keras pagi petang sama macam pemain senior. Macam mana tu? Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment