Tiga gol yang dijaringkan Kuala Lumpur adalah hasil daripada kesilapan pertahanan T-Team, yang dikemudi oleh Azizi Mat Rose dan Norfazly Alias. Kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan T-Team menimbulkan kehairanan aku, dan aku pasti, bukan aku sahaja. Malah, pengulas jemputan Astro Arena, Rosli Husin iaitu bekas pemain kebangsaan, turut mengatakan kehairanan melihat pertahanan T-Team yang dilihat begitu mudah.
Azizi Mat Rose, kiri |
Dan pada ketika itu, beliau memberikan ulasan yang agak berlapik, seolah-olah menuju ke arah perkataan "Rasuah", tetapi beliau tidak menyebutnya. Akan tetapi, pengulas utama Astro Arena, Shauki Kahar bijak mengubah topik dan tidak berapa mengendahkan komentar Rosli Husin. Bahagian pertahanan T-Team seolah-olah bermain half-hearted sehinggalah mereka bolos 3 gol dan pertahanan, Norfazly Alias dikeluarkan. Bukan nak kata apa, 3 gol yang dijaringkan Kuala Lumpur adalah dalam tempoh yang agak singkat. Aku tunjukkan video-video jaringan Kuala Lumpur, you all nilailah sendiri. Mungkin ini hanyalah perasaan skeptikal aku yang makin menebal kebelakangan ini.
Tak dilupakan juga, jaringan T-Team, hasil jaringan Indra Putra, tengok sahaja cara pemain Kuala Lumpur, Hazwan Rahman menjaganya, sedikit pun tidak memberikan sebarang challenge ketika Indra Putra melakukan heading, seakan-akan membiarkan begitu sahaja. Dan sejurus jaringan gol mereka, tempo permainan seolah-olah berubah dan seperti ingin mengekalkan scoresheet yang telah dilakukan. Papehal, anda nilai sendiri. Lihat video jaringan Indra Putra.
T-Team dalam 5 perlawanan yang terakhir pernah membenam Kelantan 4-3, mengapa pula mereka mampu tewas besar 3-1 kepada Kuala Lumpur, sedangkan Kelantan sudah menewaskan Kuala Lumpur 2-0? Sebelum menentang Kuala Lumpur, T-Team menang 2-0 ketika menentang Selangor. Adakah Kuala Lumpur lebih hebat berbanding Selangor? Lihat sahaja siapa yang memegang takhta Liga Super 2011 buat masa ini.
Ya, anda mungkin berkata, "itulah bola sepak". Tapi apa yang terjadi pada tahun 1994? Aku kata "itulah bola sepak". =)
No comments:
Post a Comment