Friday, April 1, 2011

Hotshot! Penyerang Muda Negeri Sembilan, Khairul Ridzwan

Pada hari semalam, aku telah menyaksikan perlawanan Piala Presiden 2011 yang melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan pasukan Sarawak. Negeri Sembilan menang 3-1, hasil jaringan Fiqri Azwan, Khairul Ridzwan dan Anwarul Hafiz.



Khairul(kanan)
Yang paling memikat hati aku, ialah prestasi semasa pemain muda dari Negeri Sembilan, Khairul Ridzwan, yang telah berjaya menjaringkan 9 gol daripada 9 perlawanan. Wosssh! Ini sudah pasti mampu memikat perhatian Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor, yang dikenali sebagai seorang jurulatih yang sentiasa merekrut bakat-bakat muda untuk diketengahkan. Haaa lagi satu, ada video rakaman gol ketiga yang dijaringkan Anwarul Hafiz. Layannn. Video sumbangan TheHoshHash.

3 comments:

  1. Jgn dah glamour dan jadi star satu hari nnti makan rasuah sudah yea dikk oiii!!! Awas anda sedang diperhatikan......

    ReplyDelete