Monday, May 9, 2011

Easier Said Than Done

Sekarang ni heboh semua peminat yang mempunyai "jiwa bola sepak tempatan yang sangat SETIA" bising. Kata mereka, kenapa lah susah sangat nak cari friendly matches untuk pasukan kebangsaan. Katanya Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) lembab, katanya FAM bodoh, katanya FAM tak pandai mentadbir. Tidak dilupakan, aku digelar anjing FAM kerana mempertahankan sesuatu dasar. Tidak mengapa. Ya, aku akui, sesetengah organisasi memang bermasalah dan tidak berfungsi dengan baik dan aku bukanlah seorang yang pro-FAM mahupun anti-FAM, realitinya sesetengah perkara sememangnya mudah untuk diperkatakan tetapi sukar untuk dilaksanakan.


Terjumpa seorang peminat bola sepak yang telah menghantar sejumlah email kepada negara-negara seperti Vanuatu, Malta dan negara lain yang prasarana bola sepak mereka kurang diketahui di arena antarabangsa untuk dijemput mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Malaya katanya. Katanya, "Kenapa tak adakan friendly dengan negara seperti Vanuatu ini? Dasar FAM bangsat!". Pertama, tindakan peminat ini secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi yang kurang enak terhadap badan bola sepak negara oleh persatuan bola sepak negara yang lain, seolah-olah pasukan FAM tidak mempunyai pegawai sendiri untuk menjemput mereka, sehinggakan seorang peminat sendiri terpaksa menghantar "jemputan layang" kepada persatuan bola sepak negara yang lain. Tapi tahukah anda mengapa FAM tidak ingin memilih mana-mana negara secara rawak dan tidak diketahui tentang keadaan bola sepak di negara untuk dijemput bertandang ke Stadium Bukit Jalil?

 
Masih ingat dengan insiden Malaysia menentang Zimbabwe? Perlawanan persahabatan antara negara yang telah diadakan pada tahun lepas. Perlawanan tersebut dikira sebagai tidak sah untuk diklasifikasikan sebagai Perlawanan FIFA dek kerana rupa-rupanya pemain yang bermain di bawah "payung" Zimbabwe hanyalah pemain kelab tempatan di sana, iaitu Monomotapa United. Perkara ini telah menjadi satu kerugian kepada FAM dan skuad negara, dan berada di luar bidang kuasa FAM kerana Persatuan Bola Sepak Zimbabwe yang seharusnya memantau perkara yang melibatkan pemain dari negaranya untuk bergerak ke luar serta pasukan ini dibiayai 100 peratus oleh mereka sendiri, bukan ditanggung FAM dalam kedatangan mereka ke sini. Tugas FAM hanyalah menghubungi persatuan yang berkait untuk diundang ke negara ini. Kini, perkara ini sedang disiasat oleh FIFA yang sedang menjalankan operasi membanteras "match-fixing" di seluruh dunia. Dilaporkan, orang atasan Persatuan Bola Sepak Zimbabwe merupakan antara yang terlibat dengan perkara ini ketika menentang Malaysia. Inilah akibatnya memilih lawan yang tidak diketahui prasarana dan keadaan bola sepaknya sebagai lawan kepada pasukan negara.


Seolah-olah peminat sudah lupa akan kejadian ini. Jadi, adakah anda masih inginkan FAM memilih negara seperti Vanuatu yang tidak diketahui langsung reputasi bola sepaknya untuk dijadikan lawan bagi skuad Harimau Malaya? Adakah "jemputan layang" yang dihantar oleh peminat terbabit mampu menjamin ketulenan dan ketelusan pasukan yang akan bertandang ke Bukit Jalil? Fikir-fikirkanlah. Perkara ini mudah untuk diperkatakan tetapi sebenarnya rumit untuk dilaksanakan. Pelbagai faktor perlu diambil kira, bukan selesai dengan sekadar menghantar pesanan email.

3 comments:

  1. hahaha siapa tu bro yang hantar email tuu. bagi la link

    ReplyDelete
  2. memang la susah , cuma sampai bila ranking nak naik kalau takde international friendly ? takkan nak tunggu AFF , menang kemudian baru naik ranking ? buatlah friendly match 3 bulan sekali ke , lawan international . lawan negara asia ni pun jadilah . bagi aku , FAM ni mcm tk buat kerja . banyak cakap dekat press je . kerja nya ? habuk . adalah sikit setakat ajak kelab dua kelab London , dengan kelab Liberpul datang .

    ReplyDelete
  3. ni yg kecoh kat page presiden Fam letak jawatan tu. aku sokong kau. setakat email camtu, siapa2 pon boleh buat. then. email tu sekadar nak menjawab email. bukannya setuju nak main dengan malaysia pon

    ReplyDelete